masih lagi saya ni tunggu hujan lebat membasahi bumi melaka & seremban.
aduhai, panas!
kita keje selalu keluar opis plak :(
gst oh gst!
memang sepanjang usia gst ni, ia tak lekang dari mulut rakyat.
gst itu... gst ini... hu hu hu harga jgn ckp la, meskipun petrol turun harga TETAP nasi lemak sebungkus makin hari makin naik, sedangkan bahan mentah nyer TIADA gst.
pagi ni kebetulan gst guide ni kami terima.
belek-belek je tadi, lom tgk secara teliti :)
seperti penafian yg tercatit, semua senarai brg & kadar cukai nyer masing-masing adalah panduan je ye.
boleh berubah dari semasa ke semasa...
and lotsa wassap masuk dlm grup ~ happy birthday gst :)
happy ke? rasa mcm nak doa agar no gst aje, kan? hi hi hi...
but confirm ke if gst dimansuhkan, harga brg akan turun?
rasa nyer ~ never! andaian peribadi saya la.
skit pasal gst saya nak share ari ni :
- membeli brg, membeli makanan, makan di kedai, mendpt perkhidmatan ~ mana-mana yg dikenakan gst, minta la tax invoice (resit) dari penjual / pemberi perkhidmatan tu. NO TAX INVOICE, NO GST. penjual / pemberi perkhidmatan wajib bagi tax invoice. kewajipan dlm Akta GST 2014.
- perlu diingat bahawa harga brg / makanan yg dipamerkan dlm katalog ke, menu ke, papan kenyataan ke ~ adalah harga termasuk gst ye. maka kalau bila time nak byr, didapati harga yg kita byr tu tak sama dgn harga yg kita nampak dlm katalog, menu, papan kenyataan, itu adalah salah di bawah Akta GST 2014. mana-mana yg kata bahawa harga mereka EXCLUSIVE of gst, diorang kena bagi bukti yg diorang dpt kebenaran dari kastam utk jual harga tanpa gst tu.
bila kita main peranan sebagai pengguna yg cerdik, pasti peniaga akan tertib.
pasti peniaga akan takut dgn kuasa pengguna yg cerdik.
yes, kastam tak dpt nak bantu dari segi kawal harga. tu kuasa kpdnkk.
but from time to time, kastam jaga hak pengguna dlm kawal penipuan harga.
till then, sabo ajer la ye dgn gst :)
19 Comments
Sedar tak sedar.. setahun sudah rupanya GST ni kan.. huhu
ReplyDeleteyup :)
Deletesetahun da kita terseksa!
GST ..
ReplyDeleteApril Pool utk rakyat Malaysia pada tahun lepas Adianiez..
Ulang tahun pertama lah ni hihihi
unforgettable april pool :)
Deletehaha..sy pagi-pagi dah dapat pantun birthday GST acaner?
ReplyDeletetu la pasal.
Deletepepagi ari ni semua pasal gst :)
kelakar bebetul.
sekejap j kan
ReplyDeletesamalah sis, kt keda skrg pon non ade hujan. panas lit lit org kedah kata huhuhu
Hehehe...sabo jer la.
ReplyDeletehaih, betul tu, harga makanan ada banyak yang naik walaupun harga bahan mentah tak naik. dipergunakan oleh peniaga :(
ReplyDeletesgt la betul tu siqah...
DeleteAnak mummy ni kalo citer bab gst.. sentap memanjang! hahahaha ..
ReplyDeletesgt la sentap mummy.
Deletekita dok odit syarikat. tau la betapa diorang pergunakan alasan gst tu dgn sewenang2nyer.
dah setahun ya kita bayar harga barang ada GST nih..
ReplyDeleteTakmo komen, takmo mintak, takmo bagi cadangan, sbb mintalah pape pun sure dpt lain punya, baik diam dn bykkan doa je, moga diberi kesabaran dan keteguhan iman..
ReplyDeletedah setahun rupanya rakyat malaysia menderita.titik.hahaha
ReplyDeleteyes... ntah la smpai bila PK.
Deletemakin hari makin meningkat kos idup.
gst oh gst..alahaii..kesian kita semua..
ReplyDeletetak sedar dah setahun ye, apa nak buat tetap juga kena membeli
ReplyDeleteDalam pada mengomel tu rupa-rupanya dah setahun GST ni ya. Saya pun berpendapat macam tu. Kalau GST dimansuhkan pun, harga barang tetap mahal atau mungkin lagi mahal. Tengok aje harga minyak. Bila minyak naik, nasi lemak jual kat gerai pun naik. Semua peniaga berebut-rebut nak naikkan harga. Tapi bila harga minyak turun, eh, mereka dok senyap-senyap aje. Takdalah pulak turunkan hargakan!
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.