da lama da gerai jual air minuman ni kat area umah saya.
ada 2-3 gerai sebeno nyer.
but ari tu kami decide utk stop kat kopi kampoo ni.
rezeki dia la kan :)
nak le rasa, sedap sgt ke kopi ala-ala gini yg viral sgt tahun lepas.
saya anak-beranak memang tak membeli air byk ais gini.
utk kesihatan.
memasing semuanya keturunan semput, so kena la jaga lebih kan.
beli 2 ~ mocha+latte dan vanilla+strawbery.
ok la. not bad.
kami minum share 5 beranak :)
just ia terlalu sejuk!
memang kurang sihat la kalau nak minum selalu.
lelebih musim panas gini kan, memang trigger demam la nanti.
saya sokong la bisnes gini.
lebih ramai org melayu yg menjadi usahawan.
biar la ramai-ramai pun, rezeki masing-masing Allah yg tentukan, janji halal.
daripada dok tak bekerja, abis kan beras mak abah aje kan...
ada sorang opismet di melaka pun, buka bisnes air gini.
buka gerai merata melaka, pantang ada majlis mesti dia amik lot utk berniaga.
saya baca la dlm fb dia.
alhamdulillah ~ sesuatu yg sungguh sihat dan kita ramai-ramai patut sokong usahawan kecil gini.
sekian ...
14 Comments
sesekali layan tekak dengan kopi ok je..tapi air batu tu..biaas awal-awal saya buang dulu
ReplyDeleteni x boleh dibuang, mar :)
Deletetime dia isi ais tu, terbeliak jugak mata aida tgk nyer.
tapi tu la, sesekali aje layan kan hi hi hi...
sedapnyaaa minum air ni musim panas skarang...
ReplyDeletetapiiiiii xleh slalu kan sis kan....
i pun bangga tengok kaum melayu berniaga...suka sgt...
memang sedap layan.
Deleteskang musim kering panas kan :)
kena tahan tahan jugak, karang x sihat la plak.
Alhamdulillah bagus..kita sokong mana yang patutkan.. :)
ReplyDeleteyes betul tu PC.
Deletesemlm ada beli gak air camtu, bg adam minum..pastu batuk2 dah..huuhu
ReplyDeleteanak2 akak meroyan je dik kalau nampak kiosk jual air2 lagu ni....musim panas camni memang laku habis la jualan diorang kan...betol tu akak pon tumpang bangga usaha anak2 melayu kite ni...
ReplyDeletesepupu yang baru abis spm ari tu pun ada bukak jugak kedai macam nih.. buka depan umah, memang dapat isi masa lapang dia laa.. lama dah tak singgah..
ReplyDeletekat mana ni Aida.. boleh try sekali..sebab dah tahu ais dia banyak camni nanti saya standby siap2 bagitahu dia kurangkan ais..kan??
ReplyDeletewah.. dah banyak jual kopi camni skrg...
ReplyDeleteByk dh jual produk cmni..
ReplyDeletebaguskan bila ramai2 buat bisnes macam ni, tapi macam aida juga saya ni pun dah kurang minum ais nih, sebab badan rasa tak sihat bila minum ais banyak
ReplyDeletemmg viral kopi,teh beso ni..... sishhhh terliur pulak pepanas ni
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.