(2:30 petang)
assalamualaikum sahabat 😄

ari ni nak share satu tips.
shared dlm grup PASTI izzat. something good.
da masuk minggu kedua izzat (dan anak2 seluruhnya) ke tadika.
and sehingga la pagi tadi, masih ada lagi anak solehah yg menangis tak nak masuk tadika.
aduhai syg... muka parents menampakkan kerisauan bila anta anak gitu.
saya pernah alami nya. so saya faham.

izzat ok. tiada masalah sejak hari pertama. mungkin ni thn kedua dia ke tadika (5 thn).
so dia da biasa, meskipun tukar tadika baru.

before share tips, saya share dulu gambo hari pertama di minggu kedua izzat & friends di tadika.
minggu ni da start blaja. last week minggu suai kenal aje.

Tips : Seminggu ke Sekolah Anak Masih Menangis???

Tips : Seminggu ke Sekolah Anak Masih Menangis???

Tips : Seminggu ke Sekolah Anak Masih Menangis???
izzat = kopiah ada love merah tu


🌷Tips mengatasi anak tidak mahu ke sekolah🌷
😁Dedahkan anak2 dengan sekolah baru mereka (masih blm terlambat jika ingin dedahkan sekarang)
😄Ibu bapa perlu cekal menghantar anak2 ke sekolah (biasanya ibu akan lebih beremosi)
😊Cuba berfikiran positif ketika menghantar anak ke sekolah (beri kepercayan kepada cikgu untuk mendidik)
😉PASTIKAN tidak lewat mengambil anak2 pulang
☺Beri ganjaran kepada anak2 (reward yg tidak melampau yer...)
😍Melakukan aktiviti bersama (buat kerja rumah/ulangkaji/ tanya aktiviti d sekolah)
😁Berkongsi pengalaman anda dengan anak2 ketika hari pertama anda ke sekolah
😇Sebagai ibu bapa banyakkan berdoa untuk kesejahteraan anak...

**semoga tips ini dapat membantu anda dlm menangani masalah anak2**

Cik Mahani Hassan
Kaunselor Berdaftar
Sriti An Najah



Photobucket