ptg ni kami ada umah aje, nurin tuisyen.
memang x dpt nak ke mana la kan, pelajaran diutamakan gitu hi hi hi...
lewat ptg nanti fikir-fikir nak bawak anak-anak ke taman riadah.
tgk la dulu kerajinan si ibu ni hah ye...
throwback skit la ptg ni.
last weekend buat meatball cheezy carbonara.
simple...
skit aje, sekali makan abis terus!
- 1 ulas bawang holland ~ nak cantik potong dadu.
- 1 lada benggala ~ potong dadu, but saya tak buh lada benggala ni, nanti anak-anak tak makan!
- meatball ~ sesuka hati la nak brape ketul
- olive oil utk goreng meatball
goreng dulu meatball, agak-agak da masak ketepikan.
then baru la gorengkan bawang holland.
saya hiris aje bawang tu, tak cantik kan? hu hu hu...
- 1 tin sos prego carbonara
- 1/2 cawan susu full cream
- serbuk lada hitam
- cheese yg da disagat halus
masakkan dulu sos carbonara tu sampai mendidih skit.
then masukkan susu.
serbuk lada hitam skit skit masukkan...
kacau lebih kurang, sebati, cantik ~ ok la.
tuang la atas meatball yg da goreng tadi.
then taburkan cheese yg da disagat halus tadi.
kalau takde, cheese yg sekeping-sekeping tu pun boleh aje :)
bakar la lebih kurang 15-20 minit dgn suhu 170C.
tgk hingga cheese atas tu cantik kuning-kuning nyer kan.
siap utk dimakan :)
alhamdulillah :)
da lama betul simpan resepi ni kat phone.
dari sehari ke sehari nak buat.
akhirnya, menjadi kenyataan!!!
sekian...
13 Comments
Wah... Resepi best nih.. Boleh buat nanti nih.. Thanks share aida..
ReplyDeleteu r welcome, maria....
Deletekyaaaaaaa sedapnyaaa TT_TT
ReplyDeleteni kalau buat homemade meatball mesti lagi terangkat dik...dapnye lawankan dengan roti prancis yg liat2 tu kan...akak nak safe resepi ni bila2 nanti akak nak try buat... :D
ReplyDeletebetul tu kak.
Deletehi hi hi sementara lom ada time buat sendiri, beli dulu :( hi hi...
ngelat skit!
Terliur pc pulaknya.
ReplyDeletesedapnya dan saya lapar bila baca entri ini. Jam menunjukkan 12.03 pagi...mari tidur..harap2 dapat mimpi makan meatball..:D
ReplyDeletelasagna fida lagi sedap!!!
Deletesedapnye tgkkk
ReplyDeletesimple tapi sedap kan..
ReplyDeleteYang siap untuk dimakan tu memang buat orang teliur je ..ros copy paste resepi ye..nampak simple tu yang nak tumpang buat jugak..hehe
ReplyDeletesedapnyaa kakkkk!!
ReplyDeleteemmm sedapnya..lama dah tak buat nih
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.