assalamualaikum sahabat 😍.
1-2 hari lepas, pagi-pagi sebelum subuh, hujan... nyaman... alhamdulillah.
pagi ni pun, lencun bumi diterjah hujan seawal jam 5.30 pagi.
kalau la tak keje, mahu nyer lepas solat subuh tu tarik selimut semula hi hi hi....
subuh ahad yg baru lepas, dikejutkan dgn berita kematian sorang rakan ofis.
kemalangan jalanraya...detail nyer di akhbar sinar harian.
saya baru kenal dgn arwah, dari 27.12.2016 saya transfer balik ke melaka la ari tu.
but hari ahad lepas juga, baru saya tahu bhw sewaktu saya baru masuk keje di seremban 2015 ari tu, arwah sepejabat dgn saya. memang saya x perasan, aduhai...
he was a nice guy. tak byk ckp. apa diarahkan, buat tanpa bwk soal...
few times bawa & assist saya di mahkamah.
arwah meninggalkan seorang isteri & 3 org anak (sulung baru berusia 7 thn, 4 thn & setahun).
alhamdulillah... daripada hospital, ke rumah arwah dan hingga ke tanah perkuburan, anggota kami (sahabat-handai arwah) mengiringi jenazah, penuh rasa hormat.
semua selesai dgn cepat dan sempurna, dgn izin Allah.
pagi isnin ari tu, saya masuk ofis, spt biasa akan lalu di meja arwah, terlihat gambar nyer di sudut meja...
Allahu Akbar... sesungguhnya ajal maut itu memang dtg tiada alamat. sayu rasa hati.
pagi isnin, kami mengadakan tahlil kecil di ofis 'hadiah' utk arwah...
di sebelah tghari pulak, kami beramai-ramai ke rumah arwah, tahlil di sana.
aduhai 😭😭😭😭. melangkah masuk rumah arwah, terpandang anak2 yg masih kecil. merentap btol lah hati saya! sebak...
yg sulung & yg kedua tu, relax atas sofa, main kereta mainan.
anak-anak arwah ketiga-tiga nyer lelaki. yg kedua tu sgt mirip ayahnya. sebijik!
yg kecik tu, di pangku ibu, disuapkan roti secebis demi secebis.
si ibu kelihatan letih yg sgt dan sugul. tetap kuat utk suap si kecik roti, sesuap demi sesuap.
diperhatikan, sesekali si ibu lap air mata yg mengalir di pipi...
yg kecik tu masih blom pandai jalan... nampak kami, dia meronta gembira. gelak kecil.
sewaktu doa dibacakan, saya dah tak dpt tahan kesedihan dah... berjujuran air mata kuar mcm tangki air pecah.
di ofis pun, kami masih lg tak dpt tahan sedih if tetiba terkenangkan arwah...
al-fatihah buat arwah dibacakan sebagai ganti hati yg sedih.
"bersemadilah awak, Saad, dgn tenang. moga ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..."
sempena kedtgan ramadhan, in shaa Allah dipanjangkan umur kita semua, sabtu ni... saya nak wish Selamat Berpuasa.
da masa dah kita ubah diri dan sesuaikan diri utk Ramadhan yg da sgt dekat.
aktiviti harian da kena ubah... bulan penuh barokah, bulan ibadah...
sesungguhnya ajal & maut tu di tgn Allah.
ari ni kita bersama, esok hari belum tentu dpt bersua.
saya pohon maaf ye. kiranya ada coretan saya kat blog ni yg buat sesiapa terguris.
😊😊😊
10 Comments
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ.
ReplyDeleteبِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Salam takziah...
al fatihah . smoga roh arwah di tempatkn dikalangan org2 beriman..amin ya rabb
ReplyDeletePC yang baca ni pun sebak...lebih-kebih bila kenangkan anak-anak tu..subhanAllah..ramadhan dah dekat..betullah..ajal itu sangat rahsia..Al Fatihah.
ReplyDeleteAl fatihah..
ReplyDeleteSemoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi..
Selamat berpuasa buat Aida sekeluarga..
Sedihnya baca. Takut bila pikir kita bila2 masa akan mati kan. Tp lebih takut amalan sgt lah sedikit. :(
ReplyDeleteinnalillahiwainnailhirojiun...moga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh
ReplyDeleteAlfatihah!
ReplyDeleteAjal maut tu bukan kita tahu bila datangnya. Kalau tahu pun belum tentu sempat bersedia. Diberi puluhan tahun pun kita masih tak bersedia lagi...
Sedih bila terpaksa mengharungi situasi macam ni. Itu pun kita sebagai pemerhati. Kaum keluarga yang ditinggalkan, entah tak tahu macamana berkecamuknya rasa hati. Lagi-lagi kalau tengok anak-anak yang masih kecil dan tak tahu apa-apa!
Innalillahiwainnailaihirojiun.. Al-fatihah untuk arwah. Sedihnya baca. Dengan anak2 yang kecil lagi. Smoga isteri arwah tabah.
ReplyDeleteAlfatihah buat arwah..
ReplyDeleteAjal maut datang tak akan terlewat walau sesaat..
ReplyDeleteTakziah buat keluarga arwah..
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.