salam.... hari terakhir di tahun 2015.
esok 1 januari 2016, pastinya bakal bermula dgn penuh hikmah in shaa Allah.
and ahad or isnin, anak-anak akan start skola, kan :)
nurin & syuhada tak sabar nak naik skola, diorang da boring cuti dok umah.

aida baca kat artikel INI and nak share la sini 3 tips aje dari byk yg artikel tu bagi, dlm perkataan aida sendiri la.
tips yg praktikal di pagi hari utk aida...
yes la, terutama mak-mak yg bekerja. nak siapkan diri, nak siapkan anak lagi...
moreover, mcm aida ni hah keje jauh dari rumah, lebih byk perkara nak buat di pagi hari tau.


pertama ~ buat jadual menu sarapan & bekal anak utk seminggu.
buat jadual dan prepare kan bahan2 la... yes, ni agak praktikal.
boleh kot prepare skit bahan dari mlm sebelum, morning just execute. takde masa nak fikir lagi dah...
sebab saya memang tak brape gemar anak2 beli makanan kat kantin.

  1. buang masa nak kena beratur membeli. anak2 saya berdua tu makan lambat. diorang releks makan mcm kat rumah. tak sempat makan nanti.
  2. makanan terdedah!
  3. da beli, x cukup meja kerusi kat kantin utk anak2 duduk makan.
kalau la saya x sempat nak prepare bekal, definitely saya akan belikan siap2 kuih-muih or apa2 yg diorang nak and bw ke skola.


kedua ~ siapkan keperluan sekolah anak sebelum tidur. and ni memang saya amalkan.
agar bila esok pagi tu, diorang hanya siapkan diri saje.
beg skola pagi & beg skola agama, before tidur tu saya da suruh both of them letak kat sofa depan.
ready to go!!!


anak2 dara saya berdua tu pepagi kurang berselera.
no point bagi sarapan berat.
ketiga ~ buat milo or nestum segelas sorang :)
simple aje tapi in shaa Allah beri mereka tenaga...

tu aje la boleh aida share.
nak lebih boleh la klik artikel INI.

Photobucket