tgk ni ~ sepanjang pagi membawa ke tghari selasa tu anak2 berenang HANYA sesama mereka.
ada 1 lagi famili join swimming but semua da besar2.
takde la ganggu territory anak2 :-)
memang sungguh selesa!
alkisah berenang dlm hujan ni...
selasa pagi berenang, then break for lunch kejap.
dlm kul 3 ptg tu, anak-anak berlima tu da meronta-ronta nak masuk kolam.
kami bagi la kelulusan sebab melihatkan mcm ptg akan hujan.
lgpun, sah-sah la pool tu takde org lain kan :) ha ha ha...
hmmmm memang hujan, tapi anak-anak berlima tu sambung aje berenang dlm hujan !!!
boleh tahan lebat la jugak uolls :)
then dlm kul 6 ptg tu terpaksa suruh diorang naik & balik chalet.
sebab hujan semakin lebat!
izzat & amrina yg happy bebeno :-)
nampak x ?
betapa luas nya pool utk kanak-kanak :-)
izzat... izzat... hanya izzat.
time ni amrina join syuhada & muhd naik slide hujung tu hah...
3 sepupu sedang sliding turun... woooohooooo!
hujung tu hah pool utk dewasa...
yg pandai berenang la kan.
dlm 5 kaki tu!!!
ha ha ha kosong :-)
hanya ada muhd & nurin saje yg sesang splashing tgh2 tu...
sgt puas hati. memang nasib kami baik la dpt holiday sini.
sejarahnya... camne kakak saya terjumpa resort ni ialah...
time anta adik saya daftar masuk UiTM pertghan thn ari tu, urusan abis hampir mlm.
kakak & abg ipar try la ke hotel-hotel yg tinggi melangit kat area seberang jaya ni.
byk jugak hotel di sekitarnya.
malangnya semua hotel fully booked. pengsan la kan if x dpt tempat tido.
so, receptionist hotel tu yg inform abg ipar try ke safira hotel resort ni.
kedudukan safira ni agak ke belakang... but bukan la hutan.
kebelakang daripada kawasan yg agak membangun la ~ org x perasan!
depan tu ada parkson (sunway carnival mall)...
ada lot kedai2 yg mcm ada ~ semua bank, cosway, avon, farmasi, kedai makan nasi kandar, kedai makan western (victoria station), laundry layan diri, ....
kedai makan pun byk. sedap & murah!!!
memang membangun la area ni. patut la hotel lain semua penuh kan.
dekat plak dgn UiTM penang...
memang strategik la area ni uolls, mcm2 ada :)
nak ke pulau pun x jauh...
kalau saya tak silap less than 30 minit kot.
naik jambatan pertama ke pulau memang la best :)
maklum la, melaka mana ada jambatan panjang gitu hi hi hi...
anak-anak sibuk la mengira kapal... sibuk bertanya mana feri :)
tak sempat bwk diorang naik feri... nak balik ke seberang lewat ptg da...
safira hotel resort ni actually dulu kala open for members only.
annual fee rm5k per year.
but, utk jana pendptan di era kemelesetan ekonomi, open for non-members la kan.
pakej skali dgn breakfast for 4 pax ye :-)
11 Comments
luasnye kolamm
ReplyDeletecantik pool dia .... memang puas berenang ni! :D
ReplyDeleteSeberang Jaya??
ReplyDeleteFida org sana tapi tak pernah pun tidur hotel..macam pelik pun ada umah dekat p tidur hotel..hahaha
luasnyaaa kolamm.. hee lama tak pegi swimming :D
ReplyDeleteMrs. A sekeluarga pun pernah check-in sini.
ReplyDeleteTahun 2012 time tu nama dia Safira Country Resort, Seberang Jaya
besar kolam ......
ReplyDeletepool luas mesti puas nak berendam kan.. hehe..
ReplyDeletesyoknya..
pernah p main badminton ngan program opis ja..tak pernah nak tido lagi laa kat resort dia.. yup dulu dengar dibuka untuk member ja..
ReplyDeleteBestnya. Besar kolam tu.
ReplyDeletebr tau kt Safira ada pool besar cmtu....wah...
ReplyDeletemesti seronok anak-anak berendam..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.