kisah semlm :)
tgk wayang dgn anak-anak & dinner kat jusco.
da lama kami tak jejak kaki kat sini ~ jauh la dari rumah hi hi hi...
parking pun asyik penuh aje... agak malas nak ke sini.
lebih ke jusco ayer keroh aje ~ depan umah almaklum la kan.
so, seperti biasa mau survey tempat makan baru.
anak-anak dara nak dinner di TCRS tapi ibu ni hah sudah boring! kena cari tempat lain.
pilihan hati pasti nyer ~ jelas halal & tak crowded...
kami order :-
- 5 nasi putih (RM2 semangkuk nasi =RM10)
- ayam penyet
- daging penyet
- sup kosong ~ 2 (RM1 semangkuk kecil = RM2)
- sambal extra ~ 1 (RM1)
- kulit ayam goreng ~ 1 (RM6.90)
- teh tarik ~ 3
- teh o ~ 1
kat sini harga tak pakej mcm restoran nasi ayam penyet kegemaran kami di mitc.
ayam penyet (and lain-lain lauk penyet) satu harga.
nasi putih, sup kosong (ada gak sup ayam, sup sayur, dll) and sambal (kalau nak extra) semua harga yg berbeza. bukan boleh minta free hu hu hu...
pada saya nasi putih tu kalau add-on boleh caj la kot, mcm tempat-tempat lain.
when it comes to sup kosong... sambal extra yg sejemput... bagi free ajer la kan... sedeqah :)
tapi takpe la, da itu marketing plan diorang...
kat sini cerita pasal owner rangkaian restoran ni.
kat sini cerita pasal owner rangkaian restoran ni.
daging penyet
ayam penyet
ni nama nyer kriuk kriuk. letak atas lauk.
crispy... sedap la bila makan.
yg ni pun kalau nak tambah ~ ada caj ye... hi hi hi... RM1 jugak 1 kali tambah.
apapun, sedap la
so frens yg nak merasai apa yg kami rasa, boleh la try.
tukar-tukar selera sesekali...
alhamdulillah...
12 Comments
sedaaaaaapnyeee ayam penyet !!! x makan luncheon lagi ni huwaaa...
ReplyDeletetetiba jadi lapar
ReplyDeleteBoleh tahan harganya.. tapi kalau sedap ok juga la..
ReplyDeleteHr tu gi aeon perasan kedai ni..br buka kan..akak suka makan kat wong solo bandar hilir..
ReplyDeleteWoah nikmatnya santap ayam penyet, alhamdulillah. Ko tak ada tempe penyetnya ya?
ReplyDeletenanti nak cubalah...sedap je tengok menunya
ReplyDeleteOhh kiranyanya restoran ni tak de set-set meal utk kita pilih. Saya pun frust kalau setakat sambal sejemput nak caj,..tapi nanti diorang cakaplah, kena caj sebab nanti orang ambil sesuka hati - bazir.
ReplyDeleteSaya kalau makan ayam penyet, mesti kena ada sayur asem sekali :)
seronoknye mkn...tp mmg kdai camtu extra charge kan semua..patutnya 1 pakej la..huhu
ReplyDeletelamanya xmakan ayam penyet.. last makan kat sabah tahun lepas
ReplyDeletepenah makan kat sini,tapi time tu sangat mengecewakan, hidangan lambat,mahal sejuk pulak tu makanan yang terhidang,langsung xpanas,rase menyesal pon ade,mungkin ada yang bernasib baik,tapi aku kompem da xmakan sini lagi
ReplyDeleteterpulang kepada admin nak publish komen saya or tidak,tapi saya cakap benar
ReplyDeleteAda sape2 taw tak kedai ayam penyet ori ni masih ade lg tak kt aeon (2019)
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.