assalamualaikum...
kat luar tu, cuaca da mendung. kalau sejam yg lepas, panas terik!
awan pun berkepul-kepul merapat... kalau hujan jap lg, alhamdulillah.
tumbuh-tumbuhan tu hah da kehausan!
ptg yg amat mengantuk ni, kasik up la satu citer simple.
ada satu hari tu (kisah throwback), saya buat ayam panggang.
then mcm boring la plak, asyik ayam panggang aje kan.
so fikir punyer fikir, buka buku resepi (berlambak buku resepi) ~ lalu la kat page ayam percik.
yeszaaaa... buat ayam percik lah 😋.
ayam yg dipanggang dlm oven butterfly tersayang...
mudah aje.
mula2 just prepare kat bahan utama dan blend halus :
- bwg merah 5 biji
- bwg putih 3 ulas
- cili kering dlm 10 tangkai
- halia 1 inci
- kunyit hidup 1 inci
pastu ketuk serai 4-5 btg.
amik skit bahan blend & 2 btg serai, kita lumurkan kat ayam & as always perap la 1-2 jam ikut kesesuaian masa.
pastu panggang.
... siap !
then, baki bahan2 blend tu, kita campurkan dgn santan 1 kotak. blend skit lagi agar sebati!
saya guna santan kotak aje. payah la nak carik santai perah tu 😂.
blend kasik mesra. ok siap. so get ready la utk masak kuah percik ye uolls.
- tumis kan serai 3 btg dgn skit minyak ekk...
- then curah semua kuah yg da blend mesra tadi.
- kacau and kacau and kacau.
- campakkan (ganas nyer !) 1-2 keping asam keping, perisa kan dgn gula & garam ye.
masak hingga rasa2 da masak la 👌.
ayam panggang yg da lencun disiram kuah percik...
makan aje dgn nasi putih panas2.
anak2 saya buh la kicap skit... diorang tu memang queen of kicap!
jadik la lauk dinner yg simple.
boleh la kot mlm ni, mana2 frens yg xde idea nak masak pe kan ~ buat la ayam percik.
mlm ni saya da ada idea da. 5 keping ikan tenggiri sudah standby dlm fridge.
bye uolls...
13 Comments
Allahuakbar.. sedapnyeee... kena cuba nanti.. Bakar ayam tu brp suhu? hehehe
ReplyDeleteaida standard guna 180'c, lea.
Deleteapi atas bawah.
huiii..yummy nya..:)
ReplyDeleteOk i dh tergoda..sabar jer la...
ReplyDeleteokay, ayam percik ni memang fav!
ReplyDeleteKerja Dari Rumah dengan iLancee
menariks ni..leh try nanti. lepas rindu makanan malaysia...
ReplyDeletemakan puas2 makanan thai, mummy_ayu.
Deletemakanan sana sesedap gak :)
fullamak. tergugat keimanan ni
ReplyDeletesaya tak penah masak ayam gini
nak buat takut takde yang makan...haha
sib baik la anak2 aida bertiga tu, YY, makan pe je yg aida buat tau.
Deleteif not, payah jugak :)
Kecur weyh air liur pepagi ni tengok ayam percik. Akak kalau buat, selain dpd buh rempah Aida tu akak selalu buh jintan manis , jintan putih, ketumbar sikit Aida
ReplyDeleteaduhaiii..terliur tengokk
ReplyDeleteSedap dan mudah nie.. Sha bookmark dulu.. nanti dah ada cukup bahan bolehlah buat..
ReplyDeletebest ni.
Deleteresepi tu boleh ubah ikot citarasa :)
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.