baru la ada continuity nyer di sini :)
bila anak dara kita dtg haid pertama kali, pertama kali tu la dia akan rasa tak sedap perut.
sakit ke ? dia jawab, tak... dia just reply, tak selesa.
yes. normal la tu kan.
kita pun bila dtg haid, rasa serba serbi tak kena dgn perut, pinggang, fikiran, emosi.
permainan hormon la tu :)
bila berckp pasal sakit perut, hasil pembacaan saya...
sebenarnya otot dlm rahim kita mengecut utk menolak darah keluar.
biasa la tu, few days before haid and hari pertama hingga hari ketiga memang akan rasa tak sedap perut.
so, kena explain bebetul kat anak dara kita yg pertama kali tu.
kalau rasanya kesakitan mereka tu teruk sgt, better bwk gi klinik la. sian dia...
then dia akan rasa letih... lesu... takde mood...
huh ! sesuatu yg baru utk dia... and sesuatu yg baru utk kita sbg ibu.
baby kita da pun dewasa... sayu hati ni :(
apa kita boleh bantu dia ?
- advice dia utk bersenam ~ berjalan, regangan. ini kalau secara saintifik nyer boleh menggalakkan pembebasan endorfin di dalam badan. ubat tahan sakit secara semulajadi.
- mandi dgn air suam. boleh legakan otot dan kurang sakit. kalau boleh, kita belikan dia beg yg boleh isi air panas tu, letakkan kat perut.
- suruh anak dara kita baring mengiring. lutut naik ke dada. lega la skit...
- minum air... makan buah... kena jaga pemakanan la kan and relax...
- elakkan anak dara dari pakai seluar yg ketat! prepare pakaian yg nipis dan longgar agar anak dara sentiasa segar.
masa yg paling sesuai utk kita jadik bff dia.
rapat dgn dia...
borak dgn dia...
biar dia rasa yg kita faham apa yg dia lalui.
buat dia yakin bhw dia sedang melalui sesuatu yg normal bagi seorang wanita dewasa.
dia pun da boleh borak dgn kawan.
terutama kawan yg baru dtg haid. da boleh jadi penasihat la plak :)
betul la kan? tiada pernah berakhir proses menuntut ilmu.
bila da beranak-pinak, masih lagi ada perkara yg kita kena carik ilmu nya.
membaca... bertanya pakar... berkongsi dgn kawan...
lepas satu tahap... ada tahap yg lain :)
Allah itu Maha Berkuasa...
semua terjadi atas ketentuanNya juga...
6 Comments
info yang bagus...
ReplyDeletebetul tu, akak dah berusia ni pun masih sakit kalau period
Kan?
Deleteini kan plak diorang ekk...
ingt masa memula sakit nk period dlu.
ReplyDeletebaring je ats katil sambil guling gulinh tahan sakit
betul tu, kena beringat ni. anak first anak dara.
nice sharing
Aida dah ada anak dara sekarang.. turn Zaza will come soon..
ReplyDeletebetul fakta yang Aida tulis tu.. kita boleh jadi bff dengan anak dara kita.. supaya dia tak rasa terasing atau rasa malu nak berterus terang dengan kita.. I will do that soon juga.. thx for the info Aida :)
Wah.. dah besar la anak dara aida ya.. dah melalui alam nak menjadi wanita ni.. tanggungjawab ibu banyak ya.. moga ilmu yg disampaikan akan diserap baik oleh anak..
ReplyDeletekadang semua ni ikut hormon
ReplyDeletecam saya memula dulu kena tak rasa
lepas tu baru rasa...hehe
anyway nice sharing aida
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.