patut nyer skang ni (1:05 ptg) saya nak kena gi mydin, beli brg dapur.
ada beberapa brg da kehabisan ~ susu pekat, milo, kordial sirap, kicap, etc...
tapi jap la. bukan nyer jauh mydin tu hah. less than 10 minit da sampai.
mau update blog jap :)
mau citer kisah weekend lepas.
gathering adik-beradik mak di rumah nenek @ pulau sebang, tampin.
buat kenduri arwah skit before ramadhan.
alhamdulillah... sukses.
ini la family yg hadir sabtu lepas.
anak-menantu nenek semua ada, alhamdulillah.
cucu-cicit nenek ajer ada tak hadir. atas sebab2 munasabah ler :)
nenek saya ~ 86 thn.
emak saya ~ 70 thn (duduk kedua dari kiri, sebelah nenek)
adik beradik emak ~ 4 pompuan (semua di baris depan). emak anak sulung.
3 org pakcik saya yg berdiri, adik-adik emak no 7, 8 dan 9.
2 org makcik saya yg berdiri tu ~ menantu nenek (wakil suami-suami mereka).
adik lelaki mak no 5 sudah meninggal (sakit).
adik lelaki mak no 6 takde dlm gambo sebab gi jemputan kawin masa tu :) hi hi...
dan adik lelaki mak no 10 sudah meninggal tahun 1996 (kemalangan jalanraya di usia 22 thn).
nenek saya berkerusi roda sebab lutut dah tak kuat.
tak boleh berdiri lama. kejap kejap jer boleh tu pun utk beralih dari kerusi ke katil atau sebaliknya.
pendengaran nenek pun da kurang.
ingatan nenek masih ok ~ masih kenal anak menantu dan cucu.
but, nenek cepat lupa! akan bertanya soalan yg sama berulang kali :)
arwah atok da meninggal lama dulu.
seingat saya, saya masih sekolah rendah dlm darjah 2 ke darjah 3.
ni saya ber4 beradik pompuan :)
dari kiri ~ kakak ke2, saya, kakak sulung dan adik bongsu (tudung pink).
yg duduk tgh tu anak sulung saya :) ha haha nurin. da sama besar dgn kita dah hu hu hu...
cucu nenek = 24 orangalhamdulillah :)
cicit nenek = 17 orang
moga nenek, mak, abah, semua pak sedara mak sedara saya diberi kesihatan yg baik, dipanjang umur agar dpt terus beribadah dgn sempurna.... amin...
bye!
11 Comments
Sedara-mara aje dah ramai tu.
ReplyDeleteAmboi! sportignya nenek Aida dan mak/pak sedara tu seronok jer bergambar.
alhamdulillah meriah family sis :)
ReplyDeletemeriahnye :)
ReplyDeleteMeriah...in sya Allah amin... :)
ReplyDeleteMeriahnya.. Seronok betulkan berkumpul sedara-mara. Kenal jugak...
ReplyDeleteMummy ni sekali sekala balik kg Umah Tok.. anak buah pun kadang2 tak kenal.. hehehe
Besar jugak family Aida kan.. Nasib baik dekat senang sikit nak kumpul semua..
ReplyDeleteSeronoknya dapat berkumpul ramai-ramai, dari moyang ke cucu-cicit. Sesekali berkumpul macam ni mesti havockan.
ReplyDeletemeriah family besar macam ni dapat berkumpul kan...
ReplyDeletewah! besarnya family aida!
ReplyDeletealhamdulillah, panjang usia nenek aida
emak aida pun dah 70 pula? tak nampak macam roang umur 70
muda sikit dari atuk saya =)
seronok kan perjumpaan gini
entah bila saya pun dapat buat cam aida ni
BESTNYER BERKUMPUL RAMAI2 MACAM NI, SAYA MAK AYAH PUN DAH TAKDER, ATUK NENEK PUN DAH TIADA
ReplyDeleteCantiknya rumah nenek awak Aida....
ReplyDeleteNenek awak ni sebaya umur mak saya. Mak saya masih boleh urus diri sendiri. Tapi pakai tongkat yg kaki 4 tulah.... Emak awak pulak sebaya ngan kakak sulung saya.
Gitulah org tua Aida, mmg dia suka tanya banyak kali
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.