da ptg ni kan ?
boleh kot share lauk pauk.
moga dpt la kasik uolls idea pe nak dimasak berbuka nanti 😄.
al-kisah beberapa hari sebelum 1 ramadhan, dpt la kiriman 3 biji mangga harumanis dari perlis.
member perlis belanja, poslaju ke kami-kami di melaka. alhamdulillah.
manis.... sedap 👍. 3 biji dipotong-potong, dpt la sepinggan. 5 beranak berebut-rebut makan.
cantik rupa, cantik juga rasa nyer uolls...
1 ramadhan tiba, kami berbuka di umah mak mertua saya, seremban.
tapi tghari sabtu tu, saya masak kat umah dulu. lepas asar baru gerak balik seremban dgn lauk-pauk.
takde pe pun yg istimewa ~ asam pedas ikan pari & bendi dan sayur kubis goreng.
2 ramadhan di seremban, pun masak. takde pun menjengah ke bazar ramadhan lagi.
nanti-nanti lah kan.
tghari da start bersilat di dapur ~ ayam masak kicap, sambal sotong dan sayur kobis masak lemak putih.
3 ramadhan... berbuka di rumah sendiri la plak. alhamdulillah.
bila kat umah sendiri, mcm2 idea nak masak tu la, masak ni la... tapi sebab masa mencemburui kita, kita la simple ajer.
kebetulan saya da siap-siap beli barang basah utk 3-4 hari.
udang, ikan, sotong... siap siang dan cuci bersih. dok diam-diam dlm freezer 😄.
so, hari ketiga tu masak la ~ sambal ikan tenggiri, sotong kunyit sos tiram dan sayur petola & suhun.
semlm, 4 ramadhan. yahooooo masih maintain masak utk berbuka. alhamdulillah...
start bersilat kul 5.45 ptg. siap sedang elok jam 7 mlm tau...
so lauk nyer ~ sambal kentang goreng, kacang buncis goreng & udang, ikan cencaru panggang dan kicap cili padi.
semuanya dimasak sedang elok utk berbuka & sahur.
kami sekeluarga (ijat tak masok kira) bangun sahur.
brg basah kali ni memang agak mahal. aduhai.... nak membeli tu, memang merenung harga beberapa saat.
but, bila difikirkan masak utk 5 perut, kira-kira nyer berbaloi lah.
air tgn ibu kan hi hi hi.... sementara masih sihat & mampu ni hah nak memasak.
and sementara hantu malas lom jengah 😂 hi hi hi...
and memang setiap hari, memang wajib ada lauk warna merah tau ~ sambal.
my beloved mr.asben tak boleh makan if tiada sambal.
or any lauk yg berlada mcm asam pedas ke... and alhamdulillah anak-anak pun memang makan sambal.
izzat? king of pedas. kekadang kita tak cedok kan dia sambal, dia mintak sambal 😂.
ok bye uolls. selamat berbuka!

10 Comments
Selamat meneruskan ibadah Ramadhan, Aida.
ReplyDeleteMaaf lama tak menjengah. Aduhaiiii, terliur tengok lauk-pauk. Puas hati kan masak sendiri.
Allahu, seronok tengok menu-menu yang akak masak - meriah! I wish I had those skills. Husband saya pon suka makan dengan sambal or anything spicy. Lidah orang Negeri Sembilan, katanya.
ReplyDeleteSedapnya.. Banyak lauk kegemaran terutamanya sambal sotong tu..
ReplyDeleteSedapnyaaaaa semua masakan! Mujur lagi 15 mins nak berbuka. Takdelah terliur sangat. Hehe. Siqah first time makan mangga harum manis. Sedap dan manisnyaaaaa 😍
ReplyDeleteNasib baik perut dah kenyang time singgah sini 😁 Sebab semua gambar makanan tu menyelerakan
ReplyDeleteSedapnya harum manis. Ana br dpt ni 2 biji. Hehe.
ReplyDeleteSamalah puasa ke-3 baru buka di rumah sendiri.
Aaaa..sambal sotongggggggggg!
ReplyDeleteMasak sendiri lagi berbaloi dari beli kan..x tentu sedap pas tu confirm membazir
ReplyDeleteSemua menu amat menyelerakan, huhu habislah puasa saya... =)
ReplyDeleteMeriah menu Aida.. teruja Sha tengok.. idea untuk juadah sahur nie..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.