~ ni entri scheduled ye. saya di ramalkan busy ari ni ~
sabtu yg lepas, saya naik ke cheras, umah kakak.
visit emak abah tersayang 😍.
da plan beberapa minggu sebelum, konon nyer hari pekerja nanti nak shopping di ikea, cheras.
malangnya, nasib masih tak sebelahi saya... masih tak dpt nak ke ikea, cheras beli brg rumah.
perlu utamakan agenda yg lain 😭. biasa la kita ni, mendahulukan yg lain pada ketika yg perlu mendahulukan...
mlm tu, memang abah nak sebut awal-awal nak dinner luar.
adik bw kami ke restoran garden lobster di sg ramal dalam, kajang area la ni kan.
dia da gi situ. and dia memang rekomen lah...
saya sampai aje di parking lot, saya dah kagum dah uolls.
adik sebeno nyer reserved tempat makan di luar tu, ada gazebo. gazebo 2 tingkat yg paling menarik.
since time kami tiba tu, hujan... anak-anak pun ramai. dok dlm restoran jer lah...
anak buah bongsu ni, ada ke patut???
dari sampai restoran hingga la balik ke rumah, dia tido dgn lena...
alhamdulillah restoran provide katil segera ni utk baby. mudah ler ibu ayah nak tido.
next time wajib la makan kat gazebo tu. menarik nyer...
bila ramai-ramai, order air gini baru mudah... sebalang gini RM15.
ada pilihan mcm2 air.
kami amik 2 set platter ~ more to seafood.
memang cukup-cukup aje utk kami seramai 2 dewasa 5 kanak-kanak.
disediakan dgn 2 sos ~ black pepper & mayonis.
sup gearbox
sup tulang
platter tu mcm kering, kan? bukan mcm shell out yg berkuah.
tu yg kami amik 2 jenis sup utk rasa-rasa dan basah-basahkan nasi.
nasi putih & sambal belacan additional order. wajib la.
ada lagi 2 hidangan burger yg ayah-ayah order, tak sempat saya snap gambo 😞. dah kena ngap!
anak-anak dara ni, kalau berjumpa, tak abis-abis berborak.
ngalah kan kita mak-mak ni hah...
tu hah sampan of seafood tu. memang ngadap diorang ajer.
satu lagi sampan, side abah-abah sebelah sana 😍.
anak-anak yg dah kenyang... memang tak sabar nak ke playground, terutama izzat lah.
sib baik ada 3 kakak-kakak yg jelita tolong tgk kan izzat 👍.
anak-anak pun ada tempat nak bermain, dgn pemantauan rapi oleh org dewasa ye.
byk lagi makanan yg boleh di order di dalam menu, rambang mata!!!
kalau ikot kan nafsu, memang nak order aje hi hi hi...
21 Comments
cantik juga tempatnya ...makanan pun boleh tahan presentation dia :)
ReplyDeleteyes hanim.
Deletepresentation nyer menarik.
menarik kita utk makan byk :) ha ha ha...
kalau x hujan, kami makan kat gazebo, memang ohsem lah.
Adoi.. menggoda betul paltter dengan sup tu..
ReplyDeleteyes sha. lain dari yg lain...
Deletebagus! restoran ni mencari kelainan, kan :)
nampak mcm okey juga tmpat makan ni.. tp kalau bawa anak susah ni.. mesti hilang g main..hah
ReplyDeleteitu la pasal :) ha ha
Deletepuas la kita menoleh-noleh tgk kan diorang.
hadoi risau!
asyik nak lari ke playground.
kelam-kabut kita makan...
tempat dia nampak menarik dan selesa. kalau dekat nak juga ana singgah ke sini. insyaAllah soon kalau ada hal di kajang.
ReplyDeleterecommended, ana.
Deleteada byk lagi menu menarik dia tau.
Persekitaran nampak memang menarik. Kalau dah makanan pun katanya sedap, memang wajib terjahlah ni satu hari nanti.
ReplyDeleteyes.
Deletekami makan dgn sambal belacan yg sedap.
sup yg berasa.
alhamdulillah...
Akhirnya sampai juga ke restoran ni semalam, Aida. Bukan main saya memujuk rayu suami entah berapa hari sudah sejak baca entri ni. Nak pergi sendiri, tak kuasa nak cari jalan. Kalau suami yang drive tu, legalah sikit kita ^_^
DeleteThank you sebab memperkenalkan restoran ni kat kami. Terus buat entri pagi nih ~_^
wahhhh sedap nyerrrr..
ReplyDeleteyummy!
DeleteWahhh nampak semua sedap laaa aida..seronok makan reramai ni kan..
ReplyDeletebila makan reramai, berebut, memang best!
Deletedari kenyang terus jadi lapar!
Kalau dpat makan kat gazebo tu msti lagi best kan.
ReplyDeleteitu la. memang best la.
Deleteala-ala kampung gitu. makan bersila :)
Menarik, range price di macam mana sis?
ReplyDeleteplatter tu RM68-RM100+.
Deleteada makanan2 yg lain.
harga standard spt tempat lain di KL :)
Lepasni kalau pegi time tak hujan, boleh duk di gazebo tu 😉
ReplyDeletetempat cantik, makanan pun menarik..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.