image atas tu saya kongsi dari post fb. pepagi td baca.
ada member share and saya rasa sgt dekat dgn hati.
baru ni free nak tempek kat blog.

terus terang, anak2 dara saya agak manja.
yes yes yes... saya yg manja kan diorang.
saya baru start training diorang :

  1. nurin akan iron baju2 skola dia sendiri & syuhada. syuhada saya lom start suh iron baju, sebab syuhada ni clumsy. saya lom percaya.
  2. syuhada punyer tugas tetap ialah kapur kasut2 skola dia & nurin. itu pun, abis comot persekitaran hmmmm... x reti plak nak bersihkan. ibu ni hah bebel, baru la dia lap lantai la, berus karpet la. mana2 yg tercalit kapur kasut.
  3. kemas meja dan sapu lantai lepas makan.
  4. cuci pinggan sendiri lepas makan. tu pun kekadang both of them tak cuci. aduhai geram si ibu ni. bebel la jugak.
  5. kemas bilik sendiri. sama la juga, kena ibu ni remind selalu. if not bilik diorang mcm kapal pecah.
  6. sidai baju.
  7. angkat baju.
tu saje setakat ni...
yg di bawah ni lom lagi sepenuhnya :
  • masak, menggoreng ~ anything melibatkan dapur lom lagi start training.
  • buat air sendiri ~ ada la sekali dua aje diorang buat air sendiri. hmmm berkecah dapur!
  • lipat baju ~ sementara ni saya yg melipat baju secara solo...
but bila baca post fb Aina, saya berasa dpt inspirasi utk buat lebih dari apa yg saya sedang buat.
letak lebih kepercayaan kepada anak2 dara saya berdua tu.
bila lagi, kan?

saya sgt setuju la bhw kita bukan menyeksa, kita mendidik.
yes tahu diorang kecik lagi, tapi tu la ~ kalau la satu hari kita ni takde lagi utk diorang, camne?
aduhai...

"Yg kita yg ajar ialah rasa tggjwb. Rasa berdikari dan xpyh disuruh. Kita nk pupuk rasa sayang anak2 pd persekitaran dia. Anak2 akan buat tanpa kekok klau dia dh terbiasa. Dan anak2 akak tu semuanya LELAKI. Dan kerja2 yg akak ajar dorg buat tu dari zaman berzaman tok nenek kita duk ajar kerja anak2 perempuan. Maka anak lelaki nk buat apa pun xreti. Bila dia dh besar pinggan sebiji pun dia akan tggl utk mak atau bini yg basuh. Suatu hari akak panggil anak2, akak ckp mama mntk maaf la klau mama suruh korg buat byk keje. Mama cuma nak korg pandai berdikari klau suatu hari mama tiba2 dh xde lg. Sekurg2 korg dh pandai hidup sndr. Harap2 la kekal perangai dorg ni sampai besar."

tu saya amik perenggan terakhir dari coretan Aina.
sungguh beri inspirasi, kan?
in shaa Allah...



Photobucket