bersiaran di pagi rabu.
ari ni saya ada pemandangan keje baru di tempat keje baru. alhamdulillah.
dlm keje saya ni, berhijrah tu memang da wajib. dekat? jauh? kena terima.
saya yg menurut perintah (s.y.m.p) gitu 👌.
moga sentiasa keje2 kita ni seharian dipermudahkan oleh Allah hendak nyer.
nak citer kisah makan-makan di melaka.
nak update la skit, mana la tau later frens semua nak cuba sesuatu yg baru di melaka.
ni ada satu suggestion...
Mee Kg. Pek 👍
ni kami order utk 4 org makan.
sampai je kat meja, melihatkannya, memang tak sabo nak makan!
tapi, harap maaf ~ ibu mau amik gambo dulu ye 😃.
mee Kg. Pek ni asal nyer dari Kelantan.
di Kelantan kata nyer, glamer mee Kg. Pek ni.
sedap ker???
saya bagi 5 ★. da order kali pertama, kami order lagi kali kedua, utk 3 org makan.
habis licin mangkuk2 yg ada tau 😋.
berasaskan mee kuning & skit kuew teow. ada udang, daging & ayam.
sayuran... telur. kuahnya rasa seakan-akan mee hailam (tapi tak berkicap) dan mee bandung (cuma takde udang kering).
jelas rasa sos tomato. kuah yg tak cair, pekat... hingga ke titisan terakhir terasa kesedapannya !
nampak tu senyuman si bujang ?
hmmmm jap je dok diam minum air ni. selebih nyer merayap seluruh kedai...
lokasi kedai ni kat Bukit Baru, Kg. Bukit Pulai.
org melaka familiar kot jalan baru antara Bukit Baru & simpang empat Duyung Bukit Katil.
on the way from Bukit Baru, korang peratikan kedai ni di sebelah kanan.
sebelah kiri (exactly depan kedai mee Kg. Pek ni) ada satu kedai used car ~Wan Car Motor.
di situ la... rasa la ekk mee Kg. Pek ni. kita kan 1Malaysia.
da tak susah pun nak rasa makanan negeri lain, kat mana2 dah ada. alhamdulillah.
nanti kalau ke kelantan, nak cari kedai original Mee ni ~di Kg. Pek, Kelantan ler...
till then, have a nice day uolls... bye!
11 Comments
dekat dah tu dengan kampung sy..huhu..tp tak perasan plak selama ni..nmpk sedap tuu
ReplyDeletekalau dr bukit katil lepas simpang 4 tu ke?
ReplyDeletekalau dari bkt katil, sampai simpang empat duyung tu, masuk kanan je liyana.
Deletekalau ke kiri kan kita ke duyung, kan?
kedai nyer kecik jer tau.
perhatikan kedai used car di seberang nyer tu :)
ala..nape xtau kat melaka ada kedai ni..hehehe...balik melaka nanti nak cuba la..
ReplyDeletekg. pek tu kawasan sekolah saya dulu..:)
ReplyDeleteeh memang wujud ekk?
Deletemarveles. betol la ekk ni asal dari situ?
yuhuu aida..lama tak tinggal jejak di sini. wah nampak menarik makanannya..boleh cuba nanti...
ReplyDeleteiye la kan.
Deleteorg tu asyik holiday ajer :)
ha ha ha...
Wah!! Ada tempat makan baru.. Kalau ke Melaka bolehlah cuba..
ReplyDeleteassalamualaikum Aida...nampak mcm sedap jer ni...kedainya kat mana ni yer aida...;)
ReplyDeleteboleh try lepas ni
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.