MELAKA : Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) sedang menguatkuasakan undang-undang di bawah Seksyen 71 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 bagi membendung perbuatan tidak sopan, terutama berpakaian tidak senonoh di tempat awam.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jaim, Rahimin Bani berkata, langkah ke atas umat Islam itu selaras undang-undang Jaim sedia ada dan kempen menutup aurat serta etika berpakaian yang sudah lama dilaksanakan di negeri ini.“Penting bagi kita terutama wanita Islam untuk menutup aurat bagi memelihara kehormatan mereka dan ia adalah sebahagian daripada hukum syarat yang wajib dipatuhi."
“Berpakaian sopan atau menutup aurat juga adalah bagi mengelak sebarang kejadian buruk menimpa mereka. Selain itu, kita tidak mahu insiden bogel yang berlaku di Bentong, Pahang awal tahun ini berulang walaupun ia melibatkan lelaki,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, umat Islam yang melakukan perbuatan, berkelakuan atau berpakaian tidak sopan di tempat awam bertentangan hukum syarak boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 71 enakmen sama, iaitu didenda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga 6 bulan atau kedua-duanya.
Mengulas lanjut, Rahimin berkata, berdasarkan statistik, kes perbuatan tidak sopan, termasuk berpakaian tidak senonoh di Melaka menurun daripada 352 kes pada 2015 berbanding 195 kes tahun lepas.
Beliau berkata, penurunan berkenaan ekoran langkah peringatan dan kempen yang giat dijalankan Jaim dan pihak berkuasa tempatan (PBT) secara berterusan, termasuk pemasangan papan peringatan berkaitan perbuatan tidak sopan dan etika berpakaian di tempat awam.
Dalam pada itu, beliau berkata, masyarakat bukan Islam juga diminta mematuhi etika berpakaian di tempat awam kerana ia turut tertakluk di bawah beberapa udang-undang, termasuk di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan, iaitu satu kesalahan yang menyebabkan kegusaran am kepada orang awam.
“Papan tanda berkenaan turut menjadi peringatan kepada semua rakyat di negeri ini, termasuk pelancong dari dalam dan luar negara yang berkunjung ke Melaka agar bersama menjaga etika berpakaian supaya tidak menjolok mata dan menjaga sensitiviti masyarakat sekeliling,” katanya.
Selain itu, katanya, masyarakat bukan Islam juga diminta mematuhi etika berpakaian dan tidak melakukan perbuatan tidak sopan di tempat awam kerana ia tertakluk di bawah Rukun Negara ke-5, iaitu Kesopanan dan Kesusilaan agar masyarakat berbilang kaum dapat hidup dalam suasana aman dan harmoni.
bakal hadirnya bulan Ramadhan yg mulia, dengan penguatkuasaan pelaksanaan ini, moga semua Muslim beringat. berpakai sopan lah. memula tu mungkin susah nak sesuaikan diri. tapi, akhirnya ia akan jadi suatu kebiasaan. penguatkuasaan begini sebeno nyer more to nak mendidik, bukan nak sgt menghukum.
and utk non-Muslim, spt yg dilaporkan dlm keratan akhbar tu, etika berpakaian ni sebeno nyer tertakluk bwh rukun negara. sama2 la kita mencorakkan negara kita agar satu padu dan harmoni.
😍😍😍
12 Comments
Alhamdulillah. Semoga Melaka terus di rahmati.
ReplyDeleteTp bab yg di larang merokok tu masih byk je yg merokok dgn suka hati even penguatkuasa MBMB. Dekat kawasan masjid pulak tu sedangkan imam tgh bagitau di larang merokok di kawasan masjid.hehe.
wahh bagusnye. Alhamdulillah..
ReplyDeleteAlhamdulillah bagus sangat2...bila yang dewasa menjaga..yang kanak-kanak akan mengikut...
ReplyDeleteWahhhh bagusnya macam ni...
ReplyDeletebagus ada undang-undang macam ni kan...
ReplyDeleteBagus peraturan nie, sepatutnya peraturan nie dibuat di seluruh negara..
ReplyDeletealhamdulillah. syukur . bagus sangat peraturan begini diadakan. syukur sangat :)
ReplyDeleteDengan ada peraturan ni, orang ramai akan berwaspada. moga dgn asbab peraturan ni, depa dapat hidayah untuk terus tutup aurat dgn sempurna. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah...bagus ada undang2 macam ni
ReplyDeletesama-samalah kita menjaga aurat sis..moga Allah berkati
ReplyDeleteMula-mula mungkin susahlah pada yang tak biasa tapi lama-lama nanti mudah aje. Alah bias, tegal biasa.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Tahniah buat Melaka kerana melaksanakan hukuman sebegini.. semoga negeri lain juga akan mengikut langkah Melaka..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.