pepagi td saya buat rutin biasa jugak, prepare bekal kakak2 & anta kakak2 ke skola.
izzat maintain gi tadika dgn ayah, kalau ibu anta nanti ada drama la plak :)
settle anta kakak2 ke skola saya terus pecut ke alor gajah.
nak gi buat payment kat syarikat air melaka berhad (SAMB) utk sambung meter baru kat umah baru.
hmmmm sib baik cuti, dpt la uruskan kerjaan yg satu ni!
kan ???
da keje, bergaji... nak kena byr bill plak :( hu hu hu...
nak dijadikan citer, sabtu 2 minggu lepas (2.1.2016), saya da ke UTC bandar melaka.
kan ada caw. SAMB kat situ, konon nak settle situ la.
tetiba gi ke SAMB UTC tu, dikatanya dokumen saya x cukup.
nak kena ada sekeping dokumen sokongan ~ application pemaju kpd SAMB time nak buat sistem perpaipan dulu kala.
saya tanya la kerani kaunter SAMB tu, "dlm sistem awak takde ke? ni kan dokumen jabatan awak? ni saya ada S&P agreement, kad pengenalan dan CCC utk rumah. details ada stated di semua dokumen saya ni. pemaju da bagi saya list ni utk tender kat SAMB."
jawab dia, "takde. kena dptkan dari pemaju. mesti ada acknowledgement pemaju. dlm sistem kita tak boleh cek."
dia tunjukkan la contoh dokumen tu...
hmmmmm... sib baik la opis pemaju sebelah UTC aje. cecepat la berlari jap utk dpt kan sekeping dokumen tu.
sampai kat pemaju, kerani kata, "kami takde la kak dokumen ni. kena minta dgn SAMB."
saya yg rasa nak marah org, terus jawab dgn nada diplomatik, "saya ni berlari dari SAMB UTC tu hah. dia kata kena minta dari pemaju. kena ada cop pemaju."
kerani pemaju jawab, "iye ke? jap ekk saya tanya dlm." dia masuk dlm opis. gelak2 sesama dia and keluar balik.
"kak, ni ada di SAMB caw. alor gajah. akak gi sana mesti diorang tak mintak."
saya jwb, masih lagi dgn nada sopan dan diplomatik, "alahai dik, takkan la dlm fail awak takde. awak kan pemaju, confirm la dokumen sepenting ni ada dlm rekod. saya nak ke alor gajah nun jauh, ari ni tutup plak, dik. boleh x awak tolong saya cari kan sekeping dokumen ni?"
kerani tu kata ok. dia pun masuk la dlm opis balik. kami borak tu kat lobby opis pemaju.
tak sampai 5 minit, kerani tu pun keluar, "hah ni kak."
"aik? sekejap nyer cari. tadi kata takde." saya tegur, sinis la skit kan. kerani tu senyum simpul.
"ni utk rumah saya ni ye? jgn karang utk property lain la plak."
"yes, utk umah akak la ni."
saya pun rushing balik ke tingkat 3 UTC bandar melaka.
dipendekkan cerita, nombor giliran saya pun sampai, saya pun bagi la semua dokumen tadi kpd kerani SAMB yg sama.
saya da lega dah sebab urusan hampir selesai.
tiba-tiba!!!
"puan, dokumen di da expired. tak boleh pakai." masa tu saya punya api kemarahan terus naik ke level telinga.
"eh, saya baru jap amik dari opis pemaju tau."
"tak boleh, ni hah (terus dia bulatkan satu tarikh kat dokumen tu) da expired. validity dokumen ni setahun aje. tanpa dokumen ni, urusan masuk meter baru puan kena deal dgn tukang paip (bagi saya senarai tukang paip SAMB). tukang paip kena cek paip..."
"ok, sekarang saya marah ni. pemaju inform saya awal2 dulu time serah kunci, utk masukkan meter air takde expiry date. TNB, yes, dlm tempoh 6 bulan drpd serah kunci sebab nak cek litar dlm rumah. now awak kata ada plak expiry date. meter ni kat luar rumah. kenapa plak tukang paip nak kena cek? and saya pasti saya kena byr extra kat tukang paip awak ni, kan?"
kerani tu jwb, "yg lain saya tak tau. tapi tu prosedur."
masa tu saya sgt marah. mr.asben ada di sebelah.
da la dokumen jabatan u, u takde rekod dlm sistem.
then tetiba ada plak expiry date on a piece of dokumen.
memang saya membebel kat situ. hingga saya minta dia jwb, bawah peruntukkan mana yg saya ni kena tender dokumen ni utk sambung meter paip umah saya. diorang kata, itu amalan biasa. huh!!!
depan diorang jugak time tu saya call one of the tukang paip dlm list, "boleh saya tau brape ye caj encik kalau saya nak suh settle kan meter paip saya ni?"
tukang paip tu jwb, "RM200. lom masuk cagaran SAMB sebyk RM140+."
OMG !!!
saya terus ajak mr.asben balik.
dlm fikiran ni sgt la ligat berfikir.
dgn hati yg panas!!!
last monday, saya baru ada time nak continue urusan meter air ni.
saya pun call SAMB caw. alor gajah. nak tanya prosedur sambung meter air kat umah.
dipendekkan cerita. officer SAMB caw. alor gajah call saya semula after dia cek.
