ok... uolls da baca da kan words di atas.
yes.
"... motherhood is your JOURNEY with your children..."
"... is not a competition to see who has the cleverest kids,..."
no... no... tu takkan jadi goal saya.
just just just nak anak-anak berjaya.
setakat yg mereka mampu. setakat apa yg saya terdaya.
bukan nyer nak menjaja kisah kejayaan anak saya di sana sini.
nanti... bila diorang sukses amik skrol ijazah sarjana muda nanti, baru saya jaja serata alam :)
yes yes... selasa lepas penuh timeline fb saya dgn status frens yg anak2 nyer dpt 5A.
mcm2 majlis dibuat di skola demi nak meraikan anak2 yg dpt 5A.
dulu-dulu time saya, takde plak. seingat saya, saya amik result tu sendiri aje.
takde pun pengumuman gitu.
now, parents dtg amik gambo ala-ala convocation gitu.
anak-anak yg tak cukup A?
anak-anak yg takde A?
tgk aje la... ibu bapa mereka? layan aje la... sian la plak ekk...
tapi tu la, da style zaman skang ekk.yg A berderet-deret tu la yg di highlight kan... sian bagi anak-anak yg tak cukup A.
ada satu kes semlm, mak nyer renyuk kan slip exam tu sebab anak dia dpt 2A aje.
sebab frust. mak nyer sgt dedikasi anta anak ke tuisyen. ajar anak tu.
tapi tu la, nasib tak sebelahi anak dia utk dpt 5A.
opismet saya plak, anak sulung nyer dpt 5A. langsung dia tak share kat fb.
pada dia, biar la org bertanya, baru la dia ckp...
yes. itu yg saya kagum... kita simpan sendiri, biar org tak tau.
saya suka cara dia... ekslusif!
saya nak tiru mcm dia kelak...
nurin dok upsr nanti year 2017. dekat sgt dah waktu nya.
moga Allah permudahkan jalan nurin & syuhada nak dok upsr nanti ye.
dari sekarang dah kena tumpukan perhatian kpd pelajaran.
akan dtg silibus dan soalan upsr anak-anak ni semakin susah!
semakin menduga akal mereka yg sebenarnya, pada saya, lom lagi boleh diduga sedemikian rupa....
apapun, saya akur dgn peredaran zaman dan kemahuan dasar pendidikan negara :)
37 Comments
mugo2 berjaya anak si nurin dgn upsr nye ., aminn
ReplyDeletetq so much.
Deletetu yg aida harapkan :)
anak yg nak exam, ibu yg over stress!
Betultu
ReplyDeletetimacih :)
Deletetapi ada ibu-ibu yang suka sangat bersaing-saing yang kadang-kadang nampak sangat kebudak-budakannya... hua hua hua...
ReplyDeletebersaing tu ok, farah.
Deletejust jgn over la kan hi hi hi hi...
jgn sampai kecik kan ati org lain.
jgn sampai gaduh dah ler!
semoga cemerlang semua buat semua anak-anak dalam pelajaran masing-masing, in shaa Allah..aaminn
ReplyDeleteaminnn ya Rabbal alamin...
Deleteanak xde A ibu bagi lagi dorongan supaya anak xtersisih n kecewa..mereka da cuba yg terbaik
ReplyDeletejgn sedih.
Deleteanak tu masih ada peluang cerah di secondary school.
upsr tu kecik sgt impak nyer :)
Kadang kejayaan anak2 ni tak perlu di perbesarkan sangat kan Aida... biarlah kita simpan sendiri, biarlah mrk tahu sendiri... kesian kat anak2 yg kurang berjaya pastinya ada rasa rendah diri..perjalanan mereka masih jauh...
ReplyDeletemoga urusan pembelajaran puteri2 Aida di permudahkan...
aida sgt setuju tu.
Deletekita sendiri tahu da ok kan?
may be skang x ok, esok lusa ok plak.
may be skang sgt bagus, esok lusa? hanya Allah Maha Mengetahui...
Lumrah alam tu Aida.....yg berjaya di pandang tinggi, yg gagal sebaliknya. Belajarlah menerima anak seadanya. Memang sebagai ibu, kita mahu yg terbaik utk anak, tp kalau tak dpt. redho ajelah hihi.... Kejayaan bukan sahaja diukur pada kejayaan hari ini, tp terus berjaya dan boleh survive dimasa akan datang disamping hidup yg diberkati Allah....
ReplyDeletebetul tu nom. ari ni permulaan.
Deleteesok lusa penentu nya.
tak guna pandang belakang dah kan.
Assalamualaikum..
ReplyDeletePada pendapat saya tak perlulah stress sangat paksa anak dapatkan A kalau di luar kemampuan dia.. Kalau anak tu memang cemerlang, it's okay..
'A' hanyalah ukuran pencapaian akademik, saya prefer anak seimbang iaitu cemerlang akhlak, sahsiah dan baik dari segi akademik.. ;-)
aida setuju 100%.
