alhamdulillah, moga kita semua dirahmati Allah sentiasa.
al kisah masak-memasak mengasapkan dapur rumah la ni.
kesinambungan dari entry lepas di SINI...
just nak share menu extra ringkas 2 hari yg lepas aje.
selasa tu, spt yg da citer kat entry lepas tu, ada baki sambal sardin, kan.
so hmmm tghari tu tak abis jugak.
memandangkan ia dimasak sendiri, pasti fresh dan di boleh tahan lama la kan.
pe lagi, brought forward skit lagi utk dinner mlm tu.
ditambah dgn...
ikan tenggiri goreng.
memang saya beli ekor aje 2 keping.
sayur kubis lemak putih
resepi ringkas :
- bwg merah & bwg putih ~ dihiris.
- udang kering segenggam ~ rendam 10 minit.
- kubis (230g) & carrot (sebatang) ~ dipotong sesuka hati bentuk nak camne, cuci & toskan.
- suhun direndam.
- prepare santan sekotak (200ml) dan air 400ml.
- terus aje masukkan bwg merah, bwg putih, udang kering, sekotak santan & air dlm piuk.
- masakkan hingga sedikit mendidih.
- perisakan dgn garam serba sedikit secukup rasa.
- terus masukkan kubis & carrot.
- masakkan sedikit. rasa-rasa la cukup ke tak garam nyer.
- then masukkan suhun...
alhamdulillah, syuhada cukup la gembira bila tgk dlm piuk sayur kegemaran nya.
then the next day, iaitu semlm, ditakdirkan saya cuti kecemasan.
badan masih tak sihat :(
hu hu hu ntah nape. stay home, rehat, makan ubat.... and masak la skit.
ayam masak sambal kicap
resepi ringkas :- ayam tu digoreng dulu ~ perap garam & kunyit
- then, tumis bwg sampai wangi. masukkan ciliboh ~ goreng bagi naik minyak.
- perisakan dgn sos tomato dan tambah kicap manis ~ secukup rasa.
- tambah garam utk pelengkap.
- lastly, gaulkan dgn ayam yg da digoreng awal tadi.
tak perlu letak gula, kicap tu da ada perisa manis nyer.
karang terlebih manis, tak boleh di makan plak.
sayur petola & suhun
resepi ringkas :- tumis bwg putih aje sampai naik bau.
- masukkan air secukupnya dan sos tiram. mendidihkan skit.
- then baru masukkan petola & suhun.
- garam pelengkap rasa.
sedih sikit la, petola yg dibeli tu da tua. tak brape sedap dimakan :(
if not, mesti lazat nyum nyum...
tu ajer la nak share masak-memasak kat umah 3 hari lepas.
tak ler pandai bebeno masak, sibuk la nak share resepi.
ha haha saje aje nak memenuhkan blog. ada bukti la skit reti masak kuang kuang kuang :)
ari ni most probably mau masak sup ayam.
ayam ada. carrot ada. suhun ada lebih skit, kasik abis la.
hmmmm mau tambah kubis bunga aje kot. kena ler beli kang.
ok bye!
15 Comments
Semua lauk yg Aida share menggoda selera. Lama dah saya tak masak lauk sayur putih begitu. Teringin pulak :)
ReplyDeletehi hi simple aje tu, farrah :)
Deletex reti masak extra vaganza!
lama tak beli petola, tumis air buh suun mmg kegemaran sgt tu
ReplyDeleteumah aida wajib ada sayur.
Deletetu yg pelbagai sayur kena beli.
x moh anak2 boring :)
Saya tak makan sayur tapi boleh telan kalau kubis dimasak lemak macam ni. Sedap pulak!Ikan tenggiri tu bab ekor memang sedap. Saya pun suka sangat. Saya pun takdalah pandai memasak tapi demi nak memenuhi satu entri sehari, ada jugalah up entri menu macam ni. Samalah kita kan ^_^
ReplyDeleteumah aida kalau xde sayur, kurang la tu.
Deletesebab mr.asben kaki makan sayur.
kami terikut.
Tengahari tengahari tengok ikan goreng tenggiri tu sudah terliur pulak....
ReplyDeleteMmg gu dia tu Aida, lemak putih ngan ikan goreng. Ada sambal belacan lagi best....
kan?
Deletesimple aje tapi gabungan nyer terangkat kalu makan!
tgk simple jee..
ReplyDeletetu aje yg mampu, yana :)
DeleteAntara 3 menu tu, petola je anak2 tak makan..
ReplyDeletesedapnya..hari ini saya UA masak simple je..spaghetti..anak2 request :)
ReplyDeleteKobis masak lemak dgn sambal sardin...aduhhhh sedapnya! Campur lak dgn suhun. Perghhh....
ReplyDeleteAkk last beli petola 2 thn lepas. Masa beli cantik kemain. Sekali poting, dlm semua berulat. Uwaaa...nanges.
sedapnya semua menu tu kegemaran anak2 saya, janji berkuah dan tak pedas mmh licin ;)
ReplyDeleteLya pun suka msk simple sdp n berkhasiat..klau yg rumit2 tu memg jrgla
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.