kit dari libresse :)
diedarkan di skola nurin & syuhada.
khas utk semua murid perempuan di tahap 2.
sungguh bagus zaman sekarang, pendedahan diberikan kepada anak-anak secara formal.
membantu ibu melalui saat-saat ALAMAK itu :)
dlm subjek pendidikan kesihatan darjah 4 pun, dlm buku teks da pun diajar anak-anak tentang akil baligh, air mani, kitaran haid, cara nak buang pad...
zaman dulu takde semua ni, kan? seingat saya la :)
satu pek libresse utk ibu :)
pek utk anak gadis :)
buku panduan utk ibu baca ye :)
selai panty utk anak gadis :) cantik !
yeszaaa kini saya hampir bersedia utk bimbing anak dara saya ke arah saat ALAMAK itu :)
and sesungguhnya saya ni da semakin risau!
hati semakin menjadi bimbang tiap kali melepaskan mereka ke mana-mana :( hu hu hu....
maklum la, dunia luar skang ni tak se selamat zaman dulu.
and salah satu perkara ialah ~ saat ALAMAK ini la.
how to explain ?
how to motivate ?
how to educate ?
proses anak perempuan ni ke akil baligh adalah satu proses yg amat perlu kan bimbingan ibu.
tubuh badan diorang berubah. hormon nyer memarak...
... haid pertama pun dtg!
anak dara kita pasti nya akan sedar tubuh badan diorang berubah.
cepat ke lambat, saya rasa bergantung kepada diri masing-masing.
and bagi anak dara saya yg sulung, ia sudah pun dlm proses perubahan :)
bagi saya ia perubahan positif.
antara lain yg saya dpt dari pembacaan kit libresse tu ialah :
- tanda paling mudah ~ breast akan membesar!
- yg lain ~ berat badan akan menaik dan ketinggian pun bertambah. ni maybe kuat makan la plak kan hi hi hi... selera pun menjadi-jadi la kot.
- bulu-bulu halus akan tumbuh di bahagian faraj dan ketiak. kita kena nasihat kan anak dara bhw ini perkara biasa.
- akan ada kotoran berwarna putih atau kekuningan pada panty. ni pun sesuatu yg normal and da boleh kot suruh anak dara pakai pantyliner :)
- muka ada jerawat !!! kulit start berminyak... boleh beli kan pencuci muka yg sesuai dgn umur.
- akan ada bau badan. beli kan deoderan yg bersesuaian la.
kita sebagai ibu, kena peka dgn perubahan anak dara kita.
amik tahu! jgn biar kan dia pendam.
ni satu perubahan yg besar and dari permulaan kita kena bimbing dan didik dia.
ni la antara sebab kenapa saya amik keputusan utk berulang alik dari opis ke rumah setiap hari meskipun jarak antaranya adalah lebih 70km. demi anak-anak dara saya yg semakin dewasa. mereka amat perlukan saya berbanding ayah diorang. kerana tak semua diorang boleh kongsi dgn ayah da skang ni. saya merasakan amat penting utk bersama diorang...
KLIK PART 2 ~ apa harus dijangkakan ketika haid
dan KLIK PART 3 ~ datang haid sesuatu yg menyakitkan
10 Comments
Alamak! saat itu pasti akan datang jua untuk saya sis hehe. Harap tak kalut la time tu nak explain kat diaorang :D
ReplyDeleteKena prepare ilmu aje la kita.
Deletesaat tu pasti tiba, Nim :-)
wow,budak sekarang senang,smua dah sumbat dlm buku..hoho..teori la.
ReplyDeletelibrese mmg suka bagi goodies cantik..
Kan?
Deletekit ni diedarkan di skola.
menarik perhatian utk anak2 baca.
Baguslah sekarang semua dah ada benda ni. Siap ada guide utk parents lagi :)
ReplyDeleteYes. Betul.
Deletezaman skang ia da diajar d skola.
so kit gini amat membantu.
bagusnya macam ni
ReplyDeleteMemang bagus...
Deletesgt membantu.
Betul..zaman kita sekolah2 dulu dalam buku teks memang tak ada pasal tu semua.
ReplyDeleteSurprise juga my girl tunjuk kat buku teks dia haritu.
I pernah dapat soalan dari my girl "Mummy, period tu sakit tak?" adoii macam mana nak explain tu? hahaha
Dengan info2 yang ada dalam blog Aida, I will be get ready on it :)
ooo sekarang sekolah ada bagi benda gini ye
ReplyDeletebagus lah. zaman saya dulu takde pun
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.