meskipun da beberapa hari tak hujan, marilah kita sama-sama doa agar ari ni seluruh tanahair kita ni lencun dek hujan rahmat.
memang sgt panas.
kalau memasak kat dapur yang xde air cond tu, aduhai!!! lencun dek peluh.
memang sauna abis-abisan...
tambahan plak saya da masuk hari ke 7 panas hati dgn TM streamyx!!!
telefon line 100 tu 6 kali, baru clear report.
setelah kita naik angin, marah, guna perkataan yg tak elok, baru la diorang amik peduli!
nanti kemudian saya citer ekk :)
mau throwback skit kisah ahad ptg aritu.
da 2 hari kan en.livina geraj melaka-jb-melaka... wajib la cuci dia seround.
bwk en.livina ke carwash feveret kami di kg. tun razak, bkt katil.
kat sini best.
walaupun byk kereta beratur utk dicuci, kami ok ajer.
mana ler tak boring kan, perut kenyang.
hari panas.... pekena cendol dan abc. nikmat dunia !!!!!
kata la uolls holiday kat melaka ~ gold coast ke. bayou lagoon resort ke,
dekat ajer carwash ni tau. lepak2 cuci kereta and minum ptg :)
hah ni map aida kasik sekali kat uolls :)
image love biru besar tu ~ tu la lokasi carwash pilihan aida & family...
jalan yg aida kaler pink tu ialah highway 2 lane ekk pergi balik from ayer keroh to melaka.
lalu bkt katil la jalan tu.
ada simpang empat besar...
memang korang perasan punyerla simpang empat ni.
ok tu ajer.
gigih la buat map ha ha ha...
26 Comments
Ini baru betul-betul ikhlas nak inform lokasi yg baik ni Aida
ReplyDeleteMana tak kisah nak tunggu banyak kereta pun tak apa sebab ada menu special menanti bolah dipilih. Cendol tu aduhai kecur kakak dibuatnya:)
hi hi... mana la tau kan.
Deleteada yg nak terjah situ satu hari nanti :)
ada map, senang skit.
sedap nyer abc!
ReplyDeletesgt sedap idzwa...
Deletepilihan hati ku!
Perghhh..
ReplyDeletePanas2 ni layan cendul dengan ABC memang kenalah tu Aida..
Tunggu lama cuci kereta pun tak apa kan :D
Sedapnya cendol! Panas2 seronok makan!
ReplyDeleteAida pun pakai tm streamyx eh? Siqah pun sama. Ada je masalah streamyx. Huhu. Nak tukar kepada unifi tapi tak available di kawasan rumah siqah :(
yes siqah.
Deletestreamyx.
unifi baru ada kat area umah aida tu.
end of this month kot activate nyer.
but, mahal!!! rm199 sebulan :(
aida jom join GA adik ni , saya tag awak tau :)
ReplyDeletehttp://masitaeyta.blogspot.my/2016/04/mini-giveaway-by-hanis-masturina.html
tu la kak.
ReplyDeletepromot tempat yg saya suka gi.
mana ler tau ada org yg teringin nak cuba kan :)
singgah kejap nanti saya datang balik baca ye..
ReplyDeletex perlu nk hipster.. yg ni pon sodap
ReplyDeletecendol tu buat mataku xberkelip..hikhik...panas2 ni best suap cendol aihh...
ReplyDeleteJauh dr alor gajah tu Aida...hihi. Tp kalau sambil jln2 ok gak
ReplyDeletea'ah kak.
Deletesesekali jalan ler ke bkt katil :)
Kalau camni tunggu lama pun tak terasa.
ReplyDeletesedapnya cendul minum time panas lit lit ni kan aida :)
ReplyDeleteHahaha..klasik sungguh map tau. Ni kalau dah tengok map, tak jumpa juga memang tak tahulah nak kata apa. Kenapa tak letak contact number sekali? Contact number tukang buat map tu, bukan contact number carwash ^_^
ReplyDeletePadanlah lama menunggu pun tak kisah. Kalau saya pun, saya minta kereta saya basuh last sekali aje. Senang saya nak makan-minum sampai kenyang!
biasa nyer memang menunggu and sempat kami lepak makan MD.
Deletememang berehat la. tak bosan :)
Melaka memang banyak simpang empat kalau tak tengok betul-betul mau sesat barat jadinya ..hihi
ReplyDeletesgt betul tu.
DeleteSuami kalau berjala rajin cuci pandu lalu jer Aida, sebab nak cepat.
ReplyDeletePatutlah suka diaorang dpt mengudap ngudap rupanya ....cendol tu minum cuaca panas gini mmg sedaplah kan
kekadang nak kena cuci luar dalam, nom.
Deletemaklum ler, ada anak kecik.
kalau makan, mana reti elok. mesti sepah situ sini.
takut lipas bersarang plak ha ha ha...
Abc & cendol yng menggoda..
ReplyDeletebagus tul panduan ni, promote bisnes orang kita..
ReplyDeletehi aida ..eyta singgah ni..eyta tag aida tau
ReplyDeletehttp://masitaeyta.blogspot.my/2016/04/pencarian-bloglist-sebulan-meijun-by.html
Wah, siap lukis map! Terbaiklah :)
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.