lama jugak saya simpan kartun-kartun ni.
dari fb. byk lagi inspiring kartun but ni saya select apa yg berkaitan dgn diri saya saje ekk.
ni memang-memang berlaku.
terutama time nurin, anak sulung.
kekadang kena buat dek kerana org lain suruh, sementara org itu ada di situ la :)
tu nama nyer, ambik hati ye uolls...
hi hi hi ni sampai sekarang.
kebetulan dapur memasak tu dekat dgn washing machine.
potong-potong bahan.... kat atas dapur ada satu sedang mendidih.
kacau sana jap. lari amik baju kotor, masuk dlm washing machine.
kekadang sambil-sambil tu buat susu anak....
memang bersenam ler, berpeluh jgn cakap. basah baju!
emak saya pembantu utama saya...
terutama time nak masak, call emak for resepi.
meskipun berlambak resepi kat internet, tak nak!
call emak for her resipi :)
waktu syuhada & nurin baby lagi, ni tak pernah terjadi ye uolls.
dgn ijat sekarang ni, berlaku!!!
mcm dlm gambo tu la dia berdiri tau... hadoi la anak jantan sorang...
ni semua ibu buat ni, kan?
this is something common.
but normally saya berborak pasal anak2 dgn frens yg ada anak ler.
terutama most of us ada anak2 yg sebaya.
kisah skola dioran... exam diorang... pe'el diorang.
kalau ada anak yg tadika saing, lagi la kecoh kami share citer pasal anak di tadika.
gelak sama-sama...
borak hingga hilang stress!
memang tak mudah jadi seorang ibu.
tanggungjawab di bahu hingga ke akhir hayat.
but, ia adalah sesuatu yg indah!
kpd frens yg baca ni kiranya belum ada cahayamata...
aida doakan agar uolls semua cecepat dikurniakan cahayamata.
bulan2 mulia ni, elok la teruskan berdoa kpd Allah.
in shaa Allah... setiap org da ditetapkan rezeki masing-masing.
jgn sesekali putus harapan hokey :)
9 Comments
menjadi seorang ibu itu memang sesuatu yang indah.
ReplyDeletedalam banyak2 tu satu je takleh buat, tanya resepi pada emak hehehe, semua resepi tanya gugel je.
sgt indah, kan :)
Deleteexperience seumur idup!
saya belum kahwin lagi,erk..calon pun tak ada..tapi kartun atas ni comel sangat! :D hahaha...
ReplyDeletein shaa Allah, nana.
Deleteone day nanti kawin, jemput akak ye :)
memang tu la mak2 kan.. rasanya mcm kena sebiji kat eliss semua kat atas tu ha..hahahaha
ReplyDeletekan?
Deleteinteresting.
ekin belum lagi nak lalui macam ni.. memang repect pada yang dah jadi ibu..
ReplyDeletein shaa Allah ekin.
Deletebulan rejab ni perbykkan doa ye dik.
Allah tu Maha Mndgr.
Allah tu Maha Adil.
amin
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.