assalamualaikum...
ptg ni saya nak share tips yg saya perolehi dari guru tuisyen anak-anak saya.
terasa penting utk di share.
moga ilmu ini dipanjangkan kepada semua 😊.
"Ibu bapa yang nak ajar anak bahasa Inggeris boleh guna dua teknik yang amat mudah tapi berkesan.
1. Vocabulary spelling
Bagi 10 perkataan untuk anak baca. Paling cantik bagi perkataan mengikut kumpulan adjective, verb, noun etc.
Buat aktiviti ujian. Ibu bapa sebut dan anak mengeja.
Semak ejaan anak dan suruh anak buat correction.
2. Dictation
Bagi sau perenggan samada fakta atau cerita untuk anak baca dan fahamkan. Untuk murid sekolah rendah berikan lebih penekanan terhadap cerita.
Buat aktiviti dictation. Ibu bapa baca cerita dan anak tulis.
Semak perenggan anak dan suruh buat correction.
Dictation ni memang sangat bagus untuk belajar ejaan, capitalization, punctuation, phrase dan grammar.
Lepas ni boleh sama-sama ajar anak di rumah. 15 minit pun dah cukup untuk buat aktiviti mudah ini."
itu lah dia... pada saya ini nampak simple. tapi kena istiqomah (reminder utk saya!).
especially bab dictation tu. and this is sgt menjadik tau.
teringat satu kisah member. dia share tips kenapa anak bangsa cina sgt cemerlang dlm penulisan bahasa melayu.
mereka membaca dan menghafal.
mereka beli buku compilation karangan bahasa melayu ~ baca, hafal, tulis semula tanpa melihat... saya kagum!
and alhamdulillah, style mengajar cikgu tuisyen anak2 saya membuat perkara yg sama.
belajar daripada menghafal sample essays. Rewrite it back. Then buat essay sendiri.
saya homeschool skit-skit kat rumah...
di bawah ni salah satu contoh kerja di tuisyen yg saya semak semula.
sample essay yg diberikan...
anak saya buat semula essay dia sendiri berdasarkan sample essay di atas.
kesalahan semua diwajibkan buat correction.
so, jom amalkan tips ni.
13 Comments
insya allah..akan diingat dan diterapkan..thanks untuk tips ni
ReplyDeleteBtul kak Aida, yang penting kena beristiqamah nak ajar anak-anak.. =)
ReplyDeletetips yang bagus, cuma itulah maknye ni kena cari masa yang sesuai untuk buat aktiviti nih
ReplyDeletegood tips untuk anak-anak sekolah rendah ...
ReplyDeleteYeay ! Sronok kak klau bleh aja ank kita ;) Kita pun tumpang bangga klau dia brjya. Lagi satu, memang parents kena didik ank. Tk leh hrpkan ckgu :) Btoi tk
ReplyDeleteI think these tips work for the secondary school students too!
ReplyDeleteI follow your blog here. No 956. Do check out my blog when you are free.
Yup totally agree.. even, we can still learning together with them right.. tak boleh nak cakap kita ni perfect english hiii..
ReplyDeleteIni memang terbaik! Bolehlah Mommy Firash rujuk kat suni!
ReplyDeleteMenarik tips2 ni.
ReplyDeleteSalam kenal, sis.
nice tips
ReplyDeletePerkongsian yang bagus.. thanks Aida..
ReplyDeleteSelalu jugak pesan dengan anak anak gitu Aida. Baca, tulis balik dan ingat. Tapi biasalah anak anak ni. Sekali kita suruh, sekali tu ajelah buatnya...Nak mendidik anak anak ni kena banyak sabar.
ReplyDeleteNice tips.. Xreti nak belajar bahasa english gak ni anak saudara duk suruh ajar hahahaha
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.