ari ni ada time skit masuk blog. MC ler kata kan :)
update blog dgn citer lama. lama ker?
yes ler.
kisah holiday time cuti hari malaysia ari tu ~ 15 - 17 september 2016.
sesungguhnya memang tak nyempat nak upload gambo yg berpuluh tu.
mau pilih lagi... mau edit lagi gambo kasik comel. censored mana2 patut :) hi hi hi...
kami adik-beradik holiday sini jer ~ Shah's Beach Resort, Klebang, Melaka.
org melaka and holiday di melaka ajer :) hi hi hi...
sebab, abah tak brape sihat da skang. x digalakkan oleh doktor peribadi (kakak saya ler) utk jalan jauh2.
so, demi nak togeder togeder, gigih la kami adik-beradik plan family day ni kat klebang ajer.
balik kg gitu :)
da berzaman kami tau kewujudan resort ni, tapi baru skang kami lepak sini 2 mlm.
disebabkan resort lain dah pun penuh di booking org.
rezeki kami kali ni di sini ~ bergumbira bergossip bersama :)
ok la... tepi laut... chalet konsep tradisional gitu ~ papan :)
uolls nak stay sini? ni hah serba sedikit pe yg saya bleh share :
- 1 mlm : RM230
- deluxe pool view
- with 2 breakfast
- extra single tilam : RM50 (siap dgn breakfast)
damai... nun di sana adalah laut selat melaka :)
kami amik 6 buah chalet. and 2 dari nyer exactly depan swimming pool tau.
terbaik !!!
ada ler pot lepak tepi laut.
boleh bentang tikar and makan-makan :)
tu dia chalet kami... 2 daripada 6 buah :)
satu mak & abah dok. satu lagi kakak yg doktor tu.
ada connecting doors antara dua tu. mudah la kan kakak nak tgk mak & abah.
ni baki bilik kami-kami yg lain.
sederet...
anakanda saya ~ syuhada and nun di tepi tu ijat :)
ni chalet saya...
nampak tu hah swimming pool nyer. memang saya tak nak depan swimming pool.
bising ! mau privacy skit la kan...
dalam chalet saya...
saya pilih yg ada 1 queen bed ~ saya, mr.asben & ijat tido bertiga.
kakak-kakak tido kat lantai, atas toto.
tandas...
dan ada pintu utk ke belakang chalet ~ parking kereta.
so, buka jer pintu terus ke kereta.
senang ler nak punggah brg...
terlupa plak nak amik gambo lot parking nyer uolls. memang la sgt bagus.
ada bilik yg single bed tau.
pilih la mana satu kesukaan hati uolls :)
ptg khamis tu, after cek in ~ kami lepak-lepak aje.
kemas-kemas brg...
ada few bilik yg problem air-cond... tandas tak bersih... cadar kotor.
so kita kasik settle ler dulu dgn pihak resort kan. ok jer. cepat diorang bertindak.
izzat carik ilham....
niat di hati nak swimming ker dik oii?
tak payah ler, pantai x cantik. laut tak brape jernih...
barisan anak-anak yg join family day kali ni :)
sikit jer. tapi meriahnya ngalahkan 20 org !
then, uolls tau ler kan, apa lagi program utama ~ terjun pool la ramai-ramai.
ptg khamis ni tak brape ramai org.
kami-kami aje dgn few other families. memang best la anak-anak swimming.
meskipun pool nyer agak kecik. but bila org tak ramai, ok ok la kan :) alhamdulillah.
amboi ijat :) lebar senyum...
tu dia atok sedang pantau anak cucu swimming :)
mcm2 la instruction atok kasik kat cucu-cucu nyer on how to swim hi hi hi...
tu hah saya yg tak cantik... tak fotogenik. and ofcoz tak fotogediks :)
anak-anak pompuan lepak tepi pool ajer. pemantau...
amik gambo dgn emak terchenta !
before mlm... sempat la mak abah lepak tepi pantai.
i like this moment tau uolls. emak & abah. bersama-sama holiday dgn kami.
complete... indah...
sudah agak lama mak & abah tak holiday dgn kami. faktor kesihatan abah.
abah tak boleh silap skit ~ tetiba akan muntah2, cirit-birit... hypo!
kami sgt takut kalau nak bawak mak & abah ke mana-mana.
i love u mak & abah...
moga mak & abah sihat sejahtera hendak nyer...
okeh sampai sini je dulu.
gambo lain saya lom sempat upload hi hi hi...
bagi masa skit ekk...
ari ni MC, tapi nak lipat baju, nak cuci baju, nak gosok baju... memcm la. mcm tak MC plak ekk? :)
babai!
8 Comments
Baru lagi kalau bulan September.. Tak sampai sebulan. Heeee :D
ReplyDeleteEnvironment nampak tenang.. Ala-ala kampung yang cantik.
Bestnya kak ;) nice info. Hr tu pegi mlaka tk smpat singgah klebang --'
ReplyDeletecantiknya pemandangan kat sana
ReplyDeletenampak tenang je..kat klebang ye..huhu..jarang pergi area sana sbb jemmmm :p
ReplyDeleteMemang lah best kalau dapat cuti ramai2 ...
ReplyDeleteMacam best nampak bila nak sampai melaka ni kakak ekin ada duk sana
ReplyDeleteBestnya.. nmpk cantik viewnya..
ReplyDeleteboleh mancing tak kak?....hahahaha
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.