terpanggil utk borak pasal tikar ni ptg ni.
sebab semlm pagi, time nak kuar umah, ternampak beberapa tikar ni kat depan umah jiran.
beberapa tikar ni masih elok, dilipat-lipat dan diletakkan kat tepi tong sampah.
utk dibuang !!!
baru la teringat kan hal ni...
KUALA LUMPUR - Murah, mudah didapati dan cantik dengan dihiasai pelbagai tulisan serta lukisan termasuk dari filem animasi kanak-kanak terkenal sudah cukup untuk menarik perhatian pelanggan membelinya.
Kelebihannya yang kalis air juga menyebabkan tikar plastik berukuran antara satu meter kali dua meter atau empat meter kali lima meter yang dijual pada harga RM10 hingga RM45 sekeping sering menjadi pilihan kegunaan di rumah sebagai pengalas tempat duduk.
Mungkin terpesona dengan kecantikan pada tikar plastik berkenaan sehingga membuatkan pengguna terlupa risiko bahaya yang menanti mereka disebabkan kandungan bahan kimia pada tikar itu tidak pernah diketahui umum.
Paling menakutkan, ia boleh mengakibatkan kanser payu dara kepada wanita dewasa, mengganggu sistem pembiakan, hormon dan membantutkan pertumbuhan kanak-kanak.
Dua bahan berbahaya dikenali sebagai Phtthalate dan Bisphenol A (BPA) paling banyak digunakan dalam menghasilkan tikar berkenaan walaupun ia sudah diharamkan penggunaannya di banyak negara kerana memberi kesan sampingan.
Terdapat laporan mengaitkan bahan berkenaan juga boleh menyebabkan kegemukan atau obesiti sertap enyakit diabetes kepada kanak-kanak.
Kedua-dua bahan ini adalah bahan kimia yang terdapat dalam banyak penghasilan produk isi rumah. Antara produk dihasilkan ialah pembungkusan bekas makanan dan minuman, losen, barang mainan, lantai PVC plastik dan paip air. Bahan itu juga diharamkan di banyak negara maju termasuk Kesatuan Eropah.
Pakar Toksikologi PUsat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Prof Dr Mustafa Ali Mohd berkata, pengguna sebenarnya tidak menyedari risiko bahaya kimia itu kerana kandungan sebenar pada tikar berkenaan tidak pernah didedahkan.
"Boleh dikatakan 100% barangan plastik mengandungi Phthalates. Bahan ini berfungsi untuk melembutkan plastik yang keras.
"Sesetengah plastik pula mengandungi Bisphenol A yang sebelum ini banyak digunakan dalam pembuatan botol susu tetapi sudah diharamkan penggunaannya.
"Dua bahan ini diketahui terdapat banyak dalam penghasilan barangan plastik," katanya.
Beliau berkata, satu lagi bahan yang bole hmengancam keselamatan pengguna ialah lukisan dan gambar pada tikar berkenaan kerana tidak mengetahui jenis pewarna yang digunakan sama ada berkualiti dan daripada jenis yang diluluskan oleh kementerian ataupun tidak.
"Tetapi, seperti yang kita ketahui kebanyakan pewarna yang digunakan adalah daripada jenis yang murah dan tidak selamat yang sudah tentu mendatangkan kesan penyakit kepada pengguna.
"Paling berisiko dengan bahaya ini ialah kanak-kanak kerana mereka adalah pengguna paling tinggi tikar itu yang dijadikan sebagai pengalas tempat duduk dan bermain," katanya.
Dr Mustafa berkata, bahan berkenaan berkemungkinan besar meresap masuk ke dalam tubuh kanak-kanak menerusi liang rongga kulit tangan yang basah dan kulit paha serta lutut setelah bersentuhan terlalu lama pada tikar itu.
"Kadang-kadang kanak-kanak tidak memakai baju dan hanya memakai lampin pakai buang ketika bermian di atas tikar berkenaan. Ini memudahkan bahan terbabit menyerap masuk ke dalam badan mereka.
"Bahan-bahan itu mudah larut ke dalam lemak badan kerana sifat kulit manusia yang berminyak membolehkan ia menyerap masuk," katanya.
Akhbar Harian Metro 16 Ogos 2016
da berlambak jual bertahun-tahun, baru la skang ni diwar-warkan.
aduhai. sedih la kan. adik saya, anak-anak nyer kecik. memang guna tikar ni.
memang anak-anak buah saya tido atas tikar ni, makan, minum dan byk lg la.
sgt terkilan apabila baru kini perkara diwar-warkan oleh pihak berwajib.
tapi ok la, sebelum pe-pe serius berlaku dan berleluasa, kita da singkirkan tikar ni dari kehidupan kita, kan?
sekurang-kurangnya pihak berwajib (pakar toksikologi PPUM) dah pun war-warkan.
biar lambat, asal selamat :)
p/s : ada frens yg masih guna tikar ni?
ok bye !
13 Comments
saya pun dah guna lama benda ni...rasa dah bertahun,tapi baru sekarang lah diorang cakap benda ni bahaya..anak selalu main kat tikar kalis air ni
ReplyDeleteitu la. maybe pakar baru abis cek.
Deletebaru abis buat ujikaji kan. ujian saintifik bukan nyer cepat kot.
hadoi la :)
Mek ade lg dlm rumh ni buat alas mkn 😔
ReplyDeletehmmm iye?
Deletebuang la kot mek.
pd pndapat aida la...
ada tikar ni kat rmh. Nak kene buang juga la kan !
ReplyDeleteyes alin.
Deletekalau la boleh, buang kot.
cegah sebelum parah :)
tak pernah beli lagi tikar ni.. lama nak beli tapi tak terbeli beli.. alhamdulillah ada hikmahnya
ReplyDeletesama la kita.
Deletetak pernah beli.
hampir2 nak beli.
alhamdulillah :)
Ada pakai haa ... Adoiiilaaa ... Kena buang lah kot ... Nak pakai tikar ape plak lepas nie ? Tikar getah yg kita pakai selama berpuluh-puluh tahun tu ok ker ?
ReplyDeletebtul..dh brtahun pkai...tu ada je lag dlm bilik
ReplyDeleteMujurlah hal ni didedahkan. Bimbang nanti ramai yg berdepan dgn masalah kesihatan tanpa sedar.
ReplyDeleteGud info Aida... Mummy ni ada satu kat umah. Buat Alas nak pi picnic... Jarang pakai kat umah.. panas dan azab kalo tido atas tikar ni..
ReplyDeleteDah bertahun pakai.. tapi dh buang kebetulan dh koyak..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.