mlm ni dah mlm ke 23 Ramadhan berterawikh.
esok da Ramadhan ke 23 berpuasa.
in shaa Allah 😊.
seminggu lebih juga saya di duga dgn demam & batuk hu huhu...
ada skit skit lagi saki baki batuk selsema. sgt merimaskan!
tapi blog ni tak le tak di update dek kerana demam tu uolls...
kerana tak berkelapangan. kesibukan melanda di opis.
di rumah? malam? hmmmmm sgt la penuh dgn mcm2 jugak ha ha 😃
nak share ler resepi roti john saya.
tak ler brape original. refer to en.google jugak.
3 kali jugak ler meroti john minggu lepas bagi mendptkan rasa yg sesuai dgn tekak mr.asben.
kejadian nyer :)
- roti sosej
- 200g daging hancur
- 1 labu bawang holland - potong dadu
- 3 biji telur gred A
- sedikit daun sup - hiris halus
- sedikit garam
- sedikit lada hitam
- kubis - potong kecil
- sos cili / sos tomato
- mayonis
- cheese
- minyak masak
- daging hancur perisakan dgn garam dan lada hitam, gaulkan sebati. gorengkan sekejap dgn minyak hingga daging masak. ketepikan ke dalam satu mangkuk.
- masukkan ke dalam daging tu bawang holland, telur dan daun sup. gaul rata.
- adunan tu dimasukkan ke dlm kuali leper dan tekupkan dgn roti sosej yg telah dibelah dua. goreng hingga masak.
siap part 1 👍.
begini la lebih kurang kejadiannya 😀.
part 2 nyer ialah meletakkan bahan lain seperti kubis, sos cili, cheese, timun, tomato dan apa-apa lagi la yg bersesuai.
saya tambah ler letak hirisan timun jepun, mayonis & sos cili.
nak taburkan cheese pun boleh. terpulang...
nak taburkan cheese pun boleh. terpulang...
siap!
bila mr.asben suka... puas hati... makan sampai abis, happy la saya.
nak beli skang ni kat pasar ramadhan bukan main mahal!!! buat sendiri, puas hati :)
alhamdulillah...
ok bye. nak tido dah. sok pagi mau bangun kul 4 pagi, prepare sahur.
18 Comments
Sdapnya😊
ReplyDeletealhamdulillah :)
DeleteMewah meriah roti john, Aida. Puas makan :)
ReplyDeleteyes farrah.
Deletealhamdulillah...
sgt puas :)
roti john mmg lg sedap buat sendiri kan..hehe
ReplyDeletebetul yana.
Deletelgpun jimat.
kalu kat pasar ramadhan, kurang rencah dan mahal!
THN LEPAS KITE PUN RAJIN BUAT NI ... THN NI ENTAH LA NAPE MLS LA PLAK ... KIRANYA THN NI TAK MKN LG ROTI JOHN SEPANJANG PUASA NI ...
ReplyDeleteada skali tu gi pasar ramadhan.
Deletesgt la teringin nak makan roti john.
tapi ya Allah. mahal nyer rege eima.
tu yg tekad buat sendiri.
Saya pulak yang terliur..huhuuu..sedap nyerrr ;)
ReplyDeletealhamdulillah...
Deleteptg ni jom la buat :)
Adoi! sedapnya nampak..
ReplyDeletealhamdulillah...
Deletesendiri buat, sendiri ngap.
memenuhi citarasa tekak sendiri :) ha ha
bulan2 pose ni lebihkan minum air kosong dik...time tak sehat ni jgn minum ais dulu...nampak 3 kali sedap roti jonh yg ko buat tu dari yg jual kat bazar...buat sendiri bukan je lebih sedap tapi yg paling penting sekali lebih bersih...akak tak tenun lelama pon gambo roti ko tu...terlior T__T hahahaha
ReplyDeleteari ni baru ok skit kak.
Deleteyes, sgt la pantang ais. hu hu hu nanti tak boleh beraya plak!
lepas nie da bole meniage..hehe..daging jgn kurangkan eh..=p
ReplyDeleteha ha ha :)
DeleteSenang bila buat sendiri.....Jimat pun jimat
ReplyDeletesedapnya..buat sendiri lebih sedap kan
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.