ari ni buat keje sambil dgr lagu raya, aduhai best nyer uolls.
moga panjang umur la kita ke pagi syawal, kan.... in shaa Allah.
oleh itu, terus terkenang kan persiapan raya...
terus terkenangkan bil-bil yg lom settle... alamak!!! sudah terlupa!!!
pe lagi, terus la bertungkus-lumus tadi byr online semua nyer.
baru la aman nak citer pasal raya raya raya :)
ni throwback kisah sebelum ramadhan lagi. nak diberitahu, sabtu terakhir before ramadhan tu kami sekeluarga ke KL, shopping raya :)
haruslah pergi sebelum puasa, kesian kan anak-anak nanti tak boleh nak makan minum bila kepenatan :)memang da lama sgt ajak mr.asben ke KL. proposal asyik kena reject.
akhirnya... Allah tu Maha Berkuasa, tahun ni terbuka la hati dia nak bwk kami ke KL.
yahooooo....!
kami dari melaka pepagi... terus parking kereta di stesyen komuter senawang.
driving ke KL? memang saya x nak la ~ trafik sure berat punyer, parking lot sure penuh punyer...
lgpun memang berhajat nak ajak anak-anak naik keretapi la...
one big happy family on the way to kuala lumpur :)
lebih kurang sejam lebih la nak ke KL sentral.
memang saya seronok :) sebab tgk anak2 seronok...
KL sentral... tunggu plak putra LRT nak ke stesyen masjid jamek.
masa ni saya da sgt happy. here i am, kuala lumpur :)
rinduuuuuu sgt nak ronda KL ni.
dedulu time belajar, tiap weekend lepak sini dgn friends.
gi pasar mlm jln TAR, beli makanan and makan ramai2 kat dataran merdeka. best moments!
i tell u ~ ramai org.
sepanjang jalan... dlm sogo jgn cakap la, selisih bahu!!! sgt ramai org...
but, seronok....
just izzat kurang sporting. tak nak berjalan, asyik nak berdukung. hadoi!
teruk jugak la mr.asben mendukung dia.
separuh hari jugak kami jalan-jalan. lebih kurang dari jam 12 tghari hingga 5 ptg.
5 ptg tu hujan rintik da turun. lekas la kami menuju ke stesyen putra LRT masjid jamek.
kami memang target nak balik dah pun time tu. letih dah. lenguh sudah kaki...
tak byk pun shopping nyer. hanya menjamu mata. beli makanan hi hi hi...
baju anak-anak da beli awal-awal. semua da siap :)
maybe nanti nak ulang dtg pasar mlm jln TAR ni. mau tgk haribulan dulu kat kalendar.
nak ajak anak-anak lepak dataran merdeka hi hi hi...
uolls da siap ker semua utk sambut raya? preparation saya seperti kat bwh ni hah...ada la few things lagi nak kena siap kan.
nak kena kemas umah... in shaa Allah :)
ok babai...
7 Comments
Well done ye Aida..
ReplyDeleteAnak2 pun gembira persiapan raya dah siap utk mereka..
Boleh kemas rumah pulak ye..
Selamat hari raya aida..
Maaf zahir batin..
selamat hari raya juga dari aida :)
DeleteAkak...
ReplyDeleteAnak pempuan Aida macam kembar.. hihihihi..
Seronoknya persiapan raya dah siap semua...
saya punya 80%.. lagi 20% kene mencari lagi...
tak gigih sungguh lelagi bulan puasa ni.. tp apa boleh buat.. bertabah lahhh... :(
Selamat hari raya Aida sekeluarga... :)
diana, memang diorang berdua tu selalu ditegur kembar :)
Deleteeh...sama la kita...tujuannya nk bw ank nek ketapi sesambil melawat mak angkat dan sopim ry.sempat belikan brg ank ja tp mmg rs nk p lg nti...hahaha
ReplyDeletehi hi :)
Deleteanak2 memang happy, zai.
memang wajib la kita repeat.
saya dah lama tak jejak masjid jamek tu aida, nak bawa anak2 memang tidaklah, en.suami pun malas nak masuk KL sebab sesak
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.