assalamualaikum...
pagi td opismet share dlm wassap.
ada ler kami diskus sama2 pagi td... sedih la hai kalu berita viral ni benar :(
Setiap ibu pasti akan mengimpikan anaknya menjadi seorang anak yang bijak pandai,Tentu semua itu dilakukandemi kejayaan anaknya apabila sudah besar kelak.
Akan tetapi Tidak semua hal yang kita impikan boleh menjadi kenyataan malah boleh menjadi sebaliknya apabila tidak kena dengan caranya.
Perkara itulah yang dihadapi oleh seorang ibu beranak satu yang keinginannya menjadikan anak perempuannya yang belum cukup berusia 7 tahun menjadi seorang anak yang pandai.Ibu beranak satu dari golongan VIP memaksa anaknya untuk belajar hingga boleh dikatakan tidak ada waktu bermain,Hingga pada akhirnya kanak kanak malang ini tertekan dan jenuh dalam menimba ilmu.
Dikutip dari sebuah tulisan seorang penulis melimpahkan,”Hari ini saya menziarahi hospital karena anak rakan saya sakit.Rekan saya ini adalah seorang yang berjaya dalam hidup dan merupakan seorang dari golongan vip.
Anak perempuannya adalah seorang yang cantik,umurnya tidak akan lama lagi akan mencapai 7 tahun,tak lupa saya membawakan anak patung untuknya.
Waktu saya datang dia mengenali saya”macik iti ek?”ia jawab saya” dengan agak terharu karena ia masih mengenali saya.
Macik iti 42:6 Berapa? doa masuk tandas apa?
Selepas menanyakan soalan itu saya hanya terdiam kemudian dia menirukan gaya cikgunya yang belajar di kelas dan menyanyikan lagu 5×5=25,selepas itu dia membacakan doa makan.
Macik iti jom sambung kalimat”saya pergi kesekolah setelah itu saya balik ke? Soalnya sungguh sungguh,ia memang comel,pandai dan bijak.
Namun selama saya menemani anak ini di situ ibunya yang memerhati sedari tadi hanya menangis mengalirkan air mata.” saya turut berduka dengan penyakit yang di derita anak perempuannya.
Sakit apa?
Sebenarnya saya menziarahi anak rakan saya di hospital sakit jiwa,yaaa sebuah hospital sakit jiwa.
Apa yang sebenarnya terjadi?
Dua minggu terakhir anak perempuan rakan saya ini selalu menjawab soalan cikgunya dengan jawaban yang sama (7, 24:6=4 dan how are you” Dan jawaban lain seperti huruf jawi,kemudian dia menjawab soalan sambil meniru gaya cikgunya ketika mengajar.
Menurut doktor yang menjaga kanak kanak malang ini,ia terlalu aktif dalam pembelajaran yang ditambah dengan tekanan dirumah ketika mengulang kaji beberapa mata pelajaran tanpa merehatkan otak dengan melakukan perkara yang mereka suka seperti bermain hingga mengakibatkan otaknya jenuh.
Tentu rasa takut kepada ibu bapa adalah punca ia memaksa otaknya.Yang lebih mengaharukan lagi,saat ia melihat ibunya menangis si anak berkata”ibu jangan menangis,saya dah pandai”
Dia adalah penghuni rumah sakit jiwa paling muda di situ,ada 4 orang lagi yang berusia 12 tahun ke 15 yang juga mengalami gangguan jiwa karena broken home.
Hanya dia seorang yang mengalami gangguan jiwa karena tekanan belajar yang di paksa.
Sesuatu pelajaran berharga yang patut di jadikan sebagi pedoman kepada ibu bapa.
