esok 1 januari 2016, pastinya bakal bermula dgn penuh hikmah in shaa Allah.
and ahad or isnin, anak-anak akan start skola, kan :)
nurin & syuhada tak sabar nak naik skola, diorang da boring cuti dok umah.
aida baca kat artikel INI and nak share la sini 3 tips aje dari byk yg artikel tu bagi, dlm perkataan aida sendiri la.
tips yg praktikal di pagi hari utk aida...
yes la, terutama mak-mak yg bekerja. nak siapkan diri, nak siapkan anak lagi...
moreover, mcm aida ni hah keje jauh dari rumah, lebih byk perkara nak buat di pagi hari tau.
pertama ~ buat jadual menu sarapan & bekal anak utk seminggu.
buat jadual dan prepare kan bahan2 la... yes, ni agak praktikal.
boleh kot prepare skit bahan dari mlm sebelum, morning just execute. takde masa nak fikir lagi dah...
sebab saya memang tak brape gemar anak2 beli makanan kat kantin.
- buang masa nak kena beratur membeli. anak2 saya berdua tu makan lambat. diorang releks makan mcm kat rumah. tak sempat makan nanti.
- makanan terdedah!
- da beli, x cukup meja kerusi kat kantin utk anak2 duduk makan.
kalau la saya x sempat nak prepare bekal, definitely saya akan belikan siap2 kuih-muih or apa2 yg diorang nak and bw ke skola.
kedua ~ siapkan keperluan sekolah anak sebelum tidur. and ni memang saya amalkan.
agar bila esok pagi tu, diorang hanya siapkan diri saje.
beg skola pagi & beg skola agama, before tidur tu saya da suruh both of them letak kat sofa depan.
ready to go!!!
anak2 dara saya berdua tu pepagi kurang berselera.
no point bagi sarapan berat.
ketiga ~ buat milo or nestum segelas sorang :)
simple aje tapi in shaa Allah beri mereka tenaga...
tu aje la boleh aida share.
nak lebih boleh la klik artikel INI.
14 Comments
sama la ... bermula minggu depan rutin kita mak-mak ni semua akan jadi sibuk seperti biasa start dari pagi hingga ke malam hehe. Moga kita diberi kekuatan untuk tahun hadapan ye ;)
ReplyDeleteyes exactly hanim.
Deletekembali ke rutin asal :)
sibuk 24 jam hi hi hi...
sekejap dah nak bermula sesi baru persekolahankan....moga terus bersemangat di tahun baharu...
ReplyDeleteyes kan.
Deleteanak2 aida memang semangat, PC.
diorang da boring dok umah lama2.
minggu depan...mesti semua makin sibuk dgn sekolah baru buka ye...
ReplyDeletemesti pening kpala nak pkir menu apa yg berlainan setiap hari...
salam kenal :)
yes. minggu ni da balik sibuk.
Deletemlm lepas dinner memang uruskan hal anak2 aje.
perancangan tu kena rapi.. klu x kelam kabut kan?
ReplyDeletesgt la betul tu cik EN
Deleteagus tips yang aida share. minggu depan kembali ke rutin hakiki...huhuhu
ReplyDeletewah...esok dah naik sekolah anak2 ye
ReplyDeletetahuk ni macam pelik jer - mak banyak anak sekolah? hehe
ReplyDeleteyg panjang nyer ialah ~ mak yg mempunyai anak ramai dan anak semua skola :)
Deleteha ha ha...
good tips..i love it
ReplyDeleteSupermak ...
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.