Deleteakhirat tu utama.
dunia jgn diketepikan :)
Manusia memang pelbagai ragam kanss...
ReplyDeleteNOBODY want to be somebody, SOMEBODY want to be NOBODY. Contoh mereka yang popular bila kemana-mana sibuk duk cover diri segala bagai pakai topi pakai purdah takut dikenali.
Yang tidak dikenali pulak sibuk duk meniru yang popular biar semua orang notice kehadiran dia.
exactly...
Deletepelik!
upsr sebagai langkah awal jer bukan penentu segala.. jatuh hari ni bukan brmakna terus jatuh tapi berusaha terus bangun untuk bangkit..kalau di dunia x bahagia, kejar akhirat pulak..yang kekal abadi..x salah berkongsi result anak2..walaupun x cemerlang mcm anak orang lain sbgai mak kena tetap bangga..
ReplyDeleteaida setuju...
Deleteyg penting lulus. masa depan masih cerah.
gagal sekalipun, esok masih ada utk perbaiki :)
Sy ikut sikap mak saya... Tak suka bercerita pasal anak...
ReplyDeletetu yg terbaik!
DeleteKalau bersaing secara sihat ok la.. Ibu bapa jangan emosi sangat kalau anak tak dapat 5A.. Kita berusaha dan berdoa, namun Allah swt penentu segalanya.. Perjalanan anak-anak masih jauh..
ReplyDeleteyes. berdoa tu penting.
Deletedoa ibu ni kan yg paling berkesan... in shaa Allah :)
Mcm tak kena, tp bila fikir manusia ni mmg suka penghargaan. Rasanya kalau kongsi kegembiraan sb anak berjaya tu ok je.. tp jgn sampai mendesak atau memaksa anak utk cemerlang tanpa fikir hal lain.. ada kes kat sekolah kami sampai anak sanggup meniru sb ayahnya wajibkan dia belajar siang malam utk dpt smeu A.. kesian btl kalau kes mcm ni..anak2 sampai tertekan ... baru tingkatan 1 apalah nk kejar sgt straight A tu..
ReplyDeleteiye ke? alahai... sian nyer anak tu.
Deletedah tak genuine da result anak tu dek krn nak ikut kehendak ayah.
alahai...
harap nurin dipermudahkan utk upsr nanti.. srkarang pelajaran susah kan
ReplyDeleteaminnnn...
Deleteyes ekin. sgt susah.
sian tgk anak2 zaman skang!
pada saya normal untuk kita berkongsi kegembiraan
ReplyDeletebasic asal sebagai manusia, inginkan penghargaan
cumanya dalam dunia hari ini...penekanan yang terlampau
itu yang mengundang pelbagai masalah sosial contoh macam lari dari rumah
bebudak stress sebab mak bapak suh kejar cita2 mak bapak
bukan cita2 anak
jangan dikeji yang belajar corot hari ini sebab mungkin dia lebih berjaya
jangan dipuja yang belajar berjaya hari ini sebab mungkin kemudian hari dia gagal dalam kehidupan
tu la YY. tu yg jadik remaja masalah ekk :(
Deleteaduhai... moga dijauhi la anak2 kita jadik gitu.
bersederhana la kan...
Setuju. Motherhood sebenarnya sweet beautiful moments yang ibu-ibu lalui dgn anak-anak. Tidak sepatutnya jadi satu bentuk pertandingan siapa hebat, siapa parents yang bagus atau anak siapa paling sukses. It's a beautiful bonding antara anak dan ibu.
ReplyDeletemasa anak2 kecik ni la ekk nak bonding bonding pun.
Deletenanti da besar. da dewasa...
hu huhu jauh dah...
akademik semata tak cukup.bekalkan dengan kemahiran, dan bakat yg diasah sebagai backup utk masa hadapan.sbb cabaran masa depan lg tinggi.contoh dlm bidang pekerjaan jd satu nilai tambah kalau seseorang iotu ada kemahiran
ReplyDelete&bakat sbgai menyokong pencapaian akademiknya :")
akak tak tetapkan apa2 untuk anak2, cukuplah anak2 dapat belajar dengan baik, tidaklah nak bertanding dengan sesiapa, adatlah ibu bapa nak yang terbaik untuk anak2 kan, tetapi jangan sampai memaksa anak2 takut stress pulak nanti
ReplyDeletekanak2 jangan kita stresskan mereka..tusyen sana sini sehingga otak tak rehat...bagi kak yan biarlah mereka cuba semampu mereka..tak semestinya gagal harini ..gagal terus...
ReplyDeleteAda parent sekolah akak anak dia 1 a je pun ada c ..masuk facebook and gembira dgn apa yg anak dia dapt...mcm tulah yg kita nak..boleh terima keputusan anak dia...dan upsr ni bukan penentu segala
ReplyDeleteTrue indeed.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.