assalamualaikum...

ari ni nak cilok idea dari blog Mek Ayunie 😊.
suka plak bila tgk tajuk entri Mek, terus excited nak buat juga... meh saya citer pe 10 things tu ye.
tak ler ikut priority ke hape ke....

  1. cermin mata ~ ha ha ha saya ni rabun jauh yg teruk! bermula darjah 5 saya da rabun. time belajar di UIA dulu saya pakai contact lens, sehingga lahirkan ijat kot masih pakai contact lens. then, ada jangkitan gatal2 kat mata, 👀 kemerah2an. mata saya jadik tak cantik. start tu, hingga kini, kembali bercermin mata mcm zaman skola. saya ada 2 cermin mata pada satu masa ~ 1 khas utk gi kerja.
  2. jam tgn ~ kekok rasanya kalau terlupa pakai jam. asyik la nak tgk tgn yg kosong tanpa jam tu hu hu hu... sgt penting. memang la kat handphone ada jam, kat dinding ada jam, kat kereta ada jam... tak nak! nak jam tgn jugak .
  3. handphone ðŸ“± ~ kecuali bila mr.asben & anak-anak berada di sisi. selain dari waktu tu, memang tak boleh tanpa handphone! tiada sebab spesifik, memang tak boleh!
  4. beg make-up ~ tanpa ni terasa diri tak terurus. saya tak ler make up sgt pon. just foundation, compact powder, lip balm, celak... lain-lain aksesori dlm tu adalah perfume, deoderan, sikat, ketip kuku dan sbg nyer...
  5. purse ~ ni semua org kot kan. duit nyer, atm kad nyer, ic nyer, bonuslink kad nyer, jusco kad nyer, .... tak terkecuali resit-resit utk purchase 1-2 bulan ke belakang ha ha ha 😄.
  6. laptop ðŸ’» ~ bila kat ofis ada desktop. other than that, my beloved macbook. update blog ler kan. da nama nyer blogger separuh masa uolls.
  7. kereta ~ ni rasanya masih kategori things kan 🚗 hi hihi... utk gi keje. utk uruskan anak-anak. kalau takde, sememangnya akan jadik tak tentu arah! sebab tu la my beloved mr.asben takkan tangguh apa2 bila kereta2 kami problem.
  8. tenaga elektrik ~ hah ni satu lagi perkara terpenting yg saya tak boleh hidup tanpa nyer. hu hu hu mcm2 task nanti tak terlaksana! kalau kat umah, elektrik takde aje, memang byk perkara tergendala dan hidup pun jadi kurang ceria...
  9. air ~ sape yg suka kalau air takde??!! nak buang air susah. nak mandi susah. lelebih kalau ada 👶 memang tak keruan la si ibu nak melakukan aktiviti penyahtinjaan 😊.
  10. internet ~ ha ha ha ni keperluan zaman sekarang 📡. kalau ada handphone / laptop, tapi takde internet, zaman ni memang la tak brape nak sempurna. pertama, skang ni kalau bekerja, ofis da wajib ada satu grup wasap 📱. kalau ada cawangan, setiap cawangan satu lagi grup wasap masing2. then ada plak unit kecik dlm cawangan tu, lagi satu grup wasap. kalau ada apa2 edaran surat, now akan masuk grup wasap dulu. surat fizikal sampai ke tgn selepas beberapa hari. then apa2 makluman tergempar, inform dlm grup wasap. hmmmm kalu la tetiba satu hari tu data kita abis, and kita tak sempat nak top up ke hape ke, memang kelam-kabut la! lom lagi grup wasap famili, sekolah rendah, sekolah menengah, coursemate di U, kalau plak kat U tu kita ada any other social groups, tiap satu tu pasti nak ada grup wasap. grup wasap jiran, grup tuisyen anak, grup mengaji anak.... hu hu hu skang ni tadika pun da create grup wasap utk parents tau. semua makluman kat situ dah skang... imagine ler kalau takde internet??? then, kalau bisnes online, lagi la perlu itu internet. blogger apatah lagi 💻.

hah... settle 10 things I can't live without.
yg mana saya terfikir sekarang ni la. kalau nak diikutkan, byk lagi.
tapi tu la yg utama yg mampu saya ingat demi nak hasilkan entri ni.

apapun, dlm hidup ni kena bersederhana aje. jgn krn takde itu, takde ini, kita jadik tak tentu hala.
hidup dgn 'tiada'. kenang org yg tiada apa yg kita ada. then, kita akan realize, untungnya kita.
bersenang-lenang ni sebeno nyer membawa kpd kealpaan.
"so, aida, jgn bersenang sgt ekk!"
hi hi ok bye uolls...
kalau sesape buat entry tajuk ni, share link tau, saya nak baca :)

Photobucket