setelah 1 minggu cuti, semlm dari pagi dok bilik meeting... hu hu hu mereput di bilik meeting :)
x sempat nak update blog and terjah blog frens.
ada ruang sikit utk makan & solat... hu hu hu...
ari ni masih terasa busy ~ mau isi SKT lagi. tgk SKT anak buah lagi.
update jap blog kecil ni :)
kisah sabtu lepas...
sehari ~ 2 movie kami layan di 2 panggung wayang yg berbeza tau.
memang happening!
first kami layan krampus di gsc aeon bandaraya, then kami gelak ketawa dgn citer the good dinasour di mbo melaka mall :)
recommended la gi tgk citer ni, happy happy dgn anak-anak...
satu citer hantu & satu citer kartun.
4 tiket aje... ijat dok atas pangku ayah :)
memang menarik citer krampus ni ~ citer pasal ketidakpercayaan kpd kegembiraan krismas.
and ketidakpercayaan kepada santa claus...
almaklumla kan... december memang bulan krismas :)
briefly ~ cerita ni berkisar kan satu family nak celebrate krismas bersama.
2 adik-beradik berkumpul di rumah kakak.
famili si kakak ni adalah famili yg teratur, lembut, nice...
tapi famili adik ni kampung-kampung gitu. anak-anak si adik ni semua kasar!
dipendekkan cerita, anak lelaki si kakak, ada surat permintaan utk santa claus.
but, setelah diejek oleh cousins nyer, dia jadi sedih and buang surat permintaan tu.
menurut lagenda krismas, kalau seseorang tu hilang kepercayaan kpd krismas dan tak percaya kpd santa clause ~ krampus akan dtg utk punish!
krampus ni digambarkan sebagai the other side of santa claus la.
dia dtg tak bwk hadiah, tapi bawa punishments!!!
memang tragis la kisah famili ni... nice la utk bwk anak-anak.
tak la terlalu ganas... ada pengajaran ~ kasih syg antara famili :)
then abis aje tgk krampus, kami gi dinner kat ayam penyet ori :)
time dinner tu la tetiba muncul idea nak continue masuk panggung tgk the good dinasour.
malangnya, show di gsc tu kul 10.10 mlm.
terlalu lewat... lgpun jauh dari rumah kan... kami pun cancel and balik...
tapi, on the way back, lalu la plak depan melaka mall...
mr.asben's idea ~ balik rumah jap... and dtg balik tgk the good dinasour di mbo melaka mall :)
sgt cute cerita ni!
sgt cantik animasi the good dinasour ~ hampir nampak mcm real :)
terbaik...
kisah arlo, dinasour bongsu dari 3 beradik.
arlo ni penakut !!!
dipendekkan cerita, one day arlo terjatuh sungai and dihanyutkan jauh dari rumah.
episod pengembaraan dia bermula ~ dia jemput la spot, anak org asli yg sgt cute.
dia mengembara utk balik ke rumah...
spot bantu dia... akhirnya, spot pun jumpa famili dia, arlo pun berjaya sampai ke rumah :)
terbaik!
tq mr.asben sebab sporting :)
9 Comments
anak dah lama request nk tengok citer ni..haih bila la mama dpt bawa ni hukhuk..asyik ada program jer
ReplyDeleteSuka anak² yea tgk wayang... :)
ReplyDeletebestnye sakan tgk wayang~
ReplyDeleteBest menghabiskan masa cuti sekolah bersama-sama anak2 tu..
ReplyDeleteAkak yg masih tak tahu nak gi mana..
Selagi budak berkhatan tu tak sihat lagi :)
Fuiyooo happening giler korang nih! Layan 2 movie dlm sehari..hehee..enjoy sakan yer..;)
ReplyDeletewah, 2 show sekali sehari. :)
ReplyDeleteanak2 pun lama tak tengok wayang.. macam2 filem dah diajaknya..
ReplyDeletesuka la anak2 tgkciter ni
ReplyDeleteseronok tengok wayang satu family..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.