assalamualaikum & salam sejahtera...
9 Ramadhan 1441. PKP di Malaysia hari ke 46. harap betul la kiraan saya ni 😅.
mcm2 hal sejak 2-3 hari ni kan. aneka isu. aneka berita hangat.
ntah la. malas nak fikir. malas dah nak amik pusing. follow je la apa yg bakal kerajaan laksanakan.
kebetulan, office saya dah confirm bhw kami masih lagi work from home sehingga 12 mei 2020 nanti.
follow tempoh PKP fasa 4.
saya pernah memasang impian untuk solat terawikh penuh thn ni. nak bwk anak-anak bertiga ke surau / masjid. merasa sama-sama kemeriahan moreh di surau / masjid. best kan suasana tu.
sejak melahirkan kak Nurin pada tahun 2005 hingga la thn lepas 2019, saya tak pernah dpt solat terawikh penuh setiap hari.
anak-anak kecik. mr.asben sorang je spent time ke surau / masjid utk tunaikan solat terawikh setiap tahun.
apakan daya, thn ni, Ramadhan pun tak dpt nak solat terawikh di surau / masjid. PKP dek kerana pandemik covid-19.
sedih sayu tak dpt nak ke surau sebenarnya...
maka, ikut saranan kerajaan, kami laksanakan solat sunat terawikh di rumah saje.
solat terawikh ni ialah solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu isyak dan sunat ba'diah 2 rakaat.
waktu tunaikan solat terawikh ni waktunya berpanjangan sehingga ke akhir malam.
jika ada anak kecil (bayi / kanak-kanak), ayah boleh tunaikan solat sunat terawikh dulu, kemudian diikuti oleh ibu la pula kan.
cara solat terawikh :-
Niatnya :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat terawikh dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
bilangan rakaat buatlah yang termampu. paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawikh bersama dgn 3 solat sunat witir. ia ditunaikan 2 rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram dan satu salam.
witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.
pada zaman Rasullullah s.a.w, solat sunat terawikh dikerjakan sebanyak 8 rakaat saje supaya tidak menimbulkan keberatan.
apa yang wajib adalah surah al-Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.
segala bacaan di luar solat, seperti selawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat terawikh, tetapi hanya selingan antara solat.
tiada larangan untuk berselawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik.
dan ia tidak menjejaskan solat terawikh jika ditinggalkan.
saya kongsikan bacaan-bacaan di luar solat, selingan antara solat, Panduan Solat Sunat Terawikh yg dikongsikan oleh JAKIM. mudah utk diikuti.
solat sunat witir pula adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
hukum solat witir adalah sunat muakkad.
jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
sebaik sahaja tamat tunaikan solat sunat terawikh, kita terus proceed dgn solat sunat witir pula.
jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain.
niat solat sunat witir dua rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"
niat solat sunat witir satu rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"
doa solat witir :
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."
in shaa Allah...
sesungguhnya sgt teringin nak ke surau / masjid, bawa anak2 merasai keindahan berjemaah.
moga tahun depan, dipanjangkan umur dan dpt merasai keseronokan berjemaah di surau / masjid.
sejarahnya, sebenarnya, saya pernah ke surau. masa tu nurin 6 thn & syuhada 4 thn.
belum sampai ke solat terawikh lagi tau uolls, time tu sedang solat isyak.
dua anak bertuah tu dah bikin havoc. masuk dlm telekung. tarik telekung.
berborak 2 beradik, berborak mcm kat umah 😄. abis solat isyak, terus bwk diorang balik umah.
aduhai...
tak nak hingga ia ganggu solat jemaah yg lain, kan... hi hi hi...
ok tu aje sharing.
moga dpt la saya solat sunat terawikh penuh tahun ni, excited!!! moga diizinkan Allah...
moga perkongsian saya ni bermanfaat.

28 Comments
nice sharing,lepas ada anak ni memang tak dan nak ke masjid...