Jangan jadikan anak anda sebagai tangga untuk memenuhi impian anda atau pun mahu di puji orang lain memiliki anak yang bijak,biarkan mereka menjadi diri mereka sendiri dan berikanlah mereka kenangan masa kecil yang indah dengan bermain yang cukup.
kisah benar atau tidak... tapi ramai di antara kita boleh amik iktibar, kan ?
kalau la benar, Allahu Akbar... hanya pada Allah la si ibu ayah perlu memohon agar dipulihkan anak syurga itu.
pengakuan ~ saya ni seorang ibu yg sgt exam-oriented. sgt sgt sgt!!!
but but but.... anak2 dara saya yg berdua tu adalah normal :) hi hi alhamdulillah.
mereka sgt ada byk masa utk bermain.
saya akan bw diorang bersiar, riadah, holiday, ...
tapi ye le, now diorang da skola rendah, kena la titikberatkan pelajaran.
hmmm silibus skola rendah pun da sgt susah :(
sian anak zaman skang. zaman izzat skola rendah nanti ntah pe la silibus yg diorang nak upgrade.
hadoi lah...
pe pun, moga kita, suami / isteri kita dpt didik anak dgn baik, cara kita, gaya kita...
ok bye :)
16 Comments
Tulah, ada terbaca jugak pasal budak ni...Kesian kan Aida, kecik kecik dah dipaksa belajar. Tapi sebenarnya benda gini mmg berlaku. Mak sendiri pun kalau boleh nak suruh anak anak belajar 24 jam tapi nasiblah laki mak ni jenis bertentangan dengan pendapat mak. Ada bagusnya jugak, kalau tidak harus stress anak anak hihi
ReplyDeletetapi kita rasa nyer tak ler kot jadik gitu ~ gila anak tu dibuat nyer.
Deletekita ni dlm hati ada taman.
bebel suh belajar, bila tgk anak tu belajar aje, hati kita lembut suh diorang tgk tv :) h ah aha...
takut nyer baca!
ReplyDeletesgt takut !!!
DeleteBudak 6 tahun sekarang dah kene gi tuisyen.. kesian kan...???
ReplyDeleteTak mustahil berlaku perkara-perkara sebegini..
Nauzubillah.. jauh la dari anak-anak kite perkara sebegini. Sesal dahulu pendapatan..sesal kemudia memang takde guna dah..
Belajar-balajar juga.. waktu untuk bermain.. beriadah perlu juga..
nak ngajar pun, berpada-pada la kan.
Deletetgk balik citer atas tu yg aida share, aida rasa la kan, sejak anak dia dlm perut kot dia nak ngajar...
sedihnya kalau jadi penjaga kepada kanak2 macam ni.
ReplyDeletediorang istemewa sangat..overgenius...terlalu banyak hikmahnya...
kan?
Deletesedih sgt... sian dia.
patut nyer life kanak-kanak dia baru nak bermula...
budak kena ada ruang untuk bermain...sebab dunia mereka sekarang dunia bermain...dalam permainan pun ada unsur pengajaran.... =)
ReplyDeleteni aida setuju.
Deletesebab tu tadika 4 thn dan 5 thn takde la belajar sgt.
diorang lebih bermain, nyanyi, menari... enjoy life!
budak2 biar la bermain dulu .. belajar belajar juga tp hanya utk aktif kan minda je ... dibiar bermain tanpa belajar pun tak boleh juga... berpada bersesuaian dgn umur dia ... belajar ikut umur dia ... jgn risau klu anak darjah 1 masih tak boleh memabac percaya darjah dua nanti pas lancar ....
ReplyDeleteklu nampak lain dr kanak2 biasa rujuk doktor pakar
anak-anak dia kekadang dia kena ikut mood dia.
Deletekalau tak ikut kan, nanti dia tak minat dan takut terus membenci...
lagi takde hasil!
kesiannya kalau betul berlaku, tp ye jiran saya anak ditadika pun dah dihantar tuisyen, kesian pulak rasanya macam tu
ReplyDeleteKasihan budak tu. Jangan bebankan anak dengan pelajaran dan mahukan yang terbaik di awal usia. Susah anak nak penuhi impian ibu bapa begitu. Huhu. Menakutkan je baca kisah ni.. Huhu
ReplyDeletekesiannya !! terima kasihla kat mak ayah sendiri tak pernah memaksa nak kecemerlangan gini..
ReplyDeleteKesiannya kalau berita nie betul..
ReplyDeleteBelajar tak salah tapi harus diberikan ruang untuk anak-anak explore dan bermain..
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.