5 tips penting utk pastikan emas kita disimpan dgn selamat. ni saya share dari grup wassap. antara idea la kot bagi yg konfius, "emas da nak capai 200 g ni, mana aku nak simpan semua ni??"
Tip 1
ini paling penting! kalau beli emas jgn bgitau sapa2 kecuali suami @ isteri jerr kat mana kita simpan emas kita. duduk diam2 suda 😷😷😷.
Tip 2
simpan dirumah,syaratnya...
1 dinar saiznya kecil spt duit 50 sen..so nk simpan dinar sbenarnya senang... tempat paling selamat simpan emas kt rumah ialah tempat yg biasanya tak terfikir...
contoh dlm pam tandas, tin biskut, peti ais, belakang jam, dlm pasir akuarium, etc... asalkan jgn simpan dlm almari... sbb biasanya akan jdi sasaran perompak.
Tip 3
simpan di pejabat,tapi...
ramai tak perasan pejabat mungkin bole jdi tempat percuma dan agak selamat utk simpan brg berharga.tapi ia hnya sesuai klau pejabat ada...
1- sistem kawalan kselamatan yg ketat.. nak masuk kena register kt pos kwalan,bilik pun authorised personal jer yg bole masuk,ada CCTV dan laci anda pun bole dikunci
2-kawan2 pejabat yg bole dipercayai dan amanah...
-cuma perlu ambil perhatian ialah cleaner yg keluar masuk bersihkan ofis..itu jerrr😝😝😝
Tip 4
beli Safe Deposit Box dan simpan di rumah...
ini kosnya agak tinggi dan xla selamat terutama bila kita ada di rumah...klau perompak masuk rumah,itulah yg pertama dia nk buka...
Tip 5
Safe Deposit Box di bank atau syarikat swasta...
bagi saya tip yg ni paling selamat dan paling nyenyak tidur... kosnya pun murah sekitar Rm100 utk box yg paling kecil...boleh muat emas bernilai Rm100,000...
di bank atau syarikat???
utk org kebanyakkan,saya syorkan sewa di bank sebab kosnya paling murah....😄😄😄
senarai link Safe Deposit Box, bank dan syarikat swasta....
-SDB Maybank
-SDB Agrobank
-SDB CIMB bank
-SDB RHB bank
-SDB Public bank
-SDB Bank Muamalat
-Safe Deposit Box Sdn Bhd
-Royal Safe Deposit Box( RSDB)
🎉 Selamat Menabung Emas 💰
Kalu pompuan leh simpan dlm botol2 kolagen mcm pearl white ka aura white tu..hehe
pilihan saya? tips no 5 la.
memang tak la simpan kat umah or pejabat.
pernah few years back, borak dgn bos. bos tu pun da pencen dah thn 2014 ari tu.
dia memang dari muda suka beli barang kemas. masa tu bercerita dgn dia pasal ar-rahnu.
di ar-rahnu kan barang kemas dia dan dpt ribu-ribu la utk wedding anak dia.
dia yg inform saya ~ simpan kat bank :)
tips no 2 tu pun sebenarnya praktikal.
just make sure umah kita selamat, berkunci dan kerjasama dgn jiran tetangga.
yes betul tu ~ malang tak berbau. kalau da nak kena, kena jugak kan...
kereta sebijik yg lock begitu begini terang-terangan park depan umah pun boleh ilang, ini kan plak duit or emas...
rugi ooiii !!! but tu la, kita usaha. kita ikhtiar yg terbaik.
takkan la kerana alasan tak tau nak simpan mana buatkan kita tak nak saving emas? tak patut la :)
ok tu jer sharing ari ni...
7 Comments
terbaek utk masa depan..
ReplyDeleteEmas sikit-sikit baru, selain memang pakai kat badan... memang simpan dalam lemari..
ReplyDeletekurang selamat ye dalam almari... nanti kena fikir-fikirkan tempat lain yang lagi sesuai kot.. sikit-sikit pun emas juga kannn..?
Thanks for your sharing.. :)
Ekin emas gelang tangan, subang ,rantai jah tu pakai sokmo
ReplyDeletehehehe dah tak ada barang emas.. mungkin next time kot boleh guna tips nih..
ReplyDeleteDah ada emas banyak2 kang pening plak nak simpan kat mana ... Semoga ada rezeki saya nak menyimpan emas nnt ....
ReplyDeleteperkongsian yang bagus, saya simpan tabung juga ditempat2 yang tak terjangka didapur dalam almari pinggan hehehe
ReplyDeletenice sharing aida..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.