(10.53 pagi)
assalamualaikum...
pagi ni... melaka hujan sejak sebelum subuh. sejoks! tapi now da stop hujan la...
cuaca pun dari pagi, lambat cerahnya... langit dilitupi awan tebal. now baru nampak sang mentari menyinar...
😀😀😀 weekend ni panjang, bakal lajak ke isnin.
memang syok la. kami ada plan dah utk 3 hari ni in shaa Allah...
cuti-cuti gak. nurin ke hulu ke hilir saya da arahkan dia bwk bekal buku latihan UPSR in shaa Allah.
da nak abis april. ibu sudah gabra ni kakak oii 😁.
biasa la... entry throwback yg bakal penuh dgn gambar uolls.
kiranya ni sambungan dari ENTRY ni... part 2 utk jalan-jalan di perak 😎.
kami stay sini 2 mlm... alhamdulillah...
bertahun tau simpan mimpi nak ke sini. tapi tu la, tiap kali holiday ke tempat lain.
cuti mac ari tu, sukses la ke sini. "puas hati aku!"
digembar-gemburkan dgn kecantikan resort ni... tu yg teringin uolls...
swiss garden beach resort damai laut ni memang agak jauh dari jeti pulau pangkor.
lebih kurang 30 minit kot... drive santai-santai la...
nak masuk ke dlm pun dari main road amat la jauh. makan masa 10-20 minit jugak tau baru la sampai kat pintu masuk resort.
but do not worry lah... pending nak sampai tu, kita disajikan dgn pemandangan yg amat cantik.
nature... semulajadi... laut... pokok...
kami sampai sini, from cameron highlands, jam 4.30 ptg.
and time tu, sgt ramai nak cek in... siap amik nombor lagi tau.
dlm jam 5.30 baru dpt kunci bilik.
bilik kami amat cantik...
view sisi... dpt la dengar hempasan ombak ke pantai... kicauan burung.
mlm pertama kami di lumut, perak... biasa-biasa aje.
kami dinner di satu kedai seafood. disebabkan tak menarik, saya tak share la kat sini.
bagi saya, makan seafood di mana-mana dlm negeri Melaka lagi sedap... dan murah!
mahal nyer la kalau nak dikira kami dinner mlm tu.
tapi takpe... nak nama nyer jalan-jalan tempat org kan, releks jer la.
pepagi esok nyer tu... kami sekeluarga breakfast di hotel.
tips yg diberikan dari front desk ~ before ke cafe, dtg front desk utk dptkan voucher yg lebih murah.
kalau di cafe harga nyer RM40+ (tak ingat plak!).
but di front desk, saya beli voucher tu RM15 je. which is ok la... berbaloi la dgn pe pe yg nurin & syuhada makan 👍.
dua-dua pagi kami breakfast di hotel. and makanan nyer mcm2 uolls. menarik.
hingga tak tau dah nak makan apa. biasa la menu breakfast ~ nasi lemak / nasi goreng / kue teow goreng.
then ada pelbagai roti / kuih-muih / bubur nasi / mee sup. ada juga menu western ~ sosej / redbean / mash potato yg sedap giler / nugget.
ada jugak roti jala / roti canai / mcm2 jenis telur korang nak, separuh masak, telur mata, etc...
breakfast pun tepi aje dgn swimming pool uolls, memang la izzat meronta-ronta nak swim.
tak sedang duduk kami. tak brape releks la nak makan-makan...
then, memang dari cafe jugak, boleh nampak laut terbentang luas...
terus ke pantai... cuaca memang best!
nampak tak itu izzat yg over excited. hingga kan makan pun tak nak tadi kat cafe...
best! mcm2 aktiviti ada ye uolls...
ada ticketing kaunter.
if nak sewa apa pun aktiviti di pantai, gi la kat kaunter tu.
kaki pancing?
batang pancing & umpan ada disediakan...
semua tu bot utk island hopping & snorkeling...
ramai yg join. kami x join la kali ni...
island hopping sekitar Pangkor Laut, Teluk Segadas... then snorkeling di Teluk Nipah and bagi makan ikan.
time nyer start 9 pagi hingga 12.30 tghari ye. minima 4 dewasa sekali pegi tu...
RM90 dewasa (13 thn ke atas) dan RM50 kanak-kanak (6-12 thn).
ni lah pertama kali nyer, anak bujang saya tu bermesra dgn ombak lautan.
sebelum-sebelum ni dia takkan nak dekat dgn air laut uolls. penakot !!!
melalak-lalak... ha ha ha...
alhamdulillah kali ni dia sgt enjoy bergolek-golek bersama ombak. just masih takot nak ke tgh skit lagi la.
but ok la... skit skit la kan.
matahari dah terik, kami naik balik ke resort...
nak lepak swimming pool plak kejap.
tu hah muhammad izzat sedang happy !
swimming pool luas... happy la anak-anak semua bermain.
bersih... pastu kehijauan pokok sekeliling memang sgt-sgt bagi feel holiday tau. perfect!
angin laut... boleh dgr bunyi ombak hempas pantai... terbaik lah.
lepas sessi mandi-manda ni, kami ke lumut ~ jeti pulau pangkor.
nak gi cari ikan bilis mata biru 💙💙💙.
8 Comments
memang cantik kawasan nih, lain kali kena pergi nih
ReplyDeleteHaritu ada nampak youtuber share dia pergi dekat sini juga lah.
ReplyDeleteBaru-baru ni juga, kot2 akak terserempak dengan dia dekat sana haha.
Memang menarik tengok video dia. Baca review akak ni pun sama ja dengan review youtuber tu hehe. Seronok lah bercuti :)
Memang cantik. Saya belum sampai ke situ lagi.
ReplyDeleteBest best best..
ReplyDeleteBest best best..
ReplyDeleteCantiknya
ReplyDeletememang cantiklah dekat sini
ReplyDeleteMemang Nampak cantiklah. Saya pun belum pernah sampai lagi ke resort ni. Lain kali bolehlah plan ke sini pulak.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.