indah pagi ni.... moga keindahan ni berpanjangan la hingga ke ptg.
dan berlanjutan setiap hari hendaknya.
hidup kita pun gembira, kan :)
sambungan citer dari entry INI, kisah shopping di lazada.
nak ler share citer sebab kali ni beli brg tapi tak serupa seperti yg saya nak.
return brg tu ke lazada & dpt refund duit alhamdulillah...
ni parcel kedua yg saya terima.
few days selepas terima parcel pertama.
memang da dimaklumkan, parcel ni dari luar negara. lambat skit.
ini yg saya beli. set protective utk macbook saya :)
memang da lama nak beli. akhirnya saya beli jugak...
before beli, memang da confirm la spesifikasi macbook sendiri.
kalau salah sendiri, takkan boleh refund ke, replace ke, return ke...
then baru la beli online :)
tapi bila received brg, protective hard shell tu langsung tak boleh nak fit macbook saya.
kalau getah, boleh la kita tarik-tarik bagi fit kan.
ni keras! confirm la tak boleh. frust nyer hati ni.
ku sangka macbook ku akan berbaju, tapi hua hua hua tidaaakkk...
baju tak muat la plak :) ha ha...
mlm tu jugak, saya pun terus buka balik website lazada.
baca balik polisi on return or refund.
seharian la jugak pastu dok godek godek perkara ni tau. jenuh!
seharian la jugak pastu dok godek godek perkara ni tau. jenuh!
yes boleh. but within 7 hari dari tarikh penerimaan, saya kena return brg :(
ni reasons for return. ok...
so terus la saya klik klik klik di website lazada utk proses return or refund.
begitu begini ~ email ke lazada gambar barang yg tak fit tu.
email back snapshot yang dikehendaki...
dgn segera saya poslaju semula brg kpd lazada ~ jaminan 7 hari kan.
saya guna poslaju aje :)
lazada respon selepas terima parcel dari saya... diminta update bank details online utk refund.
dlm tak sedar (sebab saya tak cek akaun bank tiap hari), amaun RM70 tu da masuk akaun.
lega...
moral of the story, dpt barang cepat-cepat la cek. jgn tangguh.
kena kenalpasti Lazada Return Policy. jgn nanti time da expired, baru nak kecoh return or refund.
memang confirm tak dpt la :)
ok bye!
13 Comments
ha...best la boleh retun and refund ni kalau salah beli..risiko beli online mcm ni lah kan..nasib baik lazada ok..
ReplyDeleteone of my trusted seller !
ReplyDeletela tak muat pulak ye,takpelah mujur dapat refund balik kan
ReplyDeletexpernah beli barang kat lazada..:)
ReplyDeletebagusnye servis klu begitu
ReplyDeleteFuh! Sib baik bleh refund dik...camni bleh la akak try2 shopping kat lazada gamaknye...kikiki
ReplyDeleteTeringin nak ada macbook hehe :)
ReplyDeleteBaguslah klu servis macam ni..biasanya klu barang smp beli on9 ji memang kena cepat2 check..lgpun tak sabar kot nk tgok brg baru beli.hakhak
ReplyDeleteDah berapa kali benda cenggini berlaku ye Aida? Okje baca ni dah 2x dah ni
ReplyDeleteMujurlah dah selesai :)
ReplyDeleteSaya pun kena beringat ni. Kadang2 lepas beli barang, lama barang tu dalam box/plastik. Ada mood baru nak kemas dan belek.
Untuk apa barang Hihihihihi xmuat pulak sabar jer la
ReplyDeletehello, may i know once lazada received your returned item, they take the initiative to contact you? by e mail? I have same issue as you hope to get some advice. thank =)
ReplyDeletesalam... haritu i beli headfon dkt lazada tp bunyi x kluar... rasanya seller pakai baling stok je kot... nasib baik bini ckp blh return kat lazada sbb hampir2 dh nk buang!! bini suruh select postco je, blh drop off brg dkt farmasi caring gombak (ada byk lg tmpt lain)... dlm 3-4 hari lazada contact cakap dah dpt headfon rosak tu dan akan proses refund... hepi giler la blh return, ingat kena tipu... link postco kat sini: https://postco.com.my/lazada-returns?locale=ms-MY
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.