and after lepak sepagi di bukit bendera, ptg tu kami decided nak gi toy museum, teluk bahang.
aduhai... jauh jugak nak merentas desa ke sana!
but sebab bwk anak-anak, wajib la ke toy museum.
kawasan museum ni di belakang sgt, bukan di jalan utama.
and nak masuk ke dlm tu agak menakutkan ~ betul ke tak museum kat sini?
kawasan sekeliling mcm tak membangun, kecuali kat depan tu ada la muzium kraf.
sebab dari flyers yg kami dpt kat bukit bendera tu, mcm bagus aje tempat ni.
tapi uolls ~ papan tanda pun kecik aje guna plywood kot!!! hu hu hu bajet bebeno...
bila sampai aje, lagi la konfius. satu bangunan tanpa papan tanda nama.
kawasan parking kereta pun berbatu kerikil aje, lopak air di sana sini.
kat area entrance tu plak, ada kerusi-kerusi utk org awam duduk, tapi bwh kerusi tu ada 2-3 ekor anjing sedang lepak... hu hu hu...
saya & kakak saling pandang memandang. ye ke ni?
then, pergi jugak la ke kaunter nak bertanya details.
sekali lagi saya & kakak saling berpandangan ~ mahal nyer entrance fee!!!
dari dewasa ke kanak-kanak, sebaya izzat tu hah baru 3 thn = RM16 :( cekik darah.
flat rate ye utk semua tak kira umur brape :-( sedih!!!
tu fee utk local tau, kalau tourists luar negara = RM32. aduhai...
tapi tu la, masa tu anak-anak berlima da excited. kan da bagitau nak gi muzium kartun hu hu hu...
kami pun decide, masuk ajer la...
ada dlm beberapa baris (lupa nak kira), semua figura tu dlm box besar. tak boleh pun nak pegang.
dia susun mcm dlm gudang tau, lurus aje ke belakang.
anak-anak berlima masuk berlari-lari, main sorok-sorok...
rasa nya anak-anak tu berada dlm tu dlm masa tak sampai 30 minit kot.
kakak saya & mr.asben pun keluar cepat. few minutes aje diorang dlm tu.
saya je yg lama dlm tu ~ amik gambo sampai la ke barisan terakhir
pada saya, nak caj mahal ~ kena la interaktif skit.
nampak happening invite children's attention.
figura semua memang menarik, tapi tu la ~ persembahan muzium tu tak best.
tak selaras dgn harga yg kena byr.
and if can, caj anak-anak tu jgn la mahal.
da la tandas teruk! persekitaran teruk! tak mesra pelanggan :(
nurin aje yg bergambo dlm ni.
anak-anak yg lain da main lari-lari hu hu hu...
mengecewakan.... mungkin berbeza dgn pengalaman org lain.
different people, different expectations :) just share the truth.
maybe tourism penang boleh kot pantau skit tempat ni... agar lebih elok.
bahan ada, bahan menarik. tapi presentation out!!! mahal sgt!!!
ok bye for now...
next saya citer kami makan nasi dlm buluh plak ekk :)
8 Comments
Wahhh, ni kalau anak sy ni confirm dah meroyan tgk spiderman :)
ReplyDeletewalaupun dok Penang, tapi tak pernah sampai.. huhu
ReplyDeleteSebut je pulau pinang.. Memang tak pi la.. Hehe
ReplyDeleteAlamak,..sayangnya cara display mereka buat begitu. Maybe takut figurines tu kotor/rosak, tapi cara exhibit sangat lame. Tak memancing perhatian kan,..
ReplyDeleteeheheh pejam mata lah bayar entrance kan.. sekali je masuk =P
ReplyDeletetapi berbaloi jugak dimata CT sebab mmg puas tengok macam2 dalam tu.. figurines yg besar2 tinggi2 tu mmg ohsem..
alahai.. sayangnya kalau cara presentation camtu
ReplyDeleteKlau sy tak berapa berminat dgn muzium mcm ni. Mhal pula tu..
ReplyDeletesemoga pihak pengurusan perbaiki kelemahan berkenaan..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.