(4.30 ptg)
assalamualaikum...
cantik tau cuaca di ayer keroh, melaka ari ni. alhamdulillah...
hujan tghari tadi... skit je lah utk membasahi bumi yg dari pagi agak panas.
perfect!
dari awal pagi, menyelesaikan satu kertas keje. perlukan konsentrasi sepenuhnya 😐.
sendirian dlm bilik... menaip dan menaip dan menaip... waktu lunch pun langgar aje.
ye la kan, mcm nak taip entry kat blog jugak, perlu masa nak carik perkataan yg sesuai.
ni kan plak perihal keje... lagi la double triple konsentrasi!!!
stop jap utk solat zuhur.
and now ati ada senang. sudah siap... tunggu plak azan asar dan mahu balik umah lepas solat 😃.
mau citer la... mlm semlm saya & mr.asben bwk anak-anak lepak food truck melaka mall.
cuaca pun orait. org pun tak ramai... alhamdulillah...
ari tu first time kami dtg, kurang truck. now da bertambah and menarik uolls.
ni anak-anak saya wefie bertiga.
time ni ibu ayah diorang busy membeli makanan 😍.
hah tu dia ibu kpd anak2 bertiga yg busy wefie ni.
berbaris menunggu char kuew teow 😄.
RM7.40 ~ char kuew teow kerang campur udang.
kalau tak nak campur pun boleh, udang atau kerang ~ RM6.40.
5 mangkuk kami beli. 5 mangkuk licin hokey. byk juga hidangan nyer semangkuk tu.
begini 👍👍👍👍👍.
bila harga mahal, tapi sedap... hati puas membayar nyer.
konsep melaka foodtruck park ni BELI, MAKAN, BUANG & DATANG LAGI.
memang kena bersihkan la meja lepas kita da abis makan.
which is a good konsep, saya suka... tong sampah pun disediakan di keliling kawasan.
nampak tak senyuman muhammad izzat ?
aduhai... skang ni senyuman nyer memang menggoda tau hi hi hi...
bila nak balik, baru saya terperasan anak truck asam pedas melaka.
sebelum tu tak perasan pun... sebab dlm fikiran da aim char kuew teow hi hi hi...
next time, boleh try. rasa-rasa... kalau sedap, boleh la promote 😍.

4 Comments
Sesekali layan selera tekak kat food truck pon best gak kan aida..
ReplyDeleteWow, favourite saya nie, char kuew teow.. slupp, terliur pulak tengoknya.. BTW, tahniah sebab nama akak tersenarai dalam carta special bloglist saya..
ReplyDeletehttp://starlavenderluna.blogspot.my/2017/05/top-commentor-april-mei-2017.html
Saya pernah sampai Food Truck di KL aje. Banyak jugalah pilihan. Orang pun boleh tahan ramai. So kalau nak makan di situ, memang kena makan dan gerak. Tak boleh nak berlama-lama santai sambil berborak.
ReplyDeleteLain kali kalau pergi Melaka, nak juga try Food Truck di sini pulak.
bagus lah ada food truck macam ni, char kuey teow dia pun nampak sedap sangat tu. konsep yang digunakan pun bagus, patutnya macam tu la dibuat lepas makan bersihkan dan buang, jadi takde lah sampah ditinggalkan diatas meja kan.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.