(3.30 ptg)
assalamualaikum 😍. bersiaran di ptg rabu.
few days tak berpeluang update blog mahupun blogwalking.
kesibukan dunia ke sana ke mari... urusan keje yg tiada berpenghujung.
tu la yg dulu nak kena bagi priority... itu tak siap, ini tak siap... hu hu serabot !!!
lelebih last few days busy menyiapkan gift kecil-kecilan utk cikgu anak-anak.
semlm kan 16 mei, hari guru semalaysia....
a day yg memang dinanti-nantikan anak-anak. hari utk bagi cikgu hadiah.
and memang every year saya terpaksa ready kan peruntukan utk ini...
tema Hari Guru 2017 :
"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"
saya kopipes 1 perenggan teks perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof sempena hari guru thn ni :
"Guru kini berhadapan dengan murid yang jauh berbeza dengan murid masa lalu. Murid-murid kita sekarang lebih terdedah dengan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber dan mereka cenderung untuk mengetahui dan bertanya dengan lebih mendalam. Murid pada alaf baharu ini mempunyai akses maklumat yang lebih luas kerana kepesatan teknologi dan ekonomi. Justeru, sebagai guru yang berwibawa, kita semua perlu melengkapkan diri dengan kemahiran terkini agar mudah menghadapi cabaran pendidikan abad ini."
diakui... cabaran guru amat besar skang. murid lebih 'pandai' dari guru.
parents lebih 'cerdik' dari guru. amatlah tinggi dugaan para guru...
kalau dulu bidang perguruan ni kita nampak santai dan senang, zaman skang ni, sudah tidak semudah yg disangka!
dengan faktor maklumat di hujung jari di mana-mana kita berada, seringkali benda ni disalahguna!
terhadap profession guru. tak boleh la nak marah murid. tak boleh nak denda murid.
tak boleh nak tinggi suara dgn murid.
susah, kan? bila guru yg ibarat ibu ayah nak ajar murid yg seperti anak bila berada di skola...
moga para guru bersabar. krn kerjaya guru ni sgt mulia.
mencurahkan ilmu. selagi ilmu tu dimanfaatkan kpd perkara yg baik-baik, dikembangkang, pahal but guru. in shaa Allah.
berbalik kpd citer hadiah utk hari guru...
bukan nak kata duit terlebih byk... kasik hadiah kan semua cikgu.
bukan nak kata cikgu-cikgu ni wajibkan anak-anak murid nyer beri hadiah.
bukan nak kata yg nak menunjuk-nunjuk kat semua org yg kita ni baik hati....
seikhlas hati memang sekadar menghargai para guru yg mendidik anak-anak saya.
setahun hanya sekali... kiranya diizinkan Allah...
boleh la klik klik SINI utk kisah hari guru anak-anak saya 😄.
ada tahun-tahun yg lupa nak update kat blog ha ha ha... kes last minute carik hadiah ler tu.
tahun ni agak special. sebab hadiah nyer handmade by ibu Aida...
hot glue gun ~ alatan paling penting!
ni pemberian adik saya 11 tahun lepas.
time tu dibeli utk buat kan hantaran kawin dia...
ni klip kertas yg dihiasi dgn reben.
penanda buku kecil. sorang guru dpt 2 klip.
sharper... gunting... dies... btg aiskrim... felt...
alatan lain-lain yg sgt penting utk misi ni!
semua ni saya buat secara berperingkat. separuh da siap lama.
tapi dek kesibukan ntah hape-hape, terbengkalai...
sib baik la sempat siapkan isnin mlm tu ~ 30 set penanda buku utk dihadiahkan pada 16 mei 2017.
tasbih mini bukan handmade ye. saya da beli lama jugak tasbih mini tu.
korek-korek almari, ada bagi beberapa utas tasbih mini. cukup-cukup ada 30 utas.
rezeki para guru lah thn ni... alhamdulillah...
nurin ada 4 org guru lelaki.
saya rasa mcm x sesuai plak nak hadiahkan penanda buku felt tu.
maka, saya hadiahkan seutas tasbih dan penanda buku klip reben je.
selesai seksa fasa pertama...
hari ni... skang ni hah, sambutan hari guru di skola agama.
so mlm td, depan tv, menyiapkan satu 2 set hadiah utk para ustazah 😄.
kali ni up kat felt kaler hijau couple dgn kaler kuning.
da boring dgn warna merah, pink & turqoise hi hi hi.... mak saya paling berkenan hijau kuning ni.
alhamdulillah...
hadiah hari guru paling kecil & paling murah dari kami...
tapi sgt special dan penuh makna ~ handmade gitu.... saya sendiri tak sangka ia dpt dihasilkan 😂.
not easy. but, ok ok la...
👌 sampai tu jer la nak citer ptg ni...
para friends blogger yg bergelar guru, Selamat Hari Guru dari saya ye 😎. bye for now.

14 Comments
wow kreatif
ReplyDeletecomel2 hadiah hari guru anak2 aida ni, kreatif aida, gigih membuatnya tu
ReplyDeletealahai..kraetifnya..:)
ReplyDeleteserius comel dan kreatif kak!!mesti hepi cikgu-cikgu tu!!tapi jadi cikgu sekarang memang penat.lagi-lagi kalau bujang, macam-macam kena buat. Bagus jugak siapkan awal-awal, takdelah rasa penat sangat.suka betul yang bookmark felt kaler pink tu. Ada lebih?hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah cute semuanya...semangat menghargai guru itu penting..
ReplyDeleteWahh, serius saya cakap, memang cantik dan kreatif hadiah untuk hari guru.. =) kita plak memang kayu la nak buat benda2 nie.. hihi
ReplyDeleteIbu kreatiflah...tahun depan tempah kat aidalah..hehe
ReplyDeleteComel semuanya aida. Suka pulak Ana tgk. Ni kalau Ana yg dpt, dah cukup happy.
ReplyDeleteKecik besar satu2 pemberian bila diberi dan di buat dgn keikhlasan lagi beerti kan Aida.
Mesti cikgu-cikgu suka.
ReplyDeleteTak kisahlah murah ke apa yang penting signature ikhlas nak memberi tu.
Kawan Mrs. A seorang cikgu pernah bagitau dia suka kalau anak-anak murid dia bagi hadiah yang dia boleh guna pakai contoh maker pen pun dah okay sangat katanya.
Ialah dah dapat maker pen tak perlulah dia nak beli lagi dah jimat katanya.
Ya Allah, comelnya... Kami beli mug lepastu tulis ucapan sendiri je, senget2 pun harap para cikgu terima, hehe.
ReplyDeleteKreatif juga admin, ya? If saya lah yang buat, boleh mati kutu juga apa yang nak dibeli/dibuat untuk hadiah cikgu-cikgu sekolah.
ReplyDeleteDahsyatnyaaaaa banyak tuuuu... Untuk cikgu cikgu tauuuu! Alhamdulillah, berjaya erh kak kegigihan tu untuk anak-anak celebrate cikgu-cikgu depa. Kreatif sangat! Kite sukaaaaa ❤❤❤
ReplyDeleteKira dah kreatiflah ni, Aida. Saya ni sejak ada anak sekolah barulah tahu kain felt tu apa. Hahaha! Saya bab-bab kreatif ni memang ketinggalan. Tangan keras kejung aje kalau buat benda macam nih!
ReplyDeleteCantiknya Aida.. Geram pula Sha tengok.. hehehe
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.