kisah semlm :)
alhamdulillah... izzat dah pun melangkah masuk ke tadika.

throwback few years back,
kakak syuhada di usia 6 thn ~ 2013.

now izzat :)
aduhai... memori kenangan silam!

alhamdulillah, masih bersama management yg sama.
dulu di taska, start thn ni di tadika.
kalau nak dihitung, since januari 2010 nurin (5 thn) dan syuhada (3 thn) da di sini.
just pada pertghan thn 2012 bertukar owner, but staff masih yg sama.
anak2 gembira. tiada kecederaan. ceria dan sihat...
ibu serasi dgn taska / tadika ~ tu yg penting!
sgt dekat dgn umah, mudah nak diuruskan... nape nak tukar lain, kan?

berbalik kpd citer sebeno, nak citer pasal izzat first day di tadika, semlm.
izzat melangkah masuk kah???
oh tidak... berdukung dari kereta ke pintu pagar...
tak nak turun, terus hingga ke dlm kelas anak 4 thn.
didakapnya ibu ni sekuat-kuat hati hu hu hu... anak bertuah!

daripada saya ni plan hanya nak masuk opis lambat.
terpaksa amik EL semlm, dek kerana putera bongsu ni sorang.

pagi-pagi kejut izzat, mandi dgn ibu tapi gosok gigi dgn ayah :)
ayah jugak pakai kan baju skola...
and terus layan kartun di tv.

cantik tak beg izzat ? :)

sempat la ibu wefie dgn izzat :)
izzat takde mood sgt... tak nak senyum!

ibu anta ye syg...
ibu tak pernah miss moment anta anak2 ke mana2 pun first day.

tapi tu la, sampai aje di taska, tak sporting dah...
ibu terpaksa beratur sekali dgn kawan2 izzat, izzat peluk erat kaki ibu ni hah.
ber chicken dance dgn teachers dan kawan2 izzat.
konon nyer nak bagi izzat happy dan terus interested la nak masuk tadika.
but, sampai ke sudah ~ takde mood...

dipendekkan cerita, izzat melalak-lalak bila ibu nak lari balik tinggal kan izzat.
sayu hati ibu...
bergenang juga air mata ibu.
namun... izzat ke strong ye, good boy :)

pagi tadi, ayah plak anta izzat.
saya call mr.asben, dia kata, izzat hampir nangis jugak.
dgn segera dia start motor and tinggalkan tadika.

hai la anak bujang sorang yg terlebih manja...
balik keje tadi, sampai aje umah, terus tangkap dia.
cium cium sampai ibu puas ati :) ha ha ha...

oh la harta dunia akhirat ibu...

Photobucket