member upload gambo anak dia, sebaya izzat & tadika yg sama, buat homework.
terus la si ibu izzat ni pun sibuk cek beg skola izzat.
yes yes... izzat ada homework la :)
mewarna kipas aje pun...
terus la suh izzat amik kaler pensil and buat homework.
tgk la gambo di bawah betapa stress nyer ibu bila izzat buat tak peduli aje dgn homework!!!
ibu letakkan buku izzat.
izzat hanya buka aje box kaler pensil tu.
pastu ???
dia layan tgk kartun... menganga mulut dia tgk kartun!
ibu da pujuk-pujuk, dia sepahkan plak kaler pensil...
konon nyer nak pilih kaler apa la.
tapi... tgk tu! mata masih melekat tgk tv :( grrrrr geram!
pastu... lepas ibu ni bebel-bebel skit... ugut-ugut skit, baru la dia start mewarna.
tapi tu la... tgk la cara izzat pegang pensil...
mata masih melekat kuat kat tv :) ha ha ha anak oh anak oii...
then, saya geram. saya buat-buat merajuk la.
"ibu sedih la ijat x nak dgr cakap ibu. ibu tak nak kawan ijat la..."
terkebil-kebil mata dia pandang saya...
then, ijat kata, "ok la ok la, ibu nih!" ha ha ha...
da betul dah pegang kaler pensil tu.
da nampak serius kan?
tapi!!!
mata masih di tv hu hu hu...
that time, saya terus buat keputusan diktator ~ off tv!
again, terkebil-kebil ijat pandang saya.
"ijat x nak kaler, bu x nak kasi ijat tgk kartun lagi." terus saya bangun gi dapur.
dlm 5-10 minit gitu, saya ke depan, ijat sedang mewarna.
sambil mata dia terkebil-kebil pandang saya :) ha ha ha...
kesian plak tgk si pandai sorang ni...
setakat ni aje izzat nak warna :)
saya da malas nak paksa-paksa dia.
karang dia tak suka plak buat homework, kan?
terus saya upah dia secawan air oren :)
suka ati dia...
sekian la kisah anak bongsu buat 1st homework tadika.
dulu kakak2 takde la susah gini, diorang volunteer buat homework, tanpa ibu bebel-bebel tau!
hmmmm ijat oh ijat...
24 Comments
anak laki mmg camtu kot? huhu
ReplyDeleteyes yana.
Deletebak kata ticer, memang kebiasaan nyer gitu.
kat tadika semua gitu.
yg pompuan ok aje.
yg lazy ialah boys.
biasalah anak bongsu...manja lebih sikit
ReplyDeleteermmm warna warni kipas ijat sayang..hihihihi..slow slow...in sha Allah boleh..
ReplyDeletein shaa Allah :)
DeleteSalam singgah!
ReplyDeleteGelihati pulak membacanya. Biasalah mak-mak yang stress bila anak tak mahu buat homework. Berapa tahun Ijat ni? 5 tahun ke? Kalau gitu sebayalah anak bujang kecil saya. Minggu ni dah start ada homework juga tapi a,b,c aje. Pada mata kita eleh ni panggil homework tapi pada mata si kecil ni stress oi kena buat homework!
ijat ni kalau diikutkan baru 3 thn setengah.
Deletemasukkan tadika 4 thn.
yes. pada kita simple, pada dia? alolololo... :)
hahaha mengaler sambil pandang tv tu yang tak tahan tu. Comel!
ReplyDeletetu la pasal :)
Deletemacam mana yer cikgu layan anak2 kita kat sekolah. kita pun dah tak sabar kan..hehehe..comel izzat..
ReplyDeletememang bakal menduga perasaan la cikgu-cikgu tadika :)
Deleteand moga cikgu-cikgu tu sabar la kan.
ijat..ijat...ibu tutup tv la
ReplyDeletesama macam irfan, kalau dah tengok tv mmg mls nk mengadap buku ;)
ReplyDeletehahaha...nampaknye anak dara akak ada geng la gamaknye...sama je cara diorang mewarna...kikiki
ReplyDeleteiye ke?
Deleteboleh sep sep la anak kita :) ha ha...
hahhaa.. comel dia color macam tu..jadilah ..pelan2 yang penting dia ada buat..lama2 esok dia buat sampai siap..^^
ReplyDeleteAlahai,..ibu yang stress ye. Selamba je muka si Izzat :)
ReplyDeletemuka selambe tu la buat si ibu ni geram :) hu hu...
Deleteskg budak2 gajet dah banyak... leka dgn tv kann
ReplyDeleteHahaaa... sabar yolah
ReplyDeleteadk ijat bru sek.. xblh nk pksa2 kn kak.. tkut mrjuk nti, xmo buat hwork seterusnya.. hehe
ReplyDeletecomel sangat tu...sama la kadang2 stress juga nak suruh anak buat homework, pada hal kena tulis hurug A je, tapi berperangnya mama dengan anak macamkan apa tah..
ReplyDeletehmmm yes betul tu.
Deletesabo jer la kita ni...
jgn stress2... sy pun relax2 je time anak buat homework. stress kalau 10 kali ulang tk faham2. haha...
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.