utk mencapai matlamat, kita kena berfikir lain daripada yg lain.
wajib berfikiran kreatif dan inovatif.
zaman skang ni kalau kita tak berfikir lebih daripada yg sepatutnya, confirm kita tertinggal jauh!
zaman skang semua nyer nak cepat dan tepat.
tuntutan kerja semakin membukit dan KPI perlu dicapai.
tu yg blog ini sedikit bersawang, meskipun ada skit skit la kisah nak share.
bila naik pangkat, tanggungan kerja semakin berat dan semakin susah!
hu hu hu... mau nangis!
tu yg otomatik kena jadi kreatif dan inovatif. camne ler nak siap kan semua ni cepat dan tepat.
nak holiday pun berkira-kira, takut-takut kerja tak siap hu hu hu...
kita mesti let go ego kita... bekerjasama.
baru la hasil nyer memuaskan hati semua :)
alhamdulillah, kami kat sini keje as a group.
saling bantu-membantu. sape yg pandai, share ilmu and tips.
sape yg kurang pandai, jgn ego!!! bertanya le ye...
sebab KPI kita ialah akhirnya KPI jabatan.
walaupun KPI individu lebih utama, kalau KPI jabatan tak capai, semua akan kena akibat negatifnya.
kami bekerja bagai satu keluarga, helping each other.
stress! tapi, boleh dikawal...
kerja jauh kan dari rumah, tapi bila bersama opismet yg marveles, stress tu kurang la.
in shaa Allah weekend nanti saya tapau blogwalking ye.
tq for still dtg blog kecil ni and leave a comment :) love u lah!
5 Comments
yang tak naik pangkat ni 0pun stress apantah lagi yang berpangkat...hehehe...
ReplyDeletewaa, dapat naik pangkat ke? tahniah :)
ReplyDeleteSemoga terus sukses dik..cayok..cayok...inshaa Allah semoga di permudahkan...tahniah jugak ^_^
ReplyDeletewahhh...naik pangkat..
ReplyDeletealhamdullilah..tahniah...rezki tu...
all the best! ukenduit!
sama laa kita aida.. keja banyak, kekadang tuh stress bertandang jugak.. sampaikan blog pun berhabuk sawang bagai sebab kesibukan teramatnya..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.