salam tahun baru ! plan apa ari ni?
moga segala perancangan berjalan lancar ye uolls.
ari ni kami anak-beranak da ada plan dah. in shaa Allah jap lg nak execute.
diari rasmi pun da terima semlm.
in shaa Allah akan bekerja sehabis baik tahun ni demi negara terchenta :)
update skit la blog ni pagi ni dgn skit kisah throwback :)
bila tahun baru, semestinya tahun terdahulu akan jadi kenangan.
terbaca la artikel INI dan buatkan saya nak imbau kenangan lalu :)
kat umah mak abah pernah ada tv gini.
tak serupa tapi sistem nyer lebih kurang.
takde remote, butang channel mcm tu lebih kurang.
ada speaker kecik.
size pun besar-besar tu aje... skrin nyer kembung.
belakang nyer besar!
saya tak ingat tahun brape.
but masa tu excited sebab tv3 baru nak dilancarkan. ada la iklan kat tv.
ingat lagi ~ saya & adik excited nak tgk kartun smurfs berwarna.
first day tv3 dilancarkan, kami da hadap dah :)
nostalgia...
central market ~ dibuka katanya 1986...
tapi nape kat building tu 1888 ekk?
takpe la... yg pasti, ni la lokasi pertama saya jumpa mr.asben buat kali pertama.
kami blind date tau uolls :)
kalau ke sana, saya boleh tunjuk balik di mana mr.asben berdiri dan di mana dia tegur saya.
masih segar di ingatan ~ sekitar tahun 1999 :)
bas mini yg legend !!!
ada lagi ke kat KL? kat shah alam saya pernah nampak few years back.
time saya belajar di matriks lembah pantai, dekat dgn UM, ni la pengangkutan utama nak ronda KL.
memang la legend. laju giler. corner lipat tepat punya.
masa tu naik dgn abg saya, teman dia gi keje dari umah makcik.
kelana jaya ke jalan ipoh.
ada satu area tu, bas mini tu corner lipat ~ saya terbang dlm bas!!!
terlalu laju and saya sempat pegang handle seat kat depan.
punggung saya terangkat!!! mcm flying gitu dlm bas ya Allah.
ada ke patut ~ abg saya buat tak tau aje.
org kat belakang ketawa kan saya ha ha ha kurang asam.
tapi masa tu tak la control ayu sgt, budak-budak lagi kan. lantak ko la :)
indah... satu waktu dahulu :)
alhamdulillah...
nak throwback kisah korang ~ klik SINI... ada x yg terkena kat diri sendiri?
18 Comments
Heheheh TV tu memang nostalgic :)
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru, Aida.
selamat thn baru, farrah :)
Deletesalam tahun baru 2016 sis Aida..
ReplyDeletesalam tahun baru, kathy :)
Deletehahaha.. smua nostalgia.. jabatan cik en x bagi lg buku harian tahun baru ni
ReplyDeletefirst time dpt diari jabatan awal tau, cik EN.
Deleteterkezut jugak :) hi hi hi...
mudah la nak catitkan perihal keje.
tv, bas mini,memang penah rasa.lagi satu lagu lama..lagu patriotik..terngiang2 ja kat telinga.mesti kuar sebelum berita jam 8
ReplyDeleteDemi negara
yang tercinta
kucurahkan
bakti penuh setia
demi raja
yang disanjung tingggi..bla,bla..
huhu..teringat lak
skang takde ekk?
Deletesemuanya nostalgia aida...
ReplyDeletenostalgia sgt...
Deletekenangan silam!
hahahah.. tak nak gelak..tapi terbayang nk tegelak jgk mama aida.. kekeke.. apapon, sweet memory tu :)
ReplyDeletehmmmm... tu baru eyra baca.
Deletekalu eyra nampak aida yg terbang masa tu, mesti guling2 gelak kan aida :)
Selamat tahun baru sis...semua akan jadi kenangan terindah dah hidup...
ReplyDeletesalam tahun baru MD
Deleteseronok plak baca kisah2 lama camni..heheh^^
ReplyDeletebetul :)
DeleteSalam 2016 ...
ReplyDeleteSemoga tahun nie lebih baik buat kita semua ...
Pengalaman lalu jadikan pengajaran ...
assalamualaikum aida
ReplyDeletemaaf. lama sangat tak menjengah ke sini
tv macam aida tu saya dulu pun penah ada
tapi masa saya, tv3 dah beberapa tahun wujud
bas mini tu memang lagend! haha
sebenarnya banyak benda dulu yang sekarang takde kan? hehe
menggamit kenangan sungguh =)
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.