ReplyDeleteTeringin nak gi solat terawih kat masjid
ReplyDeleteterima kasih awaa.. kakak rasa tak dapat gak nak g terawih nih.. buat kat rumah jek la kan.. hee~
ReplyDeleteTerima kaaih atas perkongsian ni.. Golongan ibu2 yang ada anak kecik ni susah sikit nak solat terawikh kat surau/masjid.. Thanks sekali lagi
ReplyDeleteSaya juga ibu-ibu yang terpilih untuk solat taraweeh di rumah memandangkan bayi masih kecil. Baru masuk 2 bulan.
ReplyDeleteTerima kasih, Aida atas perkongsian. Saya pun sejak ada anak belum dapat merasa solat terawih di masjid. Saya ni lagilah, tak boleh kyusyuk solat kalau biarkan anak sendirian. Nanti anak ke mana, solat saya ke mana! Dah beberapa tahun ni saya buat di rumah aje.
ReplyDeleteBetul..kat umah pun boleh solat
ReplyDeleteterima kasih sudi kongsi sama-sama ilmu ni
ReplyDeletePerkongsian yang ohsem..
ReplyDeletenice sharing..dh lama tak solat kat masjid.rsanya terakhir masa time bljr dlu..dh ada anak..solat terawih rumahnya
ReplyDeletewalaupun sudah lebih seminggu kita berpuasa, panduan solat terawih ini masih boleh digunakan
ReplyDeleteSebenarnya solat tarawih di rumah ni cara cara melaksanakannya pun sama macam di masjid. Yang penting kita mesti sama-sama mengajar pahala. 👍🏼
ReplyDeleteTrma kasih atas prkongsian yg sgt baik nie..smoga mndapat manfaat untuk semua..slamat berterawih sis..
ReplyDeletegood sharing. syabdu je terawih tahun ni. pmp berseorangan. solat pun sorang2. tapi nikmatnya dan syukur masih dalat bersolat
ReplyDeleteSemoga segala amal ibadat kita diterima Allah. Sharing yg bagus utk mrk yg nk belajar tarawikh.
ReplyDeleteSaya sejak ade anak kevik memg sush nak ke surau buat terawih.. Bila pkp ni alhamdulilkah dpt buat terawih berjemaah.. Bukan sush kan terawih dekat rumah ni.. Bgus ade yang bago guide macam ni
ReplyDeleteTerima kasih share ya. Alhamdulillah ,tahun ni dapat berterawih di rumah bersama keluarga.
ReplyDeleteTErima kasih atas perkongsian. Perkingsian yang sangat bagus dan bermanfaat untuk semua
ReplyDeletePerkongsian yang bagus dan menarik untuk dijadikan panduan. Kalau sebelum ni terawih di masjid, kali ni berbeza. Terawih di rumah saja jadi ilmu ini sangat berguna dijadikan panduan.
ReplyDeleteAlhamdulilah, setakat ni dah merasa berjemaah bersama suami dan anak-anak, dan juga ada yang buat sendiri, maklumlaaa, bila dah banyak hari ni, memasing nak tido awal, so buat sendiri-sendiri aje semua lebih cepat...ada masa jemaah bersama juga..
ReplyDeleteTerima kasih di atas perkongsian. Mudah nak semak. Salam Ramadan dan stay safe.
ReplyDeleteTerima kasih sudi berkongsi. Kadang ada yang terlupa juga. Sekarang dah boleh dijadikan panduan insyaAllah
ReplyDeletePanduan yang bagus dari JAKIM. Peranan suami menjadi imam ni amat penting. Barulah keluarga harmoni dan happy.
ReplyDeleteSeronok sebenarnya solat terawih di rumah. Lepas solat, terus ke dapur- moreh time!!
ReplyDeleteInsyaAllah, terima kasih sharing cara terawih di rumah ni. Dah lebih seminggu berpuasa, setakat ni saya boleh miss lagi terawih. Alhamdulillah
ReplyDeleteThanks kak share ni. Boleh la kita terawih kt umah dgn tenang ikut panduan ni. Alhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah. terima kasih atas perkongsian ilmu solat terawikh di rumah ni.
ReplyDeleteAamiin2 sis. Semoga kita semua dapat solat terawikh setiap hari
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.