"puan Aida, nanti just dtg and bawa, kad pengenalan, S&P agreeement dan CCC aje. and RM140+ sbg cagaran. tak perlu bw dokumen yg puan wassap tadi. saya pun tak tau kenapa SAMB UTC bandar melaka minta dokumen tu."
dlm nada lega, saya reply, "alhamdulillah. ok nanti khamis saya dtg ye..."
cuba la uolls imagine.
sepatutnya UTC bagi kemudahan pada kita buat urusan.
and sepatutnya semua pejabat cawangan ada prosedur yg seragam dgn hq.
melaka bukan la besar sgt pun kalau nak dibeza-bezakan rangkaian prosedur!
ni tidak, dia pula minta lelebih dokumen. da la tu, dokumen yg tak relevan plak tu.
tak ke ini sesuatu yg menyusahkan org awam?
kita dgn besar harapan nak settle kan urusan on weekend di UTC.
al maklum la, weekdays bekerja. da la tu bekerja jauh luar melaka, kan.
tapi, dek krn sekeping dokumen yg tak relevan, after 11 days baru dpt settle urusan sejemput ni.
fuh! lega... da settle da pagi td.
senang la ati. umah baru bakal ada air :)
ok bye!
28 Comments
lah apa benda lah diorang nih.. report je kat pihak atasan nih.. melampau pulak dgr.. yg membaca ni pon panas..huh~
ReplyDeleteakak ni hah triple panas ari tu!
Deletegerrrrammmm...
sambung meter air kena potong ke kak
ReplyDeletebukan kena potong, ekin.
Deletemeter air umah baru :)
Panjang betul urusannya kan Aida..
ReplyDeleteIngat satu hari boleh selesai..
Pastu dokumen tak penting pun nak juga ..
Aduhai.. birokrasi yg tak tahan..
itu la pasal.
Deletekalau perlu, ok lagi kita nak melayan.
ni tak perlu! tu yg tambah angin satu badan tu :(
tu la kekadang kes2 camni la buat keje jadi berantai2 kan...kalau akak lagi la dok tercanggak2 hape pon tatau...nasib baik dah selesai kan...bestnye masuk rumah baruuuu...^_^
ReplyDeletetu la pasal.
Deletedari keje mudah, dibuatnya jadik susah!
geram pula bila baca citer akak ni...
ReplyDeletennt akak just ambik je gmbr dieorang dpn, klu dieorg tanya nnt akak ckp "sy nak masukkan dalam Blog sy, nk bgtau 1 dunia camne awk sume ni buat keje..."
akak bg link blog akak sekali...biar xlena tido dieorg tu...
tibe2 lak sy jd batu api kan...hhehehehehe
kak,salam perkenalan...
sy br singgah & follow Blog ni
jemput singgah & Follow Blog sy juga
yes dik. silap la akak x amik gambo.
Deletegeram!!!
stressnye camtu..sabar je la ye..
ReplyDeletewaahh, kak.. Lissa yang baca pulak naik semput. hehe semoga dipermudahkan urusan semuanya, kak :D
ReplyDeleteKenapalah complicated sangat agaknya yer. Saja nak menyusahkan oranglah tu.
ReplyDeleteNasiblah boleh deal direct dgn Alor Gajah dgn lebih senang....Alhamdulilah...
yes. sib baik nismilan public holiday semlm.
Deletedpt la urus kan.
if not, kena amik cuti!!!
klu cik en mau terbalik meja kerusi dah. aih..
ReplyDeleterasa di hati mcm nak aje hempeh kusi.
Deletetapi, jaga air muka sesama islam, ku pendam!!!
geram nyer x terkata waktu tu.
Peliknya lain cawangan, lain pulak dokumen yang diperlukan. Kalau saya pun boleh naik angin. Bertambah naik angin bila yang menjawab tu selamba kata aje 'Ini semua prosedur'. Saya pernah kenalah macam ni tapi dengan Jabatan Imigresen. Cuba bayangkan surat nikah temporary dia ambil copy aje tapi surat nikah original dia nak copy yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah! Stresslah kalau dokumen yang diperlukan asyik-asyik berubah!
ReplyDeletetu la pasal nyer.
Deletebikin hati kita panas aje!!!
pergh ! prosedure melampau-lampau, bnda simple je tapi dorg yg jadikan benda tu susah, sabo jela
ReplyDeleteTahniah berjaya bersabar dan berjaya masukkan meter air rumah baru.hehe^^.
ReplyDeleteni lom abis lagi, ros.
Deletenanti ada part 2.
Frust kan bila kita nak buat urusan, jadi complicated begini,..
ReplyDeletekita yang membaca pulak rasa penat macam terkejar kesana sini.. alih2 benda boleh settle je pun. banyak songeh je
ReplyDeletelecehnyaaa!
ReplyDeleteperkara mcm ni memang selalu sngt terjadi kak.. kadang bnda kecik, meleret2 dibuatnya nak settle kan..
ReplyDeletehai saya yang membaca menyirap juga ni hah...tak lama lagi saya pun akan berurusan macam ni untuk masuk rumah baru, risau pula dibuatnya..nanti sambung lagi ye ceritanya dah settle ke belum urusan ni
ReplyDeleteyup. akan ada part 2 :( grrr...
Deletegeram marah sakit hati...grrr
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.