alhamdulillah... skang ni sejuk skit bumi seremban & melaka.
2-3 hari ujan membasahi bumi yg gersang!
and pagi ni, selamat da saya apply cuti-cuti malaysia.
selamat juga reserve 2 hotel pada 2 tarikh yg berbeza :)
syukur nikmat Allah...
keje berlambak atas meja.
jap rest jap... update blog santai-santai :)
ok, mau citer la skit... ni mcm throwback la jugak hi hi hi... kisah 27.10.2015 yg lalu.
kami-kami buat rombongan cik kiah ke kilang ajinomoto (M) berhad di jalan kuchai lama.
ni bwh NGO, bukan bwh jabatan ye uolls :)
da kata rombongan cik kiah, sure la yg gi semua mak-mak budak...
first info nak kata ~ saya bukan pengguna produk ajinomoto.
masak-masak jarang guna serbuk perasa...
just perisa dgn garam, gula, aneka sos-sos yg berkaitan (rupa nyer baru tau dlm sos pun ada msg!!).
mak mertua tegar ajinomoto. memang masakan dia mesti tabur skit ajinomoto.
pergi ni just utk tambah ilmu. luaskan pengetahuan :)
dlm infoseum ni la kami byk menimba ilmu pasal syarikat ajinomoto ni :)
ni semua produk syarikat ajinomoto ye uolls...
jgn tak tahu! bukan sekadar serbuk msg kristal tu aje tau!
byk lagi yg lain ~ tumix, seri-aji...
kami time tu agak terkejut jugak.
rupanya selama ni ada antara kami dok pakai produk ajinomoto.
rupanya selama ni ada antara kami dok pakai produk ajinomoto.
konon la tak pakai msg :) ha ha ha...
ada slot masak-memasak di dapur ajinomoto tau :)
menarik...
demo masak nasi goreng cina & kari ayam...
sessi uji rasa sup ayam pun ada.
sup tanpa aji-no-moto... sup dgn aji-no-moto :)
ternyata berbeza kesedapannya...
ni la produk syarikat yg hottest!
penambah perisa masakan kita agar lebih sedap nyum nyum nyum :)
ada skit nak share ~ korang perasan tak nama produk tu tertulis aji-no-moto?
kenapa ada plak sengkang di antara perkataan-perkataan ajinomoto tu kan ??!
has been informed ~ ajinomoto tu nama syarikat. manakala aji-no-moto tu nama produk.
nama produk hottest adalah nama syarikat nyer ~ beza ejaan :)
separuh hari saje kami berada di ajinomoto, menggali ilmu yg patut-patut.
pencerahan... sejarah... khasiat... ilmu baru yg bermanfaat :) alhamdulillah...
so semua kami dpt la goodies seperti di bawah ~ cenderamata...
ada la few info yg saya suka nak share :)
ada ilmu, dipanjang-panjangkan, tak gitu ? hi hi hi...
di bawah ada skit yg boleh dibaca dulu :) kemudian, tepuk dada and tanya selera lah...
buku-buku besar the shocking truth !!!
p/s : takde gambo org dlm entry ni :) sebab semua pergi beruniform.
saya tak tempek la dlm enrty ni... hi hi...
10 Comments
ye ke ok kalau makan MSG...hehehhe...
ReplyDeletealhamdulillah dah mula hujan kan aida,hamboi lawatan sambil belajar nampaknya ye, :)
ReplyDeleteassalamualaikum aida...bestnya pi kilang ajinomoto tu...dpt tahu mcm2 perkara kn..dulu masa mama dok bangi ada jiran suami die kerja kat kilang ajinomoto ni...setiap hari bawa labu yg telah siap dibuang kulit balik ke rumah...katanya kilang ajinomoto gunakan kulit labu saja utk dibuat bahan selain bahan2 yg lain juga...mmg seronok nak masak pun senang sbb labunya dah siap dibuangkan kulinya...
ReplyDeletebestnya dpt lawat ke kilang,seronok dpt tengok cara proses mcm mn kan,kilang roti high 5 pun best ..hihii
ReplyDeletedah dekat denagn rumah ni ..selalu lalu tapi tak pernah singgah...bila lalu je misti bau telur? haha tak pasti kenapa
ReplyDeleteRasa masakan memang berbeza bila campur dengan tak campur aji-no-moto.
ReplyDeleteSebelah tu dulu kilang laki saya Aida....la ni dah pindah.
ReplyDeleteOhhh best jugak yer melawat kilang cenggini dapat goodies hihi...
Saya pun tak guna aji no moto ni tp kiub kiub, sos sos bagai tu semua gunalah. Mmg tau ada sedikit msg pun dlm tu tp janji tak yg seketul perasa gitu haha.... Dah terbiasa guna bila tak guna jadi tak sedap pulak masakan kita hihi...
...tapi dalam buku Sains ada mentioned MSG tu bahaya utk kesihatan ;)
ReplyDeleteHihihi saya tak guna MSG dalam masakan. Di rumah ni my mom on special diet so banyak benda tak boleh ada dalam diet.
MSG ni macam benda lain jugak..gunalah, tapi jangan berlebihan nanti mudarat
ReplyDeletesaya pun tak guna ajinomoto dan kurang juga guna bahan perisa yang lain, best juga melawat macam tu dapat free gift lagi tu
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.