assalamualaikum...
jgn lupa, mlm ni terawikh 😊
1. Imam al-Baihaqi meriwayatkan didalam kitabnya, Syu’ab al-Iman bahawa pada malam pertama Ramadhan, Allah akan melihat kepada Ummat Penghulu kita Nabi Muhammad dengan pandangan rahmat, dan sesiapa yang Allah melihat dengan pandangan ini, Allah tidak akan mengazabnya selama-lama.
Maka bersedialah untuk mendapat pandangan rahmat ini dengan taubat yang jujur, dan tumpukan sepenuh perhatian hanya kepada Allah.
2. Cuba untuk berada di tempat-tempat ibadah, seperti masjid, surau, atau tempat yang dikhususkan untuk beribadah dirumah, sebelum masuknya malam pertama Ramadhan (sebelum maghrib), bersedia menyambut ramadhan dalam keadaan khusyu’, khudhu’ dan gembira dengan bulan ketaatan.
3. Menulis jadual harian untuk bulan Ramadhan dan menggantungnya di tempat yang mudah dilihat supaya dapat diikuti, sesuai dengan kekuatan/kesungguhan setiap individu.
4. Menjaga solat fardhu lima kali sehari di awal waktu berjemaah, dengan berusaha menghadirkan hati dalam mengerjakannya, dan solat sunat sebelum dan selepas, berdoa setiap selesai solat walaupun seminit.
5. Mewajibkan keatas diri sendiri untuk membaca al-Quran tidak kurang dari 3 juz setiap hari.
6. Menjauhkan diri dari televisyen dan laman media sosial, sedaya mungkin, atau menetapkan waktu tidak lebih dari setengah jam sahaja jika perlu, lebih afdhal jika dapat ditinggalkan terus sepanjang Ramadhan.
7. Memberi tumpuan kepada sifat buruk yang tertentu yang ada pada diri kita supaya kita dapat meninggalkannya dengan berkat Ramadhan, dan kepada sifat baik untuk dimantapkan dan ditingkatkan.
8. Menjaga anggota badan dari perkara-perkara yang makruh, apatah lagi dari yang haram, supaya kita terbiasa dengan keadaan ini selepas Ramadhan.
9. Mempelajari niat untuk setiap perkara yang kita lakukan seperti makan, minum, bertutur dan sebagainya, supaya diri terbiasa dengan menghadirkan niat-niat baik pada setiap perkara pada bulan ini dan seterusnya.
10. Mengisi masa berbuka dengan doa kepada Allah berkenaan keadaan dan keperluan kita, keadaan Ummat dan apa yang sedang ia alami, dan jangan mengisi masa yang mulia ini dengan makan, minum dan lalai dari mengingati Allah kerana kelebihan waktu ini Allah membebaskan hamba-hambaNya dari api neraka, dan waktu dimana diterima doa-doa.
11. Mengkhususkan waktu, sebaik-baiknya dimalam hari, untuk bersendirian dengan Allah, mengadu tentang keadaan hati kita dan keadaan yang menimpa Ummat Nabi Muhammad.
12. Sentiasa merasakan ini adalah puasa Ramadhan kita yang terakhir.
13. Sentiasa bermuhasabah diri dalam setiap perkara pada permulaan hari dan malam, kerana kita mudah lupa dan lalai.
saya kopipes dari grup wasap.sesuatu yg saya suka nak share di ptg 1 Ramadhan ni.moga bermanfaat. terutama buat diri saya sendiri.
bye. Selamat Berpuasa.
6 Comments
Salam Ramadhan Aida..
ReplyDeleteSelamat berpuasa!
ReplyDeleteSalam ramadhan kareem Aida. Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga sentiasa sihat. Semoga ramadhan kali ni lebih baik dr sebelumnya. InsyaAllah.
ReplyDeleteSalam Ramadhan, selamat berpuasa 😉
ReplyDeleteSalam ramadhan aida
ReplyDeleteSalam Ramadhan ..semoga ramadhan tahun ini memberi keberkatan buat kita ...amin
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.