saya nak citer kisah bermasalah dgn TM.
start aduan 14 april. settle problem 19 april. kira la brape hari saya tak boleh guna streamyx.memang ler susah giler nak report!!!
memang hangin dgn telefonis TM di line 100.
modem rosak je pun...
tapi tu la ~ seksa nyer !!!
ni la brg kes ~ modem yg da rosak & warranty pun da abis.
memang ta boleh dpt ganti percuma la...
memang ta boleh dpt ganti percuma la...
13.4.16
lewat mlm, call la TM di line 100 tu.
inform masalah yg modem ni lampu signal langsung takde.
just signal kat POWER tu ajer berkelip.
telefonis tu kata ~ confirm modem rosak. dia bagi 2 options :-
- beli modem kat TMpoint berharga rm74+, ataupun;
- renew kontrak streamyx setahun lagi, free modem. tapi x bleh cancel akaun for 1 year.
saya reply kat dia, understood. but kena diskus dgn mr.asben dulu. sok pagi saya call balik.
14.4.16
dlm kul 8.15 pagi saya call la line 100 tu lagi.then kali ni saya terus buat report dan inform nak renew kontrak lagi setahun.
buat apoinmen utk technician dtg hari ahad (17 april).
sebab nyer weekend tu kan saya gi holiday ke JB.
ok settle...
17.4.2016
kul 8.00 pagi saya call lagi line 100, utk bertanya kul brape technician nak dtg.
telefonis tu kata technician akan call. tunggu aje.
seharian saya menunggu. lepak rumah. releks... dok tunggu technician TM dtg.
sehingga kul 4.30 ptg tak dtg jugak si technician ni!
saya pun call sekali lagi line 100 dlm kul 4.30 ptg gitu. nak bertanya la kan, mana technician ni.
setelah bercerita dari A to Z masalah saya dan report yang saya telah buat kat telefonis tu, saya terkejut dgn pe telefonis tu inform akhirnya ~ "sebenarnya option utk renew kontrak tu tak wujud da. puan kena beli modem kat tmpoint. kami takkan renew kontrak."
masa tu terus saya naik hangin seluruh badan :( grrrrr...
dipendekkan cerita, dari conversation saya dgn telefonis pompuan tu ptg ahad tu selama lebih 30 minit :
- technician takkan dtg sebab technician tu busy repair port di seremban.
- report da ditutup pada jam 3 ptg ahad tu.
- saya disuruhnya buat report baru. dan kena beli modem sendiri.
memang mlm tu saya sgt tak aman. sgt marah!!!
tak sabar nak tunggu esok nyer sebab nak call 100 lagi.
da plan dah what to report.
18.4.2016
again, kul 8.30 pagi saya call lagi line 100.
this time, saya terus buat report bhw technician tutup report saya tanpa dtg baiki kerosakan dan selesaikan masalah.
telefonis seperti biasa tanya history and compare dgn history dlm sistem dia.
ok. dia akan buat report baru.
tapi dia minta plak serial no modem streamyx.
memang la tak dpt saya bagi, modem kat rumah!
"sebelum ni buat report, takde plak sesape minta serial no tu." komen saya la kan.
dia reply, "tu la, sepatut nyer diorang kena minta ni..." hadoi la TM oii. lain-lain pe'el telefonis ko ni la :(
"sebelum ni buat report, takde plak sesape minta serial no tu." komen saya la kan.
dia reply, "tu la, sepatut nyer diorang kena minta ni..." hadoi la TM oii. lain-lain pe'el telefonis ko ni la :(
"ok puan. mlm nanti antara jam 8 mlm sehingga 10 mlm kami akan call puan utk amik detail modem. lepas tu baru saya boleh amik report puan."
ok la kata saya hu hu hu :(
mlm tu takde pun sape manusia call!!! aduhai, giler teruk la TM ni!!!
19.4.2016
sekali lagi pagi-pagi jam 8 pagi saya da call line 100.
saya kata kat telefonis: " ni kali ke 6 ke 7 ke saya call streamyx but masalah saya tak selesai. berpuluh ringgit kredit phone saya khas utk call korang abis! kalau pagi ni masalah saya tak selesai, saya akan report ke SKMM."
and dia memang take note dgn whatever saya bebelkan pagi-pagi tu lepas tu ha ha...
hasil conversation saya dgn telefonis pagi tu plak :
- memang betul option renew kontrak tu da tak di offer kpd pelanggan.
- silap telefonis-telefonis yang beri option tu kat saya. and if saya nak renew kontrak, dia kena refer to higher level officer. bukan senang-senang nak renew kontrak.
- technician memang dtg ke rumah saya (bukan ke seremban sebenonyer ahad lepas) but technician tu hanya cek port streamyx kat belakang rumah. bila dia cek ok, terus dia tutup report.
terus saya respon, "better u refer to your higher officer now. i'll wait."
after 10-15 minit call saya tu kena hold ~ akhirnya, telefonis tu kata, kontrak saya akan di renew. yeszaaaa...
"bila plak technician nak dtg ni?" tanya saya.
telefonis tu kata paling lewat esok nyer... "ok saya tunggu, kalau tak dtg juga kali ni memang la i saman u!!!"
2-3 jam lepas tu terus technician call saya tau.
ptg tu jugak dia dtg and tukar modem. huh!!!!
senang la plak, tak sampai separuh hari settle...
ni la dia benda yg saya tunggu berhari-hari...
benda kecik, tapi dirumitkan.
kita juga yg rugi, 1 minggu tak boleh guna streamyx tapi bil jalan.
pastu nak kena cakap kasar-kasar, marah-marah, ugut-ugut, baru la servis cepat.
kalau tak, pelanggan ni tak dipedulikannya...
pastu modem lama tu langsung technician tu tak amik sampai skang ni. hmmmm...
harga makin lama makin tinggi. internet slow.ok bye :)
customer service bengong!!!
apa la punyer syarikat telekomunikasi :( sedih!
9 Comments
sabar jelar sis aida..nak wat camne..kat mlaysia mmng camtu..hihi..
ReplyDeleteckp nak saman baru laju ckit wat krja...haha..
tp dkat area sy tm ok...report kat office dia..esok@ lusa dah dtg umah..
tngok atas tmpat kot..huhu...
bencikan dik bila jadi kes2 camni...kite bayo ratus2 kot sebulan tapi hujung2 dapat servis taik camni... :(
ReplyDeleteKakak sejak dah kena sekali bila rosak sekali lagi dah tak panggil Aida
ReplyDeleteAbang panggil kawan dia aje. Bayar RM120/- aje siap dgn modem baru.
Memang nak tunggu 'dia' ambil masa berhari-hari dgn follow-up lagi. Kalau tak hmmmm... sendulah jawabnya..
Emm selalu kot dengar aduan pasal TM ni..bawak bersabarlah ye..memang camni kot dunia sekarang..klu tak dipush sikit..kerja pun tak jalan.huhu
ReplyDeletemacam-macam la psl streamyx skrg ni..
ReplyDeleteSaya dah pernah kena dua,tiga kalilah dengan TM ni. Saya hantar love letter aje. Bab tak boleh guna seminggu sebab modem rosak tu tak boleh ke minta rebate?
ReplyDeleteSaya pernah juga dulu kena. Internet langsung tak boleh guna sebab silap info dari telefonis TM sendiri makanya saya minta waived aje bill saya sepanjang masa saya tak boleh guna line internet tu!
Hish.... kalau mak pun marah cenggitu punya servis.... Tak sabar nak berblog ni hihi...
ReplyDeleteSo dah dpt yg baru....seronoklah yer, kasi balas dendamlah Aida ....
stressnya kalau camtu..huhu..sabar je la ye~
ReplyDeleteitulah bila jadi macam tu geram je kan, harap2 lepas dah tukar yang baru tu ok la kan
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.