bacaan yassin?
surah al-kahfi?
in shaa Allah...
ari ni tghari nanti may be nak shopping skit.
ada tetamu weekend ni, mau main masak-masak :)
so, brg kena ler ada utk jadi bahan.
just mau share skit perkembangan izzat...
- alhamdulillah kuat makan. apa aje ibu sediakan, dia makan. sayur? apa sayur pun dia belasah!
- and ofcoz, badan izzat semangat! kalau dukung, aduhai... boleh turun kalori ibu dik oii...
- mlm hari time ibu, ayah, kakak-kakak da umpama bateri yg hanya tinggal 20% tenaga, izzat akan meriuh-rendahkan rumah hingga la kul 11 mlm ~ berlari-lari, melompat-lompat dgn pedang mainan nyer :)
- suka buat homework. pantang ada buku dlm beg skola, excited buat homework. alhamdulillah.
- finally, suka memanjat. hingga kalau bawk ke taman permainan, apa pun mainan, tinggi camne pun, now dia da berani. memang nampak semakin lasak bertenaga!
tu hah. last weekend ke taman permainan.
mostly kakak-kakak abang-abang yg nak naik tu, dia join skali.
memula dulu dia nak naik tu, saya seriau! sebab tinggi.
camne saya nak selamat kan? hu hu hu menitik peluh saya tgk dia berulang naik turun naik turun.
satu lagi, permainan bergayut tu kan (gambo contoh kat bwh ni hah), memang la dia suka!!!
tak dpt la nak amik gambo, sebab si ibu ni standby kat situ nak memeluk izzat :) hua hua hua...
tq en. google utk gambo contoh ni :)
memang adventure la anak lelaki ni kan.
yes la, nurin & syuhada tak selasak izzat ~ gegirl kan.
satu pengalaman yg indah.
bersyukur kpd Allah atas kurniaan ni semua :) alhamdulillah...
24 Comments
gambo jeling tajam tu tak tahan...hahaha...comel la Izzat ni...biasa la dik anak2 lelaki memang gitu...tapi bukan anak jantan akak...hahaha...anak akak si bang ngah dari kecik dah gayat sampai la ke beso ni...dia kalau tempat tinggi2 tak bole...sok2 kalau dah kawen pepandai la bini dia gantung langsir sendiri...hahaha
ReplyDeleteha haha aduhai. iye ke kak?
Deleteanak2 aida so far dgn kakak2 nyer skali tak gayat mcm ibu diorang.
berani bebeno kak oii. seriau kita dibuat nyer!
penatlah nak layan kan..hehe
ReplyDeletehu hu memang letih.
Deleteberpeluh ketihak kita ni hah.
takut kan dia jatuh ke tergolek ke...
penatlah nak layan kan..hehe
ReplyDeleteAnak lelaki lasak depa memang lain sikit dari perempuan.
ReplyDeleteOkaylah kuat makan dari risau anak tak mau makan
alhamdulillah :)
Deletememanga aida gembira sgt ijat kuat makan.
compare dgn kakak2 ijat, hmmmm susah nak suh makan :(
amboi tajam jelingannya tu hahahaha.. comelll ^^
ReplyDeletejemput join segmen shawal.. :D
http://www.mohdnoorshawals.com/2016/03/SegmenBlogwalkingBloglist3.html
jelingan yg buat org geram tuh :) ha ha
DeleteSalam singgah sini sis....seronok tengok dia panjat²....anak lelaki memang lasak berbanding dengan anak perempuan...
ReplyDeleteye betul. sgt beza dgn kakak2 dulu kala.
Deleteyes la, saya ni dpt gegirl dulu baru boy, memang akak terkejut budaya skit :)
Anak lelaki memang lasakkan
ReplyDeleteyes yan.
Deletememang kejadian Allah sedemikian rupa.
bagus.. sesuai dgn jiwa lelaki tu
ReplyDeletealhamdulillah :)
DeleteMoga Izzat dan kakak-kakak terus membesar dengan sihat dan kuat :)
ReplyDeleteaminnn...
DeleteAlhamdulillah sihat dan bertenaga... Huwaaaa...
ReplyDeleteehehe dia tengah asah skill tu.. nak explore the world.. tu yang gitu =)
ReplyDeleteyelah aida
ReplyDeletememang mereka lebih lasak dan kasar kalau main
saya naik pening melayan anak bujang dengan anak dara
dua2 lain karekter pula tu
hi hi... ijat ni kasar jugak dgn kakak2.
Deletehingga kakak2 x tahan :) sian kakak2.
sesuai dgn jiwa anak lelaki. hiks.
ReplyDeleteBerapa umur si Izzat ni? Anak-anak lelaki saya pulak melasak bertempat. Kadang-kadang sampai kena marah dek daddy mereka kerana tak mahu melasak. Manalah nak melasak kalau belum apa-apa Mommy mereka dah menjerit macam tarzan. Setakat permainan yang Izzat ulang-alik turun naik tu, saya rasa anak-anak saya dapat letak cap jari aje. Belum sempat mereka panjat, saya dah menjerit macam kena rasuk. Hahahah!
ReplyDeleteijat br nak masuk 4 thn julai ni, mummy.
DeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.