(11.32 pagi)
assalamualaikum...
salam dihulur di pagi jumaat nan indah.
alhamdulillah.
berhari-hari tidak update blog. cuti rehat di rumah selama 4 hari 😎.
menyelesaikan beberapa urusan peribadi dan misi menghabiskan cuti rehat yg byk!
cuti rehat bukan hak kita. tapi once da approved by bosses, yahoooo...
now tgh plan utk cuti lagi on 2-3.5.2017 depan. ntah approve, ntah tak hi hi hi...
and pagi ni, selesai dah jumpa big bos lapor itu lapor ini...
tapi tu la, hati meronta-ronta nak update blog hi hi hi 😂.
baru la ni hah berkesempatan... mari kita amik few minutes blogging.
nak citer pasal izzat yg ensem.
kisah nyer, mlm tadi lepas maghrib ke nagoya, beli aksesori langsir rumah Nuri.
bwk la anak-anak bertiga ni... begitu begini tiba rumah sekitar jam 10 mlm.
selamat dah tapaw kan anak-anak bertiga ni makan malam.
mr.asben tak bersama kami mlm tadi, maka... memang saya ngelak la nak makan kat kedai.
sampai rumah jam 10 mlm tu, kam makan dulu.
then relax, sambil tgk last episod cik serba tahu 😊😊😊.
begitu begini, izzat abis makan (dia berkeras nak makan sendiri) kul 11.15 mlm uolls!
just imagine, kul 11.20 mlm (hampir tgh mlm!!!) baru start buat...
nampak tak kesungguhan izzat di situ. aduhai... muncung tu hah bleh ikat reben 😃.
keje rumah jawi ~ muka surat 6 - 10. at first saya dgr 5 mukasurat, hadoi... jenuh ni!
tapi... skit-skit aje rupanya di setiap mukasurat...
alhamdulillah... izzat bersemangat nak buat homework meskipun mata dia da nak terlelap.
"ibu, cigu kata, kene buat omwek. buat shendiri. kakak tak bleh. ibu tak bleh."
memang la. izzat kena buat sendiri, baru la izzat pandai.
"ibu, kene buat omwek. kalau tak buat, nanti cigu baling buku shaye."
iye ke? byk kali ke buku izzat kena baling dgn cikgu?
"tak la. ijat kate aje. cigu ijat baik."
hmmmm 😐.
sebelum ni memang agak payah skit utk izzat buat homework. dia kurang minat.
dia nak buat sesuka hati dia aje. tak nak ikut arahan... but now, alhamdulillah...
and cara izzat pegang pensel pun da perfect. takde la pensel tu ke hulu ke hilir hi hi hi...
bila da abis je homework, saya suruh la izzat sendiri masukkan buku ke dlm beg.
"ibu, ijat da shiap omwek. eshok ijat pegi skola, cigu kata ijat bagus ijat pandai."
dgn gaya bangga 😍😍😍. aduhai... ok je la...
anak-anak ni bukan nyer apa, diorang lebih takut kan cikgu dari ibu ayah nyer sendiri.
apa aje cikgu cakap, memang diorang dgr lah. gerenti lah 👌.
pada saya, ok kot if kita galakkan dia siapkan homework utk buat cikgu tak marah.
dlm masa yg sama, kita ajar dia. bacaan ke, tulisan ke, ...
dgn peringkat umur izzat yg baru nak masuk 5 thn, kalau kita nak explain secara detail kenapa nak kena buat homework, ntah dia faham ntah kan tidak...
so, homework tak siap = cikgu marah!
and yes it works 👍. later bila dia da matang skit, baru la tukar pendekatan.
time nurin & syuhada dulu kala, diorang minat buat homework. tak payah disuruh pun.
ini yg bongsu, boy plak tu... manja nyer bertong-tong hmmmm 😃.
2 keping gambo izzat ptg semlm. ikot ibu gi amik kakak-kakak balik skola agama ✌.
... ok bye for now uolls. citer ijat da abis!

5 Comments
hihihi budak-budak gitu la... selalu xde upah tak nak tolong la... tak puji taknak buat la.. mcm2 perangai kan..
ReplyDeletePsikologi..pujian itu psikologi juga...cara tarik minat dan hargai pelajar...alhamdulillah...Izzat...Izzat..geram je tau...khusyuk buat kerja sekolah..hihi..
ReplyDeleteseronok anak2 buat homework kalau cikgu pandai ambil hati, dapat 5 bintang dan 2 biji gula2 pun dah cukup buat anak2 senyum
ReplyDeleteBijaknya Izzat..
ReplyDeletecute la si ijat ...
ReplyDeletegigih siapkan homework, gudboy ijat :)
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.