assalamualaikum....

salam pagi isnin. cuaca di seremban2 pagi ni amat indah uolls.
aman damai cerah... kalau nak berjalan-jalan ke mana-mana, memang sesuai lah ni.
malangnya, masih lom start coti sekolah ekk uolls.
next week 😄.

pagi ni, nak share pasal makanan.
satu makanan yang saya try hanya beberapa bulan sebelum saya genap umur 38 thn ari tu.
sushi 🍣.
ofismet tersayang sorang tu, time ofis buat majlis makan-makan utk aidilfitri, dia buat sushi. OMG!
kagum sekejap time dia dtg ke pantri and bukak tupperware dia. sushi 🍣!
saya kuatkan semangat utk try time tu. sebab kebetulan ofismet yg buat kan ~ reliable 😁.
sedap. sedap. sedap! satu rasa yang sgt lain...
makanan yang sekian lama saya elak utk dimakan. ari tu saya rasa dan saya rasa lega...
saya makan dan makan dan makan sesuka hati hari tu. alhamdulillah... tq Mazlin 💓. sedap!

"A Japanese dish consisting of small balls or rolls of vinegar-flavoured cold cooked rice served with a garnish of raw fish, vebetables or egg."

"Sushi is a type of food preparation originating in Japan, consisting of cooked vinegared rice combined with other ingredients such as seafood, meat, vegetables and sometimes tropical fruits."

pek sushi yg dibeli kat jusco ~ dimakan dgn nurin & syuhada.
tak brape berani nak masuk sushi king. tak reti lah 😃.

punyer la happy sebab sukses makan sushi.
tak byk makanan dlm dunia ni yg saya tak makan tau uolls.
so bila tak pernah cuba makan sushi, terasa mcm tak complete la life ni.
then, ada la ofisment ajak gi makan kat sushi king, takde free lagi until today hu hu hu...

nak dijadikan cerita, nurin & syuhada memang pernah makan sushi and diorang suka.
time tu diorang ke kidzania, dgn biras saya, and time tu masih ada lagi sushi king kat kidzania.
buat sendiri and makan ler kan.

ok la... nice sebeno nyer sushi ni ekk.
bila kita makan tu, dlm mulut kita dia ada pelbagai rasa.
dari pulut nyer tu, and ada yg letak mayonis... seaweed... lain-lain tu... hmmm... nice!
so far saya x rasa lagi yg ada few item yg mentah. tak terbuka hati lagi hi hi hi...

okeh la... tu jer celoteh kosong pagi ni.
uolls suka sushi? uolls pernah buat sushi sendiri?
bye !

Photobucket