assalamualaikum & salam sejahtera...
rupa paras mcm duit 50sen.
tapi nilai tak sama langsung!
ada banyak keadaan duit akan jadi tak laku.
1. duit koyak.
2. duit luput masa.
3. duit asing yang tidak diterima di negara lain.
sebenarnya, dalam tidak sedar duit juga boleh tidak laku mengikut peredaran masa gara-gara inflasi. untuk fahaman yang lebih mudah, cuba kita ambil perbandingan 1 nilai duit dengan 1 barang yang sama.
👉 tahun 1980an, aiskrim cornetto berharga 80 sen sebatang. sekarang, duit 80 sen sudah tidak laku untuk membeli sebatang aiskrim cornetto.
👉 10 tahun dulu RM500k boleh membeli rumah semi-d 2 tingkat. dengan duit yang sama, ia sudah tidak laku untuk membeli rumah jenis yang sama.
oleh itu, simpanlah harta anda dalam bentuk emas. ia terbukti memegang nilai.
👉 jika 1 dinar cukup untuk membeli seekor kambing pada zaman Nabi SAW. pada tahun 2000 ketika seekor kambing berharga RM200, 1 dinar juga bernilai RM200.
duit RM200 hari ini jika ditunjuk untuk membeli kambing sudah pasti ia tidak laku kerana kambing sudah berharga RM700. jika ditunjuk 1 dinar sebagai bayaran, sudah pasti cukup kerana memang nilai 1 dinar hari ini ialah RM700.
duit RM200 hari ini jika ditunjuk untuk membeli kambing sudah pasti ia tidak laku kerana kambing sudah berharga RM700. jika ditunjuk 1 dinar sebagai bayaran, sudah pasti cukup kerana memang nilai 1 dinar hari ini ialah RM700.
ajaib tak?
nampak tak?
saya cukup suka kaitkan dgn simpanan untuk pendidikan anak-anak di masa depan. nak masuk universiti sekarang da mahal. Apatah lagi 5-7 tahun akan datang. Aduhai... Sekarang ni pun nak dapatkan pinjaman PTPTN pun bukan main seksa. then, sekarang ni pun saya dengar cerita nak kena bayar dulu yuran yang beribu tu sementara tunggu dapat pinjaman. kalau mampu. kalau tidak mampu?
membawa maksud, kita perlukan simpanan yang kuat dan nilai yang baik buat jangka masa panjang. mula la untuk menyimpan emas sekurang-kurangnya 1gram 1 bulan. simpan dalam bentuk emas, bukan dalam bentuk ringgit malaysia. Lebih2 lagi dengan kemelesetan ekonomi dunia yg bakal berlaku ni (ekonomi Malaysia memang sedang teruk la kan), simpanan dalam bentuk ringgit malaysia memang la sgt tak cerdik.
simpanan dalam bentuk ringgit malaysia tu perlu. untuk sekarang.
tapi buka minda dan fikir untuk masa depan. pelbagaikan simpanan kita...
dan sementara sekarang harga emas masih mampu dibeli.
In syaa Allah...
4 Comments
insyaAllah, niat tu ade tapi belum beli lg --'
ReplyDeleteterbaek aida!!!!
ReplyDeletedl rajin buat.. tp skrg ssh.. xpasti kenapa. huhuhk
ReplyDeleteBetul emas tak susut nilainya
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.