suka nak share news terbaru yg hot few days ago :)
MAKLUMAN KEPADA BAKAL PESARA KAKITANGAN AWAM
Kerajaan akan menguatkuasakan Seksyen 19 Akta Pencen 1980, di mana, mana-mana kakitangan awam yang akan bersara tetapi masih mempunyai hutang dengan kerajaan termasuklah hutang pinjaman perumahan Perbendaharaan Malaysia atau LPPSA, POTONGAN PENUH AKAN DIBUAT DARIPADA GANJARAN PERSARAAN YANG BAKAL DITERIMA.
Jika masih tidak mencukupi untuk menampung hutang, POTONGAN PENUH AKAN DIBUAT DARIPADA BAYARAN PENCEN BULANAN SEHINGGA SELESAI.Nampaknya selepas ini pesara kerajaan kena bersedia untuk cari pekerjaan lain selepas bersara bagi menampung kehidupan, selepas semua wang ganjaran pencen dan pencen bulanan menjadi "sifar".
Sumber : En. Salkukhairi
sesuatu yang bukan baru.
sesuatu peringatan kepada semua kakitangan awam, agar tidak terlupa dan leka membeli harta.
hati-hati la beli harta. jgn create hutang yg tak perlu.
nanti binasa hari tua dok membyr hutang, tak dpt nak gi holiday!!!
yg saya pelik, pelbagai komen negatif dilemparkan oleh netizen terhadap perkara ni.
- pandai buat harta, pandai la bayar!
- ko beli rumah guna duit rakyat, pandai la bayar!
- kami swasta ok je bayar hutang!
semcm sesuatu kebencian wujud di antara org awam dan kakitangan awam, kan?
terutama part bila kakitangan awam tak dpt bonus ~ wow, bukan main diorang gembira.
padahal bukan main ramai yg memohon nak masuk keje dgn kerajaan.
berurusan dgn kerajaan nak free itu free ini. hmmmmm...
nape perlu sikap gini? rezeki masing2 Allah da tentukan, kan?
ok la... tu jer nak bebel :)
jom mula buat simpanan emas :)
tak perlu buat loan dgn kerajaan ~ 1 bulan 1 gram 1 keluarga.
bila byk, boleh tuko dari goldbar jadik brg kemas.
kalau perlu duit emergency, boleh ar-rahnu kan.
lagi 20 thn nak pencen, ada hutang, boleh la tukar simpanan jadik duit dan langsaikan hutang :)
bye...
12 Comments
tidak kira,,,bekerja di sektor kerajaan mahupun swasta,,jika berhutang perlulah jelaskan..
ReplyDeletebetul la tu...
Deletetakde beza pon.
just dari segi cara byr aje kan...
Tak habis-habis nak rasa iri hati dengan kaki tangan awam.. dgn berita begini.. mesti ada geng yang rasa hati dgn kakitangan awam tudok tepuk tgn agaknya...
ReplyDeleteTu la MF...
DeleteHmmmmm...
nak tak nak hutang perlu dibayar..tak apalah kerajaan taknak susahkan kita selepas pencen pun nak kena bayar hutang..fikir positif sajalah kan.
ReplyDeleteentahlah memang wujud jurang awam dan swasta..ada yg selalu dengar kerja kerajaan goyang kaki...berasap je telinga, tapi takpe Allah lebih tahu sapa goyang kaki sapa yang tidakkan.
Lama tak berkunjung ke blog aida ni,sibuk sangat saya ni sampai akhir tahun
Jeles ler tu dgn org gomen ha ha ha :-)
DeleteSebeno nyer xde ler istimewa sgt keje gomen ni pon.
Hurm.. Semakin banyak keistimewaan ditarik dari penjawat awam..
ReplyDeleteNtah apa lagi yang tinggal..
Kan???
DeleteLaa, yg dptong tu duit saguhati dia. Bukan kerajaan tlg byr. Nnt dia dpt skit je la saguhati dia. Ape la nk dibencikan sgt ni?
ReplyDeleteTu la pasal.
Deletekira byr jugak ler tu kan.
duit kita, dipotong byr hutang.
dpt baki kira nya ada...
selesai hutang idup pun senang...
Tak keje pun kalu ada utang kena byr kan?
ReplyDeletepada saya, benda ni ada kebaikan dan keburukan
ReplyDeletekebaikan - hutang habis, mati xde hutang
keburukan - dah pencen xde duit lor
org gov ke org swasta ke, hutang tetap kena bayar ;)